Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 November 2016

Saat ibu memalingkan muka...

...ketahuilah,

bukan dia enggan memandang wajah anaknya
tapi ada air mata yang cuba diseka
gara-gara hatinya yang terluka
bila anak enggan mendengar kata

bukan banyak yang dia minta
tapi anak buat tak faham bahasa
sebaliknya ditohmah ikut suka
konon ibu suka mengada-ngada

banyak yang dikorbankan buatmu anak
banyak kehendaknya sendiri terpaksa ditolak
dipendam jauh ke sudut hati hingga berkeladak
asal sahaja perjalananmu tidak tersalah rentak

tahukah dikau wahai anak
kau lahir tidak terus menjadi bijak
tapi sekarang kepala ibu bagai ingin kau pijak
semata-mata kerana kau rasa kau sangat berhak

dalam luka hati seorang ibu
tidak juga terlepas doa yang baik buat dirimu
biar tidurnya didendang lagu sendu
pelukan doanya kejap melingkari tubuhmu



Alahai Cik Lopah...alahai Cik Sya...

Sebenarnya, makcik rasa makcik tak sesuai pun nak menulis tentang hal ini.  Tapi naluri mak-mak makcik ni macam suruh tulis la juga...

Makcik tahu Cik Lopah dah bertaraf jutawan sekarang dan sebab itu makcik tak hairan bila Cik Lopah boleh guna duit yang banyak itu untuk mengerjakan rukun Islam yang ke 5.  Alasan apa pun, nafi apa pun, sebenarnya isu itu bukanlah satu isu baru...biar sajalah...

Tapi bila Cik Lopah balik dari menunaikan rukun Islam tersebut, makcik tengok 'kegedikan' Cik Lopah semakin menjadi-jadi, makcik rasa sedih pula.  Makcik tertengok satu rancangan di mana Cik Lopah jadi pengacara, Cik Lopah pakai seluar jeans yang fesyen koyak rabak tu.  Iya, makcik ini walaupun dah tua, tapi taklah kolot sangat.  Makcik faham, macam Puan Rojitah juga, Cik Lopah pakai pelapik warna kulit dalam jeans yang koyak rabak tu. Tapi kalau Cik Lopah tak pakai terus pakaian begitu, rasanya lebih manis dengan gelaran Hajjah yang Cik Lopah pegang.

Kebelakangan ini pula khabarnya Cik Lopah sedang 'berteman tapi mesra' dengan seseorang.  Sekali lagi, makcik rasa sedih.  Nampak macam Cik Lopah yang tersorong-sorong, sedang teman Cik Lopah tu 'main tarik tali'.  Dia macam suka saja nak tumpang nama Cik Lopah tapi tidak begitu menunjukkan minat sangat pada Cik Lopah (Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui).  Kalau iya pun Cik Lopah suka sangat pada dia, tak payahlah tunjukkan sangat 'perangai manis sangat' tu.  Tergesel-gesel, tercuit-cuit, tersenyum simpul malu-malu konon...

Jaga maruah sesuai dengan gelaran dan penampilan, ya Cik Lopah.

Untuk Cik Sya pula, iyalah Cik Sya dah tak sanggup nak berpura-pura lagi katanya.  Dengan membuang tudung (Rujuk : Kewajipan menutup aurat), khabarnya pengikut Cik Sya semakin bertambah. Tolonglah jangan terpedaya wahai Cik Sya. Kita kalau buat baik, ramai yang suka (pastinya mereka orang yang baik-baik juga), tapi bila kita berbuat yang tidak elok, ramai juga turut bersorak ria (fikirkanlah mereka siapa)...

Mungkin Cik Lopah dan Cik Sya akan berkata : 'eh, yang makcik sibuk tu kenapa?  Orangtua kami pun tak kata apa-apa'...

Dunia zaman ini (makcik akuinya), anak-anak adalah Raja (tanda kiamat kian tiba).  Ramai ibubapa jadi semakin 'takut' hendak bersuara walau terhadap anak-anak yang dikandung, dilahirkan dan dibesarkan sendiri.  Apatah lagi bila anak-anak itu menunjukkan mereka lebih pandai, lebih berjaya dan lebih segala-galanya.  Maka jadilah ibubapa walaupun belajar tinggi ke langit dan berjawatan menyapu awan merasakan diri mereka kerdil dan lebih dungu bila dibandingkan dengan anak-anak sendiri.

