Kawan-kawan kakcik

Selasa, 25 November 2014

Cameron Highlands yang malang...

...dan lagu bangau oh bangau pun berulang...

kenapa harus dipersalahkan kepada pendatang
mereka masuk kerana 'diundang'
cuba semak siapa yang membuka peluang
tak mungkin pendatang meneroka dengan sewenang-wenang

bila sudah ada yang menjadi mangsa
bila bencana terpapar di hadapan mata
baharulah sibuk 'dia kata dia'
sedangkan selama ini mata dipejam kerana laba

tunggulah untuk beberapa ketika
bila suasana senyap semula
kegiatan yang sama akan berleluasa
dan pihak berkuasa boleh tidur dengan lena

sekarang semuanya terkejar-kejar
hendak duduk pun terasa pijar
bila yang di atas meninjau dari atas pagar
yang di bawah tidak bertangguh terus menggelepar

semua orang menunjukkan pandai walaupun jahil
semua pihak mengeluarkan fakta dan dalil
hakikatnya tanah di sana telus mengalir
bersama air yang kuning dan hanyir

syhhhhhh...
jangan cakap banyak-banyak
jangan tulis sekadar hendak menghenyak
biarkan yang arif berperut senak
mudah-mudahan tercabut segala duri dan onak...


Kartun dari akhbar KOSMO...


13 ulasan:

  1. dalam berita tv9 semalam..70% hutan di Malaysia diceroboh...

    BalasPadam
  2. biasa la kak...kalau dh berlaku apa2..masing2 menuding jari..haha..sikit lagi senyap la tu...Oh Malaysiaku..:(

    BalasPadam
  3. sbb ramai yg jd mangsa tu warga asing ,itu yg konon2 nk kejar pati sampai ke lubang cacing... naper dr kejadian thn lps tak di cari pati yg melambak2 seluruh malaysia... kite ni bile dh terhantuk baru terngadah...

    BalasPadam
  4. Hairan kan..
    Selama ni mereka BUTA ke tak nampak tanah kat CH kena ceroboh?
    Bila dah jadi 2-3 kali banjir kat CH, yg berkuasa semua nak tuding jari, cari kambing hitam..last last kambing hitam yang tak boleh nak bersuara di salahkan = PATI

    BalasPadam
  5. kesian sgt².. teroka tanah haram, yg jd mangsa pendatang haram..kita smpi gerun bila nk ke sn.. skang dh xtau tmpt tinggi mana nk pegi.. GH hri tu tanah runtuh lak.. hurmm..

    BalasPadam
  6. sekarang peladang kat cameron pulak dalam dilema sbb pekerja2 suma dah lari takut pihak berkuasa. Tiada pekerja nak menuai hasil tanaman,,,

    BalasPadam
  7. Kesian dekat org asli yg bergantung pd sungai utk dptkan sumber air. Tahun lepas pun dah tunjuk air yg mereka guna berkarat keruh.. Belum lg bab banjir dan tanah runtuh

    BalasPadam
  8. Bila pihak berkenaan 'disergah' barulah ada tindakan apa yang dibuat.. kalau tak.. eeemm.. pejam mata buat tak nampak.. ni.. jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.

    BalasPadam
  9. awal2 dah bagi tau..ni nak tangkap PATI ke nak suruh PATI lari awal2..nampak sangt tak serius pun..cuma gempaq ja..

    BalasPadam
  10. betula kalau cerita macam bangau ni tiada kesudahan yang jadi mangsa penduduk Cameron la.

    BalasPadam
  11. Orang kata bila dah terhantuk....

    Kalau tak berlaku bencana, memang masing-masing sambil lewa je. Semua boleh. Sekarang ni memang panas punggunglah menuding jari sana-sini. Tak sedar satu jari tuding kat orang lain, 4 lagi tuding ke diri sendiri!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com