Kawan-kawan kakcik

Rabu, 31 Julai 2013

Menilai hati sendiri....

...kadangkala sukar sekali untuk mengerti. Walau puas dididik, namun hati ini suka bertindak 'lebih cerdik'. Mengingat-ingat, mengenang-kenang pada perkara yang sepatutnya dilontar jauh dari ingatan, diasak pergi dari sudut hati. Tak tahulah, sama ada hati ini yang jahat atau ingatan yang keparat! Ya Allah, berilah aku ingatan yang baik-baik sahaja tentang sesiapa jua terutama mereka yang telah tiada...

Isnin, 29 Julai 2013

Durian oh durian...

Teringin nak makan durian punya pasal sanggup merengek-rengek minta suami belikan.  Mengada-ngada sungguh,  kan?

Sudahnya beli sebiji di pasar Ramadhan.  Durian kampung katanya. RM4.00  sekg.  Tepat-tepat 2.5kg sebiji.  Sahur pulun makan durian.  Sekarang tekak rasa perit, kepala rasa panas...

Ahad, 28 Julai 2013

Kalau hendak ke Pusat Bandar Kuala Lumpur...

...di musim perayaan ini, mungkin lebih baik jika kita menggunakan perkhidmatan kenderaan awam.  Kesesakan adalah sangat melampau.  Jangan letak kenderaan sesuka hati di pinggir jalan kerana pihak berkuasa sentiasa 'bersedia dengan borang cinta' untuk dicatatkan nombor kenderaan sekiranya kita 'tidak mendengar kata'...

Jumaat, 26 Julai 2013

Khamis, 25 Julai 2013

Yang indah di mata kita...

...tak semestinya indah di mata orang. Yang sedap di tekak orang, belum tentu tertelan dek tekak kita...
Di malam 16 Ramadhan, bulan masih bulat dan cantik...
Pertama kali berbuka dengan buah-buahan begini.
Tiba-tiba rasa teringin nak makan durian!
40 tahun lalu, ketika kakcik seusia Budak Sepet, tak
terjangkau dek fikiran ada makanan sebegini. Kalau
ada pun, tak mungkin ibubapa kakcik mampu hendak
membelinya kerana harganya kalau dibanding
pada waktu itu, mampu untuk hidangan seisi keluarga.
Burger 'bako' ini berharga RM20.80 satu set.

Rabu, 24 Julai 2013

Beras cantik dan mahal pun...

...kalau tak pandai memasaknya, mungkin akan mendatangkan kerugian saja, kan?...


Bagaimana pula agaknya dengan wanita cantik dan bermahar tinggi tetapi tak pandai memasak?  hehehe

Selasa, 23 Julai 2013

14 Ramadhan. ..

Alhamdulillah.   Kita masih diberi peluang untuk berpuasa di bulan yang mulia ini.  Berpuasa dalam erti kata sebenar-benar puasa. InsyaAllah.

Bulan di dada langit kelihatan sangat cantik malam dan pagi tadi. ..

Isnin, 22 Julai 2013

Terima kasih Makchaq...



Banyaknya hadiah dari Makchaq buat kakcik.  Betul-betul membuatkan
kakcik terharu.  Tak tahu nak balas macam mana. 


Selasa, 16 Julai 2013

Anak-anak kian dewasa...

yang dulu mereka suka
sekarang tak dipandang sebelah mata
dulu boleh 'dibentuk-bentuk' ikut suka
kini mereka dah punya citarasa

anak yang seorang sudah berdua
mungkin tak lama lagi akan bertiga
tapi ibu tak lepas tangan begitu sahaja
tidaklah pula sampai mengeruhkan suasana

bila anak sudah berkeluarga
ibubapa 'pandang-pandang' sahaja
jangan campur urusan mereka
takut bahagia jadi derita


notataksiapatanya : seloka sekadar suka2...

Isnin, 15 Julai 2013

Isnin yang kelabu...

tiba di pejabat jam enam suku
tapi tersekat di muka pintu
kunci dan mangga dah bertukar baru
hampir satu jam terbuang masaku

letak beg di atas meja
yang pertama dicari tentulah cerminmata
sekali lagi aku jadi hampa
hmmmm...buatlah kerja teraba-raba


:(

Jumaat, 12 Julai 2013

Datanglah...InsyaAllah rumah kakcik terbuka untuk anda...

...rumah kakcik rumah yang sempit
mungkin terpaksa duduk berhimpit
kakcik juga tak pandai memasak
jadi jangan harapkan  hidangan yang enak
walau tiada juadah istimewa
air kosong seadanya saja...

Mereka singgah di rumah kakcik pada hari Sabtu, 6/7/2013 yang lepas...
GadisBunga, CiKPuaNLawA dan SiRibenMerah
Dato' Abdullah Al-Hadi dan Datin Aishah

Isnin, 8 Julai 2013

Solat Sunat Witir...

Rencana ini kakcik ambil tanpa izin dari pautan ini : http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-witir/

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.” (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).


Witir Penutup Solat


Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

Fadhilat Solat Witir

1. Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.

2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.

3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.


Cara Melaksanakannya:

1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:



“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.


2. Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun


3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:



“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.


5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:

a) Al-Ikhlas,

b) Al-Falaq dan

c) An-Naas.

Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.

Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”


WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:


Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)

2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:


3. Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:



4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:

5. Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir



Hukum Tangguh Witir ~ Harus

1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.

2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.

3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak ada dua witir pada satu malam.”

Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

َنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Ramadhan di ambang pintu...

kedatangan yang ditunggu-tunggu
pemergiannya diiring rindu
kini kembali datang bertamu
lerailah resah di dada perindu

mana-mana hutang yang belum langsai
janganlah sengaja dibuai-buai
kononnya boleh dibayar fidyah
sedangkan jumlah hutang tak akan berubah

Khamis, 4 Julai 2013

Dugaan dan kehidupan...

...bagai jari dan kuku...

Kuku tanpa jari tak akan berdiri sendiri
Jari tanpa kuku tak akan kelihatan berseri

Rabu, 3 Julai 2013

Mencari makna di dalam erti...


Tak faham?  Aku pun tak faham.  Apa bezanya makna dan erti? 

Ah! Serabut yang tak berkesudahan...


Dalam kabut ada silau
Bersimpang siur mencari arah
Dalam kalut ada galau
Tidak terubat luka yang parah...