Ini hanyalah secebis rasa dari makcik.  Tulisan ini juga makcik tujukan pada anak-anak makcik sendiri dengan pesanan : 'tolonglah jangan rintis jalan penuh berliku dan ditabur onak duri untuk kami ibubapamu menuju ke syurga.  Sudahlah amalan kami juga tidak sebanyak mana, maka doa dari anak yang soleh juga solehah kami harapkan sebagai bantuan'...

Selasa, 29 November 2016

Semoga sahabat bloggerku (Kasih Redha) dan keluarganya tabah...





KUALA LUMPUR - Mayat yang ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung Damavand, Iran hari ini dikenal pasti sebagai Syed Redzuan Syed Salim Shatri.

Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata rakannya Mohd Khafiz Bachok yang terlibat dalam operasi SAR mengesahkan jasad itu ialah Syed Redzuan, 50.

Beliau berkata mayat itu ditemukan di Yakhar Glacier, dalam keadaan berpakaian jaket merah, seluar hitam serta but mendaki.    

Pada masa ini, mayat sedang dibawa keluar dari kawasan berkenaan dan Mohd Khafiz telah secara positif mengesahkan jasad itu ialah Syed Redzuan.

"Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah," katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp.

Rozaimi berkata operasi SAR akan diteruskan esok bagi mengesan seorang lagi pendaki iaitu Ramli Abd Majid, 44.

Syed Redzuan dan Ramli disahkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 November lepas setelah mereka terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Sementara itu, isteri Syed Redzuan, Yuszahanim Yusoff berkata beliau sedang berusaha bersama-sama dengan pihak kedutaan Malaysia di Iran untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Beliau berkata, jasad suaminya telah ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand setelah enam hari operasi pencarian.

"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh," katanya.

Sementara itu, menurut Mizan News, Iran, Kementerian Hal Ehwal Luar mengesahkan bahawa satu mayat dijumpai oleh pasukan SAR ketika mencari dua pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damarvand, Iran.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata mayat akan dibawa turun dari gunung dan kemudian dikenal pasti, sebelum sebarang pengesahan lanjut boleh dibuat.

Kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Iran sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk membantu dalam proses mengenal pasti dan akan memberi maklumat terkini dengan sewajarnya, menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Rozaimi berkata operasi untuk mencari Ramli diperluas hingga ke Lembah Yakhar yang mana dua pasukan dilengkapi peralatan teknikal dihantar ke kawasan berkenaan.

"Hari ini, sepasukan enam penyelamat telah dihantar dan kemudian satu pasukan lagi terdiri daripada lima penyelamat akan dihantar ke sana. Kawasan yang menjadi fokus ialah Lembah Yakhar," katanya.

"Kami sentiasa berhubung rapat dengan pasukan penyelamat dan pasukan kedutaan," katanya. - Bernama

Makan malam di Royale Chulan, Kuala Lumpur...

Tarikh : 26/11/2016 (Malam minggu)
Tempat :  Warisan Cafe, Hotel Royale Chulan

Baru sampai.
Muhammad Qaid Darwish bergambar dulu.

Kawan bergurau dan kawan menyakat.

Meja yang disediakan.


Teringat kenangan di India...


3 anak lelakiku.  Bangcik tak ada sebab menjalani latihan
industri (internship) di Hotel Istana.

Bila En Suami berpakaian begini, nampak wajahnya sudah
tua (macamlah aku muda!).  InsyaAllah, sebulan lagi genaplah
30 tahun kami bersama dalam ikatan suami-isteri.


Sekadar merasa.  Ambil sedikit dan jangan membazir.


Selain keluargaku, kami juga disertai oleh adik-adik menantuku.


Yang ini sibongsu yang makan.

Muhammad Zayyan Darwish baik je tidur.

Seperti biasa, di usia setua ini aku hanya makan sekadar untuk merasai.  Tidak teruja untuk makan selagi ada.  Dan sayang rasanya bila makanan sudah diambil, dibiarkan begitu sahaja.  Terima kasih pada Along dan kawannya yang membuka peluang untuk kami makan di sini.  


Penyampai berita berhijab yang pertama di Kanada... Alhamdulillah...

Gambar dan artikel dari SINAR HARIAN...


Ginella Massa


TORONTO - KANADA. Seorang bekas wartawan mencipta sejarah dalam bidang penyiaran Kanada apabila menjadi penyampai berita berhijab pertama di negara tersebut.

Laporan Dailymail mengatakan Ginella Massa, 29 membuat siaran sulungnya sambil memakai tudung di siaran CityNews minggu lepas.

