Kawan-kawan kakcik

Khamis, 31 Mac 2016

Pandangan mata kadangkala memperdaya...

Sekali pandang, gambar ini bagai menunjukkan jalan ke tepian pantai.
Hakikatnya, ia adalah jalan di hadapan pejabat suami di Glenmarie, Shah Alam.
Kerana sinar matahari itu lebih menyerlah, maka mungkin kapalaterbang yang melintas
itu langsung tidak kelihatan...

Begitulah, yang kita nampak cantik luarannya, belum pasti akan memberikan isi yang elok untuk 'dimakan'...

Rabu, 30 Mac 2016

Isi hati seorang isteri...

Baru-baru ini, seorang bekas pengurus di syarikat tempat suamiku bekerja telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.  Kebetulan, pada masa yang sama suamiku bersama ketuanya dan seorang rakan sekerjanya bertugas di luar daerah. 

Bila suamiku pulang dan bertemu dengan jiran-jiran, ada di antara jiran kami (mungkin dengan maksud bergurau) berkata kepada suamiku : 'aku fikir kau yang kena tahan dan didakwa itu'. Hal ini diceritakan semula kepadaku oleh En Suami dengan gelak ketawa.  Baginya, semua yang orang kata kepadanya hanyalah sekadar gurauan semata-mata.  Tapi tidak bagiku yang mendengarnya. Bagiku, bukan semua yang terlahir di mulut itu adalah gurauan.  Kadangkala ia adalah apa yang terdetik di hati lalu keluar antara dua bibir tanpa dapat ditapis... (Oh...mungkin kerana mengambil serius semua kata orang, maka itulah membuatkan wajahku kelihatan lebih tua berbanding suami).

Sebenarnya rasa rendah diriku sangat kuat.  Di kejiranan kami, aku selalu menganggap keluarga kami adalah keluarga yang paling 'miskin'.  Saat jiran-jiran menambah bilangan kereta atau mengubahsuai rumah, kami tetap juga dengan kereta lama yang sudah sembilan tahun usianya dan perabot yang tidak pernah berganti bertahun-tahun lamanya.  Begitu juga bila seorang demi seorang anak-anak jiran menempa kejayaan dalam bidang pelajaran mahu pun pekerjaan, anak-anakku hanya biasa-biasa sahaja (pun aku tetap bersyukur bila anak-anak tidak terjebak dalam gejala sosial yang boleh memusnahkan kehidupan).

Dek kerana rasa rendah diri itulah, walaupun hanya gurauan (sekiranya betul sekadar bergurau), ia meninggalkan bekas dan calar di hatiku...

Sambal tumis telur rebus...

...bila selera serba tak kena,
lauk begini cukuplah seadanya...

Selasa, 29 Mac 2016

Lempeng kosong dengan kari ayam kampung...


Satu ketika dulu, di zaman aku masih seorang anak kecil, tinggal di kampung dan berasal dari keluarga miskin, dapat makan kari ayam (walau hanya ayam kampung dan memang tak kenal pun dengan ayam daging pada masa itu) adalah sesuatu yang boleh dikatakan mewah.  Biasanya ayam hanya dijadikan lauk pada hari raya.  Rendang ayam yang mak masak memang sedap.  

Sekarang, walaupun tidak kaya raya dan kadangkala mengeluh dengan harga ayam(suamiku yang mengeluh itu kerana urusan ke pasar adalah urusannya.  Aku tak tahu pun harga ayam sekilo berapa...), tapi masih boleh rasanya kalau hendak makan masakan berasaskan ayam setiap hari sehingga jemu. Iya, kami sudah tidak kerap lagi membeli ayam kerana anak-anak juga nampaknya sudah beralih selera.

Apa pula yang aku kisahkan ini?  Tajuk lain, isi lain...

