Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 September 2013

Sekurang-kurangnya masih ada makanan...

...walaupun hanya nasi putih dan ayam goreng. 

Esok-esok belum tahu apakah masih ada kemampuan untuk membeli keperluan asas yang semakin hari semakin tinggi harganya...

Bertandang ke rumah Kak Nanie...

...dari status 'teringin nak makan roti canai' kakcik di facebook, akhirnya melarat bersembang hingga lebih seratus komen.

 Hilang cerita nak makan roti canai, akhirnya kakcik, Anyss, Iyra dan Kak Nanie berura-ura untuk minum petang di rumah Kak Nanie pada esoknya (28/9/2013).

Kononnya nak sampai ke rumah Kak Nanie dalam pukul 3 atau 4 petang.  Paginya kakcik ke pejabat.  Sampai ke rumah semula sudah pukul 1.30ptg.  Kemudian ada urusan peribadi yang tidak boleh dielakkan. Begitu begini, keluar rumah selepas solat Asar.

Sampai ke rumah Kak Nanie lebihkurang jam 5.30 bersama En. Suami, Bangcik dan Iyra.  Kak Nanie sudah sedia dengan hidangan laksa.  Iyra pula bawa sambal udang dan puding roti.

Menanti ketibaan Ida dan Anyss tang tak kunjung tiba.  Akirnya En. Suami dan Iyra keluar menjejaki mereka.  Jam 7.10 malam saat azan Maghrib berkumandang, barulah mereka sampai ke muka pintu rumah Kak Nanie.

Jumaat, 27 September 2013

Apa masalah dia ni? Meroyan tak tentu hala...

...kita minta dokumen je. 

Dia boleh meroyan tak tentu hala.  Kita minta tu sebab nak buat bayaran kat dia.  Dia pergi cakap yang bukan-bukan.  Siap cakap dia tauke.  Dia bayar gaji pekerja.  Kita ni tak tahu apa-apa sebab makan gaji saja...

Aduhaiii...dah kenapa dengan anda?

Bila dah panas, pasang pendingin hawa tahap maksimum pun tak terasa dinginnya...

Gagah? Mampukah kau lakukan semua perkara?...

Ibarat sebatang pokok yang besar, berdayakah ia menghalang burung datang bertandang?

Nak dimarah pun tiada gunanya...

...dah kita yang minta tolong dan tak diberi pula tunjuk ajar,  maka redho sajalah dengan hasilnya...

Gambar ini telah kakcik edit disebabkan kakcik tidak meminta izin dari wajah-wajah di dalam gambar ini untuk dipaparkan wajah mereka.

Yang kakcik nak tunjuk adalah cahaya di sebelah depan tu.  Ianya telah menenggelamkan gambar yang sepatutnya dirakam...

Khamis, 26 September 2013

Siapa kita hendak mempertikaikan ketentuan Ilahi?...

...terkedu aku sekejap pagi ini.  

Dengan suara yang lantang, seseorang menuturkan kata-kata 'peliklah Adam tu.  Menikah dengan Fiza.  Fiza tu janda.  Tua pulak dari Adam.'

MasyaAllah.   Dia lupakah bahawa ajal maut jodoh pertemuan itu adalah kuasa Allah SWT yang menentukannya? 

Kita juga punya anak!

Jom kita layan gambar hiasan ini... rasa tenang dan damai...

Rabu, 25 September 2013

Rabu = 25/9/2013

(InsyaAllah,  hari ini akan kembali ke Kuala Lumpur)
...yang mudah kelihatan, pasti senang mengundang perhatian manakala yang tersembunyi, tiada siapa yang rajin untuk memerhati...

Selasa, 24 September 2013

Perkongsian dari facebook...

(Kakcik masih di Port Dickson)
 
Mana yang baik, kakcik cuba kongsikan di sini.  Semoga ada manfaatnya...

Isnin, 23 September 2013

Pasar Chow Kit akan berubah wajah...