"Selesai! Malam penting ini bukan untuk saya sahaja. Saya rasa tak pernah ada wanita bertudung menyampaikan berita di Kanada," kata Ginella di Twitter.

Sebelum ini, Ginella juga menjadi wartawan pertama melaporkan berita di lokasi sambil memakai tudung di Ontario pada 2015.

"Editor saya sendiri kata: Hey bagus! Ini kali pertama untuk Kanada? Untuk wanita bertudung? dan saya kata ya.

"Saya juga tak menyangka reaksi yang saya bakal terima. Telefon saya tidak berhenti berdering sejak minggu lepas!" kata Ginella kegembiraan.

Isnin, 28 November 2016

Berjumpa, sembang-sembang, makan-makan...

Tarikh : 26/11/2016 (Sabtu)
Tempat :  Bukit Botak (Selayang Mutiara)

Sejak aku bersara pilihan sendiri lebih dua tahun yang lalu, kehidupan atau dunia pejabat memang terus lupus dari diriku. Dengan kawan-kawan pun aku tidak lagi bertemu. Andai bertanya khabar hanya melalui maya.  Tidaklah bermakna aku telah melupakan kawan-kawan, tetapi pergerakanku memang terbatas andai tiada bantuan dari suami untuk membawa ke sana sini. Hinggakan semasa aku menjadi Juri Pesta Pantun tempohari, suami mengambil cuti sehari untuk 'menemani'ku... Lesen nemanduku telah pun kubiarkan mati tanpa kuburan... 😢😢

Maka, mendapat peluang bertemu bekas rakan sekerja/sepejabat sewaktu bertugas di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masa yang berlalu bagaikan tidak terasa.  Huhuhu, boleh aku terlupa nama kawan dan tersalah panggil.  Patutlah dia tak menyahut.  Itu belum ramai mana yang berkumpul!  👀👀

Jom tengok gambar.  Semua makanan disediakan oleh tuan rumah dan dibawa kawan-kawan yang datang.  Aku?  Bawa plastik sampah dan pinggan kertas sahaja,  Tapi bila balik, siap bungkus makanan macam balik dari pasar malam... 😉😉

Terima kasih Kak Jab



Macam-macam ada

Masak lemak ikan masin

Popiah goreng (terima kasih Napi)

Aiskrim buatan sendiri oleh kawanku (terima kasih Sue)

Cik Mek Molek (terima kasih En. K)

Spaghetti bolognaise dan puding trifle (terima kasih Kak Ana)

Tak ramai mana pun, tapi meriah bukan main. Sebenarnya ada
lagi yang datang kemudian, tapi tidak sempat hendak bergambar.

Mak-mak dara yang masih anggun

Gambar ini En Suami yang rakam.

Terima kasih ya kawan-kawan semua.  Ada rezeki, dengan izin Ilahi nanti kita jumpa lagi.  



Jumaat, 25 November 2016

Gambar makanan lagi...

...bila rajin, awal pagi lagi dah siap masak... 🙋🙋


Pagi-pagi terasa dingin
mata mengantuk mari layankan
bila tekak rasa teringin
masak sendiri lebih menjimatkan

Pergi ke sungai dengan Kak Ani
sambil membawa sesisir pisang
walau hidangan seringkas ini
perut kenyang hati pun senang

Berpakat-pakat pergi ke Lukut
hasrat berguru dengan Pak Sufi
kopi pekat dan biskut lutut
nikmat Tuhanmu yang mana hendak dinafi

Sesat di jalan dek malas bertanya
penatnya wahai separuh mati
kalau di restoran mahal harganya
goreng sendiri lebih puas hati

Anak kecil berlari-lari
bermain dengan wajah ceria
ayam masak merah nama diberi
masak pagi makannya entah bila

Assalamu'alaikum dan Salam Jumaat penuh berkat buat yang sudi singgah dan membaca... 😁😁

Khamis, 24 November 2016

Gasak Sampai Tumpo...

...tahu tak apa maksud perkataan TUMPO?  Tumpo adalah salah satu kata dalam loghat sesetengah tempat di negeri Perak yang membawa maksud MENINGGAL DUNIA, MATI, MAM**S dan yang seerti dengannya...

Ya...nilai ringgit makin mengecil...

Ya...harga barang keperluan kian meningkat...

Ya...kita hidup bukan lama...

Ya...kita kena berjimat cermat...

Ya...kita disarankan balik kampung kalau tak boleh hidup di bandar (semua orang ada kampung ke?)