Oh... suamiku menerima pemberian seekor ayam kampung yang siap diproses dari seorang teman. Tak tahu hendak masak apa, aku jadikan kari bersama kentang.  Kemudian aku buat lempeng 'kosong' (tepung gandum dibancuh dengan air sejuk dan sedikit garam).  Aku padankan kari dan lempeng. Rupa-rupanya tekak aku sudah semakin 'tua' (seiring peningkatan usia).  Makanan yang dulunya menjadi kesukaan, sudah semakin sukar hendak ditelan.  Ada sahaja rasa yang tidak kena.  Sudah semakin mengada-ngada seleraku ini rupa-rupanya.  Tapi di sebaliknya, aku mungkin lebih berselera makan nasi putih dengan ikan bilis yang digoreng bersama cili api dan bawang besar.

Anak-anak,  bila suatu masa nanti andai panjang usia orangtua kalian dan mereka mula memilih-memilih untuk makan, janganlah marah-marah. Sebenarnya mereka sudah puas makan sepanjang hidup.  Di hujung-hujung usia, mungkin makanan yang kalian tidak pandang itulah yang akan menjadi kesukaan mereka...

Isnin, 28 Mac 2016

Corat-coret 3 malam 3 hari di katil hospital...

...masuk pada 23/3 jam 8.00 malam dan keluar pada 26/3 jam 2.30 petang...

Sarapan pagi pada 24/3 - tak tahulah sama ada ini mihun goreng atau garam goreng!
Teringin sangat nak makan 'lengkong bodo'.  Alhamdulillah, adikku sudi buatkan...
Makanan ala-ala 'pemakan sayur', tak termakan juga - tiada rasa...
Selepas minum  air bancuhan serbuk Urosulf ini, asyik pula berulang ke bilik air...
Bila keluar hospital, terus masak apa yang keluarga suka...
23/3 - aku merasakan kedinginan yang luar biasa sehingga menggigil.  Berselimut juga tidak menghilang atau mengurangkan rasa dingin itu.  Aku melarang anak bongsuku (kami hanya tinggal berdua pada petang itu) memasang kipas atau pendingin hawa walaupun cuaca di luar panas membahang.  Setelah tidak tertahan, aku meminta si Bongsu menelefon adikku yang tinggal berdekatan untuk membawa aku ke hospital.  Tiba di hospital, setelah diperiksa suhu badanku 40.5 darjah Celcius.  Ubat untuk menurunkan suhu badan dimasukkan ke tubuhku 'seperti anak kecil'...

Beberapa jam kemudian, aku masuk ke wad - bilik 4 katil, tapi hanya aku seorang di bilik itu.  Bukan mudah untuk melelapkan mata dengan keadaan badan yang tidak selesa dan sesekejap didatangi jururawat untuk memeriksa.  Tambah pula dengan tangan yang dicucuk untuk memasukkan air.

24/3 - satu demi satu katil yang kosong menerima pesakit.  Doktor pakar pun datang pada awal pagi. Katanya kencingku banyak kuman.  Yang lain-lain iaitu demam dan pernafasan semua sudah semakin baik.  Diminta untuk keluar, doktor itu ketawa. Katanya paling cepat pun esok sebab aku kena habiskan antibiotik dan demamku perlu dipantau dulu walaupun ujian darah menunjukkan tiada masalah.

25/3 - bila keluarga pesakit lain datang melawat mereka, aku mula rasa hendak demam semula. Riuh-rendah tiba-tiba hingga aku sakit kepala. Waktu Qaid bersama ibubapanya datang sebelumnya pun aku bagi isyarat supaya dia tidak bising dengan meletakkan jari di mulut dan sebut 'syyhhh'.  Dia pun faham.  Tapi bagi sesetengah orang, waktu melawat pesakit adalah waktu untuk bersuka-ria seolah-olah sudah begitu lama tidak berjumpa. Kalau duduk di bilik yang tidak berkongsi dengan pesakit lain, suka hatilah nak buat apa, waima hendak berbaring bersama, kan?

Petang hari ini aku menerima dua suntikan berhampiran buku lali kaki kananku yang belum pulih dari kesakitan lama.  Aku yang meminta rawatan ini setelah 'bercerita' dengan doktor terdahulu dan dia merujukkan kepada doktor pakar ortopedik.  Kebas jugalah kakiku untuk beberapa jam.  Doktor menasihatkan untuk aku melakukan fisioterapi sebelum keluar wad.  Makanya, esok sahajalah aku keluar...

