Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 September 2017

Motorsikal RM2,600.00, Nombor Pendaftaran RM74,000.00...

Gambar dan rencana dari KOSMO ONLINE



IPOH – Nombor pendaftaran AKU 8055 yang berjaya dibida dengan harga RM74,000 oleh seorang ahli perniagaan dari Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini digunakan pada sebuah motosikal jenis Demak EX-90 yang hanya berharga kira-kira RM2,600.
Keputusan pemilik nombor AKU 8055 yang menjadi rebutan ramai mencetus tular di media sosial terutamanya Facebook apabila ramai yang terkejut dan rata-rata memberi komen bahawa nombor tersebut disifatkan sebagai tidak sepadan dengan motosikal Demak EX-90.
Pemilik AKU 8055 yang mirip perkataan AKU BOSS berjaya dibida oleh Ch’ng De Wei selepas bersaing dengan ramai kenamaan lain termasuk artis dan bintang sukan.
Selepas berita nombor pendaftaran AKU 8055 didaftarkan pada motosikal Demak EX-90 menjadi tular di media sosial, De Wei menerusi jurucakapnya yang mahu dikenali sebagai Bob tampil membuat penjelasan.
Menurut Bob, ahli perniagaan yang berjaya membida nombor tersebut sebenarnya mempunyai perancangan lebih besar iaitu menjual motosikal tersebut dengan harga RM400,000.



8 ulasan:

  1. Orang dah banyak duit ye KC, setakat 70k apalah sangat bagi diaorang. Celah gigi jelah...

    Kalau saya yg tak berapa nak ada duit ni biarlah guna plate no, nombor bersepah pun dpd kena labur duit sampai puluhan ribu hihi

    BalasPadam
  2. Mmmm....apa nak kata ya, dah orang ada duit...

    BalasPadam
  3. alahai,nak bida no pendaftaran tu,emmm...orang dah terlebih duit tu je bonda...heheheh

    BalasPadam
  4. Saya tak pernah peduli pon dengan nombor pendaftaran. Oleh itu saya amat terkejut dengan harga yang dibida!

    BalasPadam
  5. mak oi melampau2 harga motor dah jadi macam harga kereta mewah ya! senangnya orang2 kaya main pusing2 duit macam tu saja.

    BalasPadam
  6. aku boss.. lawa flat ni.. tp harga dia .. huhuhuhuhuhuhu

    BalasPadam
  7. AKU BOSS.
    FUH RM 400ribu. ada ke yg nak beli? harga sebuah rumah teress yg mewah.

    BalasPadam
  8. Klu dpt duit tu mcm2 benda lain bole wat.huhu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com