Ya...kita disuruh tinggalkan negara ini kalau sudah tak suka (nak naik bas pun berkira duit tambang, nak ke luar negara naik apa? Tumpang pesawat Kerajaan?)

Sebenarnya, hendak meluahkan isi hati sendiri pun kena berhati-hati. Kena fikir itu ini.  Tapi sebenarnya satu yang aku lupa - datanglah walau apa, Allah kan ada?  Menyorok dalam lubang cacing pun, tidak terlepas dari pandanganNya...

Sebenarnya aku nak merepek tentang apa?  

Bukan aku seorang, malah ramai dan makin ramai juga kian ramai yang mengeluh untuk meneruskan hidup hari demi hari.  Saat menteri menafikan itu ini, saat yang sama juga apa yang dinafi menjadi realiti...

Terasa sangat bila membali keperluan, makin sikit barang yang boleh 'diangkut' dengan jumlah ringgit yang sama seperti dibawa setahun dua lepas.  Barang sudahlah mahal, di hujungnya ada GST lagi.  Tapi selalunya AKU (malas aku nak tulis KITA kerana mungkin ada yang berkata 'aku tak rasa apa-apa pun') sekadar mengeluh tanpa peduli GST yang dihujung itu kerana ia 'kurang jelas kelihatan'...

Tapi bila aku melihat bil yang diterima untuk kos menukar dua biji tayar dan brake pad kereta, tersentak juga aku melihat caj GSTnya. Iya, kamu mungkin hanya mencebik melihat jumlah RM24.60 itu. 


Tak lepas pun untuk secawan kopi di restoran mahal kegemaran kamu.  Tapi, bagi aku jumlah itu boleh beli 3 tin sardin untuk stok waktu kecemasan.  Dan jumlah itu juga boleh beli sebotol minyak masak 5kg mengikut harga kini.  Kufikirkan dulu, harga minyak akan naik setakat RM2 ke RM3 sahaja sebotol.  Rupa-rupanya naik hingga RM7 ke RM8!!!

Dalam gelap ada sinar
Membawa cahaya menyuluh jalan
Selagi boleh aku bersabar
Allah tak lupa mereka yang dianiayakan

Lontong sedap di Restoran Nasi Lemak Saleha, Kg. Pandan, Selangor...


Tarikh : 23/11/2016
Lokasi :  Nasi Lemak Saleha, Kg. Pandan  (klik pautan untuk lokasi)

Cukup rasanya - lemak masin manis pedas pekat likat
Nasi lemak dengan ayam goreng kesukaan suami
Bukti kesedapan - licin licau...

Jumlah harga yang dibayar untuk semangkuk lontong + nasi lemak lauk ayam + secawan milo panas + secawan air suam = RM13.50 (termasuk GST).

Selasa, 22 November 2016

Yap Ah Loy...

Ada sesiapa tahu siapa dia Yap Ah Loy?

Sumber dari Wikipedia

The developer of Kuala Lumpur
In 1868, the third Chinese Kapitan of Kuala Lumpur, Yap Ah Loy, emerged as leader, and became responsible for the survival and growth of this town.[6] During the early times, Kuala Lumpur was beset many problems, including the Selangor Civil War which devastated the town; it was also plagued by diseases and constant fires and floods. Kuala Lumpur was destroyed several times,[7] but each time Yap rebuilt the town. He strove to develop Kuala Lumpur from a small, obscure settlement into a booming mining town.[8] In 1880, the state capital of Selangor was moved from Klang to the more strategically advantageous Kuala Lumpur.[9]
In 1881, a flood swept through the town following a fire which engulfed it earlier. These successive problems destroyed the town's structures of wood and atap(thatching). As a response, Frank Swettenham, the British Resident of Selangor, required that buildings be constructed of brick and tile.[9] Hence, Kapitan Yap Ah Loy bought a sprawling piece of real estate for the setting up of a brick industry which would spur the rebuilding of Kuala Lumpur. This place is the eponymous Brickfields. Hence, destroyed atap buildings were replaced with brick and tiled ones. He restructured the building layout of the town. Many of the new brick buildings mirrored those of shop houses in southern China, characterised by "five foot ways" as well as skilled Chinese carpentry work. This resulted in a distinct eclectic shop house architecture typical to this region. In this developing town, Yap owned a third of all the buildings in Kuala Lumpur, and two third of the urban land east of the Klang River, in addition to his control of the tin mines.[7] Yap Ah Loy also spent a sum of $20,000 to expand road access in the city significantly, linking up tin mines with the city, these roads include the main arterial roads of Ampang RoadPudu Road and Petaling Street.
As Chinese Kapitan, he was vested with wide powers on par with Malay community leaders. He implemented law reforms and introduced new legal measures. He would also preside over a small claims court. With a police force amounting only 6, he was able to uphold to rule of law. He built a prison which could accommodate 60 prisoners at any time. Kapitan Yap Ah Loy also built Kuala Lumpur's first school and a major tapioca mill in Petaling Street of which the Selangor's Sultan Abdul Samad had an interest.
After Yap's death in 1885, the population of Kuala Lumpur increased greatly due to the construction of a railway line, initiated by Swettenham and completed in 1886, which increased accessibility into the growing town. In 1896, Kuala Lumpur was chosen as the capital of the newly formed Federated Malay States due to its central position.[10] It was however Yap who was responsible keeping Kuala Lumpur viable as a town during its many setbacks in its early years.[11] Although there are no public monuments to Yap, according to the scholar on the Malaysian history J.M. Gullick, "if you seek his memorial remember that you are in Kuala Lumpur."[12]