26/3 - Pesakit di sebelah katilku (seorang wanita bukan  Melayu yang masih muda), asyik batuk sejak dia masuk.  Kalau rajin, dia akan ke bilik air.  Jika tidak, sesuka hati dia saja hendak berkahak. Malam waktu tidur asyik mengerang.  Waktu makanan tiba, lagi kuatlah dia batuk dan berkahak.  Tak mengapa, aku faham bahawa ini adalah wad hospital bukan bercuti di hotel mewah.  Aku pun bukan baru pertama kali masuk wad.  Malah hospital memang bagaikan rumah keduaku sejak puluhan tahun yang lalu.  Jadi, aku sudah lali...

Lepas waktu Zuhur aku sudah boleh balik.  Suami menjemputku.  Dan... seperti biasa, selepas dua tiga hari meninggalkan rumah, sebaik melangkah masuk banyaklah tugasan yang menanti...

Rabu, 23 Mac 2016

Nasi lemak adalah makanan sihat?...

PETALING JAYA : Nasi lemak, the staple Malaysian dish, has been recognised as one of 10 most healthy international breakfasts by TIME Magazine.  
Listing down the various components of the coconut rice dish, the article described nasi lemak as “supremely delicious”.  
“Yes, there’s a bit more fat than is good for you (eat less rice to reduce), but it’s balanced with lots of manganese, protein, and carbs.  
“The chili in the sambal also boosts the metabolism (depending which nutritionist you talk to),” according to the article on Tuesday.   
Sumber : SINI
Apa-apapun, marilah kita amalkan
'makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang'

Isnin, 21 Mac 2016

Destinasiku~linari bersama Chef Azli Razali...

Kenal tak dengan Chef Azli Razali?  Beliau pernah ada BLOG.  Tapi nampaknya blog beliau sudah lama tidak dikemaskini.  Mungkin kerana kesibukan beliau memenuhi undangan di sana sini...

Mahu bertemu dengan beliau?
Mungkin program di bawah ini membuka peluang untuk anda
bertemu dan mempelajari satu dua resepi dari beliau.

Program seharian dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang dengan bayaran hanya RM100.00
pasti mengujakan bagi anda yang berminat.  Butiran program dan cara untuk
membuat bayaran serta siapa yang perlu dihubungi tercatat di atas.

Tempat adalah terhad, jadi segeralah buat tempahan.
Makanan dan minuman disediakan tetapi
pengangkutan adalah atas tanggungjawab sendiri.

Simpan tarikh untuk program ini :
23/04/2016
bertempat di :
Homestay Sg Hj Dorani, Sg. Besar. Selangor.

Walaupun cuaca panas, hadapilah dengan tenang...

Suhu di Kuala Lumpur dua hari lepas.  Sesekali aku perhatikan, ia mencecah 39 darjah tapi seketika sahaja. Mungkin 'terpengaruh' dengan panas enjin kereta agakanya..

Makan tengahari kami (aku dan suami) semalam di Restoran A Hassan Ayam Kampung, Shah Alam :

Bersama dua gelas barli panas, harga yang kami bayar adalah RM20.00. Harga yang bagiku berpatutan.  

Encik Suami punya... sayurnya dalam piring lain seperti gambar di bawah...
Aku pula bila singgah di restoran yang menyajikan
hidangan ala kampung, memang akan teruja dan
rambang mata.  Akhirnya sayur-sayuran menjadi
pilihan.  Tak ada ayam ikan pun tidak mengapa.

Ahad, 20 Mac 2016

Kicap dan sos MUDIM sebagai buah tangan di majlis perkahwinan...

Eh...macam bentuk 'jantung' pula susunannya...
Satu ilham yang lain dari yang lain...
...kalau bagi telur, mungkin orang tak makan dan tak tahan lama, kan? 

Sabtu, 19 Mac 2016

Sepetang bersama blogger 2016...

...akan diadakan di :

Campbell Complex, Kuala Lumpur

pada :

16/04/2016 (Sabtu)

masa :

8.30 pagi hingga 5.00 petang

berminat untuk turut serta?

jom daftar di sini :


SBB 2016

Description :
Pendaftaran awal Sepetang Bersama Blogger 2016.