...bagaimanalah agaknya rupa wajah baru itu nanti, ya?  Pastinya lebih cantik, tersusun dan kemas serta harap-harapnya akan hanya dikuasai oleh Warga Malaysia sahaja...

Ahad, 22 September 2013

22/9 -26 tahun yang lalu...

...aku sedang sarat mengandungkan anak sulungku.

Pagi itu aku mula rasa ada air yang keluar.  Disebabkan tiada pengalaman dan menjangkakan tarikh untuk melahirkan iaitu 7/10 masih jauh, aku hanya mengajak suami ke klinik tempat aku menjalani pemeriksaan berkala.  Kami pergi dengan menaiki motorsikal - satu-satunya kenderaan yang kami miliki.

Sampai di klinik, doktor mengatakan yang aku hampir melahirkan.   Beliau mengarahkanku ke Hospital Bersalin  Kuala Lumpur.   Dari klinik di Jalan Ipoh, kami balik dulu ke Gombak untuk mengambil beg yang telah disiapkan lebih awal.  Menjelang petang aku telah berada dalam wad menunggu yang sangat sesak. Disebabkan tak cukup katil, aku hanya diletakkan atas katil tambahan di tengah lorong dalam wad. 

Yang masih kuingat, ada seorang wanita muda sedang sarat mengandung sedang menangis semahunya.  Rupa-rupanya anak dalam kandungannya sudah tidak bernyawa.  Dia telah diberi ubat dan disuruh balik sehingga ada rasa untuk melahirkan barulah dia boleh datang balik.

Aku masih tidak merasa sakit hendak bersalin dan rasanya ingin saja aku lari dari wad yang sangat merimaskan itu.  Selama berada di wad, entah berapa kali aku terpaksa membenarkan kainku diselak.  Mula-mula oleh doktor terlatih kemudian oleh sekumpulan doktor pelatih...

Setelah saat untuk melahirkan kian tiba,  aku disorong ke bilik untuk bersalin. Ada beberapa orang ibu dalam bilik tersebut.  Ada yang mengerang,  ada yang meraung.  Oh, aku kena bersabar dan beristighfar. Setelah berhempas pulas, akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam lebihkurang 8.00 malam saat hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi.

Bayi itu kunamakan  MUHAMMAD MUSTAQIM dengan doa  dan harapan dia akan menjadi insan berguna yang sentiasa lurus dalam mencari redho Ilahi...

Hari ini - 22/9/2013, anak itu  sudah berusia 26 tahun.  Tekah menjadi seorang suami dan bakal menjadi seorang ayah beberapa bulan lagi.

Sebagai seorang ibu, doaku tidak pernah berhenti mengiringi perjalanan hidup anakku walau siapa pun dia. 

SELAMAT HARI ULANGTAHUN  KELAHIRAN, ALONG.

Sabtu, 21 September 2013

Selagi belum kiamat...

Mentari tetap muncul di ufuk timur
Manusia pun dengan cerita ysng tersendiri
Masih enak tidur dan menyambung mimpi di hari cuti
Sedang sebahagian yang lain berhempas pulas mencari rezeki. ..

Khamis, 19 September 2013

Abby Abadi - suka kulihat wajah bahagia mereka...

Semoga bahagia itu milik mereka hingga ke syurga...

(Gambar kakcik rakam dari kulit majalah Seri Dewi & Keluarga Oktober 2013)

Selasa, 17 September 2013

Sejauh mana jujurnya manggis...

...orang kata, manggis ini jujur.  Jujur sebab dia beritahu berapa isi yang dia ada.  Itukah ukuran kejujuran?

Ada tak manggis itu beritahu isinya putih atau hitam, elok atau buruk?
Tiada, kan?

Renung-renungkanlah!!

Jumaat, 13 September 2013

Black Hanifah @ Black Mentor menikah pagi ini...

Kakcik tersentuh hati melihat adegan ini di TV3 tadi.

Ibu yang melahir dan membesarkan pastinya mendoakan segala yang terbaik buat anaknya walaupun anak itu nanti punya 'kehidupan sendiri'...