Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 30 Januari 2015

Muhammad Qaid Darwish di Utusan Malaysia...

Tarikh siaran UM : 29/01/2015

Alhamdulillah.  Semoga perniagaan kurta / jubah bayi yang diusahakan oleh Mommy Qaid akan terus berkembang maju. InsyaAllah.

Kunjungi instagram Darwish Rich Design dan facebook Darwish Rich Design untuk 'melihat' kurta / jubah bayi yang dijual oleh mereka...

Tidakkah kami kelihatan comel dalam kurta
yang kami pakai ini? Ibu-ibu kami pun comel
dalam jubah mereka, kan? :)
Walaupun kami masih kecil, keselesaan itu
adalah penting bagi kami.  Memakai kurta
ini tidak membuatkan kami merasa rimas,
sebaliknya kainnya yang lembut bagai
mendakap kami dengan penuh kasih-sayang.

Selamat tinggal Vietnam, InsyaAllah kita berjumpa lagi nanti...

27/01/2015

Kami menggunakan khidmat teksi Vinasun dari hotel ke lapangan
terbang.  Pekerja hotel telah memberitahu bahawa tambang adalah
sebanyak VND160,000 (lbhkrg RM27.00), dan itulah jumlah yang
diminta oleh pemandu teksi.
Kami 'membungkus' dua beg untuk dimasukkan
ke dalam kargo nanti.  Kalau dalam VND, antara
80,000 hingga 100,000 satu.  Tapi kami bayar
USD10.00 (RM36.00) untuk dua beg.  Lebihkuranglah.

Di lapangan terbang ini, duit masih berbaki USD20, bila
tukar di sana, dapat RM66.00 sahaja...
Dalam pesawat AirAsia AK525
Selamat tinggal Tan Son Nhat International Airport.
InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lagi.

Orang Melayu memang tinggi budi bahasa...

...walaupun pertama kali bersua...




Sewaktu menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
Melepak berjam-jam di lapangan terbang.  Berkenalan
dengan dua wanita Melayu Malaysia yang akhirnya
menawarkan untuk berkongsi makanan mereka 
dengan kami.  Alhamdulillah.

Sebelum itu, pada siangnya kami dikunjungi oleh
dua wanita Melayu Malaysia di bilik hotel (setelah
berbalas mesej di facebook dengan adik angkatku).
Mereka kehabisan wang untuk belanja makan akibat
tersilap membuat anggaran perbelanjaan (budget).
Mereka mohon dipinjamkan sedikit wang (RM50.00
sahaja).  Kad ATM tidak boleh digunakan untuk
mengeluarkan wang.  Sebelum itu juga adikku
tidak berjaya menggunakan kad debit di sini.

Alhamdulillah.  Kita bantu orang, Allah akan
bantu kita.

Khamis, 29 Januari 2015

Bila Kaklong melawat kawasan ...

...dia hampir lupa itu kawasan orang!

Di seberang jalan yang sibuk ini ada konsert terbuka.
Kaklong cuma memerhati sebentar dari jauh sahaja.
Nampak tak kedai Rohani tu?
Antara 'pembekal' kepada gedung
terkenal di Malaysia
Seperti kata Suria Amanda, di sini maknya ini
asyik tersenyum.  Tak nampak macam Kaklong
Kawasan yang garang, kan? :)
Nampak tak klon Menara Rebung TM di belakang tu?

Menjadi satu keseronokan pula bila melintas
jalan di sini.  Dengan motosikal yang bukan
sedikit disertai kereta dan bas, kita melintas
sambil mencelah-celah sahaja.  Kalau di
Kuala Lumpur, nak merasa terlentang atas
jalanraya, cubalah buat!

Kedai Amin Halal, Ho Chi Minh City ...

Di sini pun Kaklong Kawasan masih mampu tersenyum kerana
makanan yang dihidang boleh diterima oleh tekak dan agak 
banyak walaupun lebih mahal harganya dari di Malaysia.
Kami (aku dan adik angkatku) membayar dalam matawang
Vietnam Dong dan kadangkala Ringgit Malaysia.