Harga sebenar RM50, pendaftaran awal RM30 sahaja.

Lokasi : Dewan Campbell, Kuala Lumpur
Tarikh : 16.4.16
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Hanya untuk yang berumur 12 tahun ke atas.

Sekiranya membuat pendaftaran untuk lebih daripada seorang, sila nyatakan saiz baju dan nama di ruangan nota.
Code : SBB2016
Price : RM 30.00
Delivery Charges : RM 0.00
* There is no GST charge for this product

#itusajanakkata

Jumaat, 18 Mac 2016

'MENGINGATI MATI MENYUCIKAN JIWA'...

Tajuk di atas sebenarnya adalah tajuk untuk Khutbah Juma'at pada hari ini (18/03/2016) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).  Antara petikan khutbah yang akan disampaikan nanti adalah :


Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Malaikat Maut yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kesenangan, kemewahan dan berpisahlah dari orang yang kita kasihi.  Mati membuktikan kepada kita bahawa pada hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesuatu pun.  Mati juga membangun dan menyedarkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tidak berkekalan.  Kehidupan dunia adalah permainan, kehidupan sebenarnya adalah bermula di akhirat.  Keyakinan kepada alam barzakh mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menajalani kehidupan sekarang ini untuk menepuh perjalanan hidup di akhirat.  

Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 32 yang bermaksud :

'Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.  Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?'

Berita lain :

Salam takziah buat keluarga Datuk Adnan Abu Hassan.  Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57,
menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini.
Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan
tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar,
diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya
bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah
dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134708

Khamis, 17 Mac 2016

Jubah sedondon ayah dan anak...

Mencari jubah yang sedondon untuk majlis anda?  Jom jengah instagram jubah lelaki dewasa. Manalah tahu jika ada yang berkenan, bolehlah buat pertanyaan dan tempahan... :)

Jubah untuk ayah dan anak (anak-anak) ini juga adalah dari keluaran Darwish Rich Design...

Comel tak kami?
Kami juga tak kurang segaknya...

Kebelakangan ini, ruang otak kembali sempit untuk menghasilkan ilham yang dapat dikongsikan...

Rabu, 16 Mac 2016

Hilangkan tekanan seketika...


...bukan senang hendak menjadi usahawan yang berjaya.  Macam-macam hendak difikirkan sebelum boleh dapat sedikit keuntungan. 

Jomlah jalan-jalan ke laman web saya di sini :
http://www.darwishrichdesign.com/

Isnin, 14 Mac 2016

Old Malaya Kopitiam lagi...

...ini kalau 'wakil rakyat' tengok orang bawahan masih mampu makan di kopitiam, mahu dijadikannya bukti bahawa rakyat tidak terbeban dengan GST!

Sedangkan orang pergi umrah pun dipertikaikan apatah lagi orang pergi makan-makan...
Teh Halia untukku...
Beriani Kambing
Lamb Chop
Fish n Chips
Nasi Goreng dengan Ikan Celup Tepung
Brownies dengan Aiskrim Vanilla
Club Sandwich

Ahad, 13 Mac 2016

Melancong di tempat sendiri...

Tahun lepas (tahun 2015), dengan izin Allah aku berpeluang melancong sebanyak 6 kali ke luar negara.  Tiga darinya ke Benua Kecil India (Delhi, Agra dan Kashmir).  Selain itu ke Ho Chi Minh City, Bali dan Beijing. Alhamdulillah.

Tapi bagi tahun ini, di awal tahun lagi aku sudah merasakan nilai ringgit yang kian mengecil. Dengan keperluan dua anak yang masih belajar, setiap kali mengeluarkan duit (terutama untuk anak ke 3 yang belajar di IPT), wang berlalu bagaikan angin - terasa tapi tidak kelihatan.  Belum masuk bab kereta-kereta (wah...macam banyak sangat kereta) yang 'sakit tiba-tiba' hingga ribuan ringgit untuk 'merawatnya'...

Maka atas sebab itu, keinginan untuk mengulangi keseronokan melancong seperti tahun lalu, biarlah dipendamkan dahulu.  Sekiranya dapat menjejakkan kaki sekali lagi ke Tanah Suci, itulah impian utamaku...

