Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 Oktober 2020

Antara sejarah yang ada di Taiping, Perak...

Muzium Perak merupakan muzium yang pertama dan tertua di Malaysia.  Diasaskan pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low yang merupakan Residen British ke empat di Perak.


Muzium Telegraph Taiping.
 
Melalui Taman Tasik Taiping ini, pasti terasa tenang.  Kawasannya luas dan terjaga kebersihannya.  Nanti bila makcik ke sana lagi, makcik akan turun untuk bergambar.  Dah tua-tua ni, keinginan untuk bergambar semakin kurang walaupun sesekali rasa teringin juga...
 
 
Gambar-gambar di atas ,makcik rakam semula dari gambar-gambar yang tergantung di laluan ke bilik Hotel Kimal Jalan Tupai Taiping di mana makcik dan pakcik menginap baru-baru ini.

5 ulasan:

  1. dana tak pernah lagi jelajah perak kak, setakat lalu masa nak ke kedah adalah... teringin jugak nak ke sana, banyak tempat menarik kan kat sana

    BalasPadam
  2. nani jgn lupa sewa dan kayuh basikal keliling tasik ya kakcik

    BalasPadam
  3. Anak2 saya suka ke sini. Sebab selalu hujan dan redup.ahahha.. Kedai2 laksa kat sini semua sedap2.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com