Nasi Goreng Ayam (VND50,000)

Nasi Goreng Kampung (VND50,000)
asalah juga nampak perbezaannya antara
Nasi Goreng Ayam dengan Nasi Goreng
Kampung.  Tidaklah macam yang aku dan 
suami makan di Kota Kinabalu dulu...

Kuey Teow Sup (RM50,000)

Kopi Ais (VND20,000)

Tak tahu apa nama daun ini,  Diberi untuk
dimakan bersama sup.  Sedap juga rasanya.

Nasi LAMAK (sebenarnya nasi lemak).
VND50,000

Bingka ubi kayu (VN20,000)

Nasi kosong dengan telur goreng ini berharga
RM5.00.  Boleh minta sup kosong (percuma).
Bawa balik ke bilik untuk makan dengan sambal
ikan bilis yang di bawa dari Malaysia.

Cari = Kari
Talo = Telur
Bawalk = Bawang
Saefood = Seafood

Suop = Soup

Harga antara VND100,000 hingga RM200,000


'bole hantar hotel' itu bukan nama makanan ya, tapi khidmat
yang disediakan... hehehe

Anggaran pertukaran nilai matawang :

VND50,000 = RM8.50
VND20,000 = RM3.50

Xavier Hotel, Ho Chi Minh City...

... tempahan untuk menginap di hotel ini dibuat oleh adik angkatku melalui Booking.com...

Secara keseluruhannya, bilik dan perkhidmatan hotel ini sangat memuaskan hati.

Kos penginapan lebihkurang RM80.00 semalam.  Jom kita tengok keadaan bilik yang kami huni di tingkat 5....

Kaklong Kawasan senyum kerana puas hati
Pekerja di sini memberi layanan yang sangat
baik.  Cuma ada sedikit masalah dari segi
komunikasi.  Mereka boleh berbahasa Inggeris
yang 'asas' sahaja (mungkin sudah dilatih) tapi
bila kita bertanya lebih-lebih, mulalah keluar
bahasa isyarat dan 'I don't know'... huhuhu
Katil yang sangat selesa untuk dua orang.
Bantalnya pun taklah macam sesetengah
hotel 'kita' yang kalau dilipat dua pun belum
tentu selesa untuk meletakkan kepala.
Haaa... yang ini jangan sesuka hati nak bancuh ya.
Yang percuma cuma air minuman dua botol itu sahaja.
Ada banyak saluran tv - tapi hampir kesemuanya
dalam Bahasa Vietnam termasuklah cerita Hindi!
Selipar yang disediakan.  Sesuai dipakai untuk
'melawat kawasan'.  Tapi Kaklong Kawasan
memang sedari rumah hanya berselipar sahaja.
Bilik air pun sangat selesa.  Yang penting
di sebelah tandas itu ada paip untuk 'mencuci'.
Air minuman diberi percuma untuk hari pertama
sahaja.  Kalau hendak tambah air, bawa botol
kosong dan isi di lobi.

Secara keseluruhannya, bolehlah bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk hotel ini.  Wifi percuma boleh digunakan setiap masa. (Jangan lupa bawa pengecas (plug) yang punya dua kaki itu ya). Kedudukannya pun sangat dekat dengan lorong yang menempatkan deretan kedai makan/restoran halal termasuklah Restoran 1 Malaysia.  Hendak ke Ben Thanh Market pun tak sampai 5 minit kalau tidak singgah makan minum/membeli belah di lorong 'yang menggoda' itu.  Tak perlu pergi jauh untuk membeli tudung / telekung / pakaian siap mahupun kain ela siap potong. Dalam membeli-belah, kemahiran tawar-menawar adalah sangat penting. Tapi ada juga barang yang dijual dengan harga tetap dan memang tidak dapat pengurangan harga walaupun meminta sampai kering airliur...



Opssss... seselesa mana pun hotel itu, janganlah masuk untuk tidur baring dan mandi manda atau melayari internet sahaja ya.  Ke mana pun kita pergi, solat jangan diabaikan. Mungkin ruangannya tidak sebesar mana, tapi kalau kita tidak mengabaikan perintah Allah, maka Allah akan mempermudahkan urusan kita.  InsyaAllah.