Kerana tidak melancong ke luar, maka mari kita hayati keindahan sekeliling kita (jika orang luar datang, mereka sibuk merakam gambar-gambar begini seperti bila kita juga ke tempat mereka) yang selama ini tidak kita pandang sebelah mata...

Pawagam Coliseum - entah sudah berapa abadlah usianya.
Ia sudah ada ketika aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur lebih 30 tahun yang lalu...
Bangunan KAMDAR ini sudah berapa kali dibaikpulih dan diberi wajah baru.
Asalnya dulu bangunan ini adalah kepunyaan Gedung Kain Mun Loong.
Aku masih ingat ketika aku hanya mengekori teman sepejabat yang mahu
membeli kain di Mun Loong sedangkan aku hanya mampu melihat.
Anak-anak zaman ini pastinya tidak tahu tentang kewujudan  bas mini satu ketika dulu.
Mereka lebih mengenali bas Hop On Hop Off ini walaupun tidak pernah menaikinya.
Pada hari cuti pun, Kuala Lumpur tetap dengan kesesakannya...
Antara yang lama dan yang baru.  Entah bilalah pembinaan bangunan-bangunan
pencakar awan (nak cakar langit tak mungkin sampai) akan terhenti...

Jom alih pandangan dari atas bukit pula.  Pemandangan di bawah ini aku rakamkan sebelum jam 8.00 pagi dari Taman Bukit Teratai, Cheras...

Di sebelah sini adalah kawasan perumahan dengan rumah-rumah teres setingkat
atau dua tingkat dan juga rumah-rumah pangsa bak sarang burung merpati.
Di sebelah sana pula bangunan-bangunan tinggi yang sesekali mengundang rasa ngeri...
Halakan sahaja kamera ikut suka...
...lupakan kegayatan sebentar demi untuk merakam gambar ini...
...dan yang ini juga...
Mungkin masih ramai penghuni sedang  menyambung mimpi...
...Allah jugalah yang melindungi dari segala yang tidak diingini.
Beberapa hari lepas, dua beranak terkorban di lereng bukit ini.
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan  roh orang-orang yang beriman.
Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.

Sabtu, 12 Mac 2016

Dunia ibarat roda...

...hari ini kita ada kuasa,
kita buat ikut suka

esok-esok
bila kita tiada kuasa,
mungkin orang pula buat kepada kita

itulah lumrah kehidupan di dunia...

Jumaat, 11 Mac 2016

Ning Baizura dan suami merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah...

...walaupun perancangan itu untuk tempoh dua tahun lagi, semoga Allah SWT mempermudahkan niat dan urusan mereka.  Manusia boleh berubah, yang baik tidak semesti akan mati dalam keadaan baik, begitu juga sebaliknya...

Berita dari : http://www.bharian.com.my/node/132581

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ning Baizura, dan suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, merancang untuk mengerjakan umrah dua tahun lagi, sempena sedekad perkahwinan mereka. Berkahwin dengan lelaki mualaf, Ning berkata dirinya amat bersyukur apabila Omar turut bersedia dan terbuka hati untuk sama-sama mengerjakan ibadat berkenaan bersama-samanya. 

Menyambut ulang tahun kelapan perkahwinannya dengan lelaki terbabit pada 31 Januari lalu, Ning yang juga ibu kepada Ryan Sky Dalton, 3 tahun, memberitahu BH Online, memang menjadi impiannya untuk sama-sama ke Tanah Suci bersama suami tercinta. "Dua tahun lagi tempoh yang ada bagi membuat persiapan untuk ke sana juga bererti usia perkahwinan kami genap 10 tahun. Ia cukup membahagiakan saya. 

"Biasalah, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Bagaimanapun kami berusaha untuk terus mengukuhkan rumah tangga kami. Ia juga proses yang lebih mematangkan kami berdua. Insya-Allah, Tuhan akan membantu mereka yang tidak pernah berputus asa. "Dialah cinta dunia akhirat saya. Sepanjang bergelar suami isteri, memang tiada gaduh-gaduh besar pun. Suami saya juga pernah berkahwin sebelum ini dan dia jenis lelaki yang 'cool'. Memang tidak ada masa hendak cemburu buta. Kami sangat menyokong di antara satu sama lain. Kehadiran anak pula memang melengkapkan lagi kebahagiaan kami," katanya. 

