Kawan-kawan kakcik

Rabu, 12 April 2017

Bawalah, bukan berat pun...

Jangan sekadar tahu merungut atau mengeluh sahaja.  Tapi kalau kita memang jenis tak kisah mengeluarkan 20 sen untk sekeping beg plastik (5 keping baru RM1.00, kan?) tidak mengapalah.

Siapa yang sedar bahawa beg plastik yang kita dapat dari restoran makanan segera seperti KFC itu tidak lagi percuma (kecuali diberitahu oleh juruwang)?.  Begitu juga dengan di Dunkin Donut atau lain-lain restoran makanan segera.  

Setakat ini, yang aku pasti Pasaraya Tesco Ampang dan Pasaraya The Store Pandan Indah (kedua-duanya tempat aku selalu membeli barang keperluan) masih menyediakan beg plastik percuma kecuali pada hari Sabtu.

Lipat sahaja sehelai atau dua beg plastik (supik gelenyar kata
orang Kelantan πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†)...

...dan masukkan ke dalam dompet atau poket seluar.
Pasti ianya sangat berguna bila diperlukan.  Tak perlu
bayar 20 sen dan tidak memberatkan pun...

21 ulasan:

  1. Betul kak..PC pun kadang sediakan awal-awal beg plastik bila nak pergi belanja..kalau terlupa bayar je charge 20 sen tu..untuk barang-barang kecil..kalau yang barang besar-besar macam sabun cuci baju..tak perlulah..sorong troli sampai kereta terus masukkan dalam kereta..macam barang basah tak boleh elak..

    BalasPadam
  2. ferd selalu lupa nak bawak..dah masuk dalam dashboard kereta pun,tapi bila masuk shopping mall,lupa nak bawak jugak..aduh...banyak makan semut gaknya..hehehe..miss u bonda..

    BalasPadam
  3. Klu g sopink brg dapur..rajin bawak bag kitar semula tu..besar,..byk muat brg..hehe

    BalasPadam
  4. dana selalu bwk beg ikea biru tuh kakcik, mmg stndby kt kereta... dana mmg pengumpul beg recycle dr aeon, giant n ikea...

    BalasPadam
  5. Satu RM0.20 kalau 5 baru RM1, Kakcik ^_^ Tapi itulah saya tetap bawa beg shopping sendiri. Apa guna ada poket Doraemon dalam handbag kalau setakat plastic bag ni pun kena beli? Sia-sia tahu bahu saya rebeh bawa beg tangan berat-berat ^_^

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakcik..mmg satu cara yg baik tu...:)
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  7. setuju sgt akak....memang slalu buat camni berguna sgt...

    BalasPadam
  8. Alah bisa tegal biasa. memula mmg susah.. tapi kalau dah disemai di jiwa anak2 sure depa pun akan terbiasa malah mengingatkan kita.

    BalasPadam
  9. Saya selalu dok kata nak bubuh bawah seat moto dan compartment dalam kereta. Tak perenah nak ingat. Bila cashier tanya baru tampaq daiee....2 kupang lagi.....

    BalasPadam
  10. Selalu bawak beg ikea je. Tahan lasak.

    BalasPadam
  11. Saya selalunya jinjing belian saya tu ke kereta tanpa beg. Tak peduli orang keliling yang perhati.

    Kalau guna troli, saya lambakkan saja kat seat belakang. Bila tiba di rumah, jenuh sae' dari kereta ke dapur...

    BalasPadam
  12. saya memang simpan dalam kereta jadi bila teragak nak singgah beli barang senang kakchik

    BalasPadam
  13. Makchaq pernah jugak la terpaksa bayaq 20 sen sebab tak merancang nak beli barang dan ada jugak tertinggai beg..

    Kalau memang keluaq untuk beli barang dapoq teruih bawak coolbox utk barang sejuk & basah, yang barang biasa isi dalam kotak..

    BalasPadam
  14. Kalau pergi beli barang biasanya dalam kereta letak sesiap besen, mana2 barang basah masuk terus dalam besen tapi kalau time lupa, bayar jelah harga beg plastik tu.. nak buat macam mana.. salah sendiri, lupa bawak.

    BalasPadam
  15. Selalu terlupa bawak KC. Kat cashier baru teringat. Padahal ada je beg kat bonet kereta tu. Mmg dah stanby pun.

    Lepas ni kena siap siap masukkan dalan handbaglah nampaknya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com