Mungkinkah kebelakangan ini, Kuala Lumpur masih memerlukan susur galur Yap Ah Loy untuk terus membangunkannya?  Dulu mungkin mereka pendatang, tapi sekarang mereka diundang...

Papan tanda di tapak TRX (Tun Razak Exchange),
Kuala Lumpur...


Isnin, 21 November 2016

Makan, makan dan makan...

...ada makanan yang kita suka makan dan ada juga yang sebaliknya.  Tapi, sebaiknya, walau macam mana tak suka pun kita kepada sesuatu makanan, janganlah sesekali kita 'membuat muka' di hadapan rezeki.  Mungkin kita tidak pernah merasa susah, tapi tahukah kita betapa ada orang lain sentiasa berharap-harap agar ada yang sudi menghulurkan sedikit makanan untuk mengisi perut mereka yang kosong berhari-hari? 😭😭😭...

Jom tengok gambar-gambar makanan ini :

Makanan di majlis perkahwinan.
Aku pun sudah di hujung usia, jadinya makanan di majlis
perkahwinan bukanlah sesuatu yang 'asing' hingga aku
perlu mengambil sebanyak mana makanan hingga
mungkin mengakibatkan pembaziran. Ambil seadanya
dan makanlah dengan berhemah.
Dalam zaman Ringgit yang makin kecil nilainya, bila makan
di luar bersama keluarga, aku akan mementingkan apa yang
mereka inginkan dahulu sambil otak ligat mencongak.  Tidak
mengapa aku tidak turut makan asal sesekali selera mereka
dapat dilayan.  Mungkin ada yang kata 'dah tak mampu, buatlah
cara tak mampu...'



Ini antara makanan yang dihidangkan kepadaku selama
beberapa hari duduk di katil hospital minggu lepas.  Sebolehnya,
aku ingin menghabiskan semua.  Insaf akan sukarnya kehidupan
waktu kini.  Tapi, ada ketikanya selera dan perut tidak boleh
dipaksa.  Ada rasa dan had yang terpaksa juga diikuti.

Sandwich sebagai sarapan pagi di wad.  Tak mampu dihabiskan
sekaligus, aku makan sedikit-sedikit hingga habis.

Alamak! tertonggeng pulak!
Nasi lemak yang aku makan di sebuah
restoran di Kg Pandan.  Hanya sambalnya
tidak mampu aku habiskan.  Pedas!

Asam pedas ikan kembung yang kumasak sendiri.
Berkali-kali memasak pun tetap ada kekurangan di sana sini
dari segi rasanya.  Jadi, tiada apa yang boleh dibanggakan.

Gambar 1, 2 dan 3 - sengaja aku letak pemegang kunci di situ.
Nampak tak saiz kuihnya sebesar mana?  Setiap paket berharga
RM2.20.  Tapi apam balik di gambar 4 itu, aku memang puas
hati.  Berharga RM4.00, pulut hitam dan kelapanya memang
banyak.  Apamnya pun lembut dan tidak liat.

Bila aku rajin, aku buat juga sambal belacan.  Sedap kalau ada
ulam atau ikan masin masam goreng.

Aku cuba buat putu mayam sendiri menggunakan mihun siam.
Mungkin aku tidak merendam dan mengukus lama mihun itu,
jadi hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan.  Akhirnya
putu mayam menjadi mihun horeng...😅😅😅