Isnin, 31 Disember 2012

Catatan terakhir untuk 2012...

Petang tadi, balik dari 'merayau-rayau' bersama suami, aku terlihat 'sesuatu' sedang merangkak di atas atap tempat letak kereta jiranku. Tempat letak kereta itu terletak betul-betul di bawah pokok mangga yang buahnya telah ramai orang dapat merasa. Aku cakap pada suami 'eh... apa tu? Pontianak ke apa dengan rambut yang mengerbang-ngerbang?'. Celupar mulutku, kan?

Di bawah pokok pula tedapat tiga orang kanak-kanak perempuan. Suamiku memberhentikan kereta dan sebaik menurunkan cermin tingkap, aku bertanya kepada anak-anak itu 'minta dengan siapa nak ambil mangga tu?'. Oh.. Lupa pula. Yang merangkak di atas atap itu adalah perempuan muda yang mengait buah mangga ( ada dua orang rupa-rupanya) dan melemparkan buah ke bawah. Salah seorang kanak-kanak itu menunjuk ke arah rumah jiranku yang kononnya mereka telah meminta kebenaran.

Bila aku bertanya mereka tinggal di mana, pantas mereka menunjukkan ke satu arah di antara deretan rumah yang terdapat di lorong bersebelahan. Dengan petah salah seorng