Rabu, 28 Januari 2015

Vietnam - sedikit catatan pengalaman...

...segan nak cerita banyak-banyak kerana catatan pengalaman orang lain lebih hebat lagi...

Walaubagaimanapun, nanti akan buat juga catatan tentang hotel penginapan kami dan tempat makan yang saban hari kami kunjungi.  InsyaAllah...

Berlepas dengan penerbangan AK528
dari KLIA2 pada jam 9.10 pagi. Tempahan
telah dibuat beberapa bulan lalu dengan harga
RM250.00 (lbhkrg) pergi-balik.  Sebenarnya
ada yang dapat tambang lebih murah walaupun
menempah hanya 3 minggu sebelum pergi.
Sarapan yang telah ditempah lebih awal -
Nasi Lemak Pak Nasser

Hampir dua jam kemudian - di ruang udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat,
Ho Chi Minh, Vietnam.  Tidak banyak (mungkin
boleh dibilang)  bangunan pencakar langit di sini.

Tak pasti mereka ini bergaya di sini untuk menyambut kedatangan siapa.
Dari lapangan terbang, kami menaiki bas 152 ini
ke Ben Thanh Market.  Tambang cuma VND5,000
(lebihkurang 85sen sahaja)

Tiba di Ben Thanh hampir jam 12.00tghri
waktu tempatan (hampir 1.00ptg waktu Malaysia)

Kami menginap di Xavier Hotel.  Bayarannya
USD72 untuk 3 malam (lbhkrg RM259.00)

Di sinilah kami makan 2 kali sehari - Kedai
Amin Halal.  Berbanding dengan kedai makan/
restoran di sekitarnya, harga di sini agak lebih
murah. Sepinggan nasi goreng atau semangkuk
mihun sup berharga RM8.50 (VND50,000)
dan minuman (biasanya kami minum kopi ais)
RM3.40 (VND20,000).

Bagi sesiapa yang belum pernah sampai ke sini,
sila sediakan wang yang secukupnya untuk makan
minum.  Atau bawa sahaja bekal dari Malaysia - roti
atau sambal ikan bilis atau mee segera.

Air mineral (botol kecil berwarna biru) hanya
diberi pada hari pertama sahaja.  Untuk hari lain,
kalau tak mahu beli (ala..sebotol air mineral 500ml
baru 85sen sahaja) bolehlah tadah air minum di lobi.
Kalau hendak berjalan-jalan, bawalah botol
kosong dalam beg anda.  Ia sangat diperlukan
bila anda masuk ke tandas.  Di sana tiada paip
untuk membasuh selepas 'membuang', tapi ada
paip di sinki.  Jadi, tadahlah air dan bawa masuk
ke dalam tandas.

Jika di Malaysia, kita biasa bagasi akan diimbas sebelum daftar
masuk, tapi di sini bagasi akan diimbas hanya selepas daftar
masuk.  Nampak tak bilik dua pintu di sebelah kanan itu?
Di situlah bagasi diimbas.  Sekiranya nama anda dipanggil
untuk masuk ke bilik itu, kemungkinan anda akan kena
mengeluarkan 'sedikit wang' untuk melepaskan bagasi anda!

Satu 'pesanan penaja' yang sangat penting.  Sekiranya anda
ke sini dan anda dipujuk oleh pengayuh beca untuk menyewa
beca mereka, jangan sesekali bersetuju.  Kami sudah terkena.
Kononnya hanya VND15,000 untuk dua orang (satu beca seorang),
tapi bila sampai ke destinasi (mereka tidak akan turunkan kita
betul-betul di hadapan hotel), kami diminta membayar VND150,000
seorang!  Maknanya bayaran adalah VND300,000 (lbhkrg RM50.00).

Sebenarnya kami tak tahu di mana lokasi hotel yang hendak kami
tuju.  Bila sudah sampai, rupa-rupanya tempat itu tidak sampai
5 minit pun kalau berjalan kaki. Aduhhhh...
Ada yang terkena sehingga RM100 - RM500.  Lebih malang kalau
mereka minta bayaran dalam USD...

Selasa, 27 Januari 2015