Ning turut memberitahu, sebagai persediaan ke Tanah Suci, mereka berdua mendalami ilmu agama menerusi ustaz yang datang mengajar di rumah. "Dua tahun ini juga menjadi ruang untuk saya dan suami memperbetulkan kelemahan yang ada, termasuk dalam bab agama," kata Ning.



Sumber gambar dari SINI

Betapa mewahnya kita - 3,000 tan makanan dibuang sehari...

Sumber berita : http://www.hmetro.com.my/node/121880


Putrajaya: Kira-kira 3,000 tan makanan dibuang sehari di Malaysia dan ia pembaziran yang boleh dielak, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Dr Sharif Haron.

Merujuk statistik pengendali sisa pepejal dan pembersihan awam SW Corporation itu, beliau berkata makanan yang dibuang itu termasuk yang belum disentuh dan masih boleh dimakan.

Berikutan itu, katanya, kerajaan menggerakkan inisiatif Save Food Malaysia (MYSaveFood) tahun lalu, sebagai usaha mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan di negara ini.

“MySaveFood diwujudkan berdasarkan SaveFood Campaign, inisiatif global yang diperkenal Messe Duseeldorf Group di Berlin, Jerman, pada 2011, dengan kerjasama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO),” katanya selepas majlis perasmian Persidangan Serantau Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu Ke-33 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Sharif berkata FAO menganggarkan satu pertiga makanan yang dihasilkan atau 1.3 bilion metrik tan bernilai RM4.4 trilion di dunia hilang atau dibazirkan.

Mardi dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani menjadi koordinator inisiatif MYSaveFood di Malaysia bagi menjalankan kempen meningkatkan kesedaran mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan.

Namun di sebalik segala kemewahan,  berapa ramai sebenarnya rakyat negara ini (tidak termasuk para pendatang yang membawa segala masalah sosial bersama mereka) yang hidupnya 'kais pagi makan malam dan kais malam belum tentu dapat makan'?  Jangan cerita tentang 'kemalasan', tentang BR1M atau tentang yang negatif semuanya kalau kita hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati sendiri tanpa menyelami apa yang mereka hadapi di bumi bertuah ini...

Khamis, 10 Mac 2016

Sejukkan jiwa yang membara...

...aku dah taip satu kisah, tapi masih berfikir-fikir hendak menerbitkannya.  Nantilah kufukirkan sesuai atau tidak untuk bacaan...

Sementara itu jom sejukkan tekak...

Rabu, 9 Mac 2016

AllahhuAkbar...aku fikir aku tidak berjaya merakamkannya...

Aku keluar beberapa saat ke hadapan rumah.  Aku halakan kamera Note 3ku.  Aku klik dua kali dan aku masuk semula ke rumah...

AllahhuAkbar! Nampak biasannya di situ...
...ada di situ.  SubhanAllah.  Maha Suci Allah...

Selasa, 8 Mac 2016

Isnin, 7 Mac 2016

Seketika di Kg. Kunci Air Buang, Tanjung Karang...

...unik pula nama kampung ini bagiku. Kg. Kunci Air Buang...dah kunci air, lepas itu buang atau bagaimana?  :)

Menghadiri jemputan kenduri pada tarikh 6/3/2016 (Ahad) di kampung ini.
Bila dapat makan lauk kenduri begini, memang aku akan rasa sangat-sangat teruja.
Gulai nangka, gulai umbut dan ikan masak halia (kot)... Sedap sangat.
Pecal. Pun sedappppp sangat.
Sesekali orang kampung masuk kampung...
selfie jangan tak selfie...
...tengah-tengah panas pun sanggup bergaya...siap dengan jubah hitam dan peluh meleleh...
...sampai nak buka mata pun tak terdaya...
...satu lagi...
...cukuplah tu...dah nampak sawah yang cantik menghijau tu.
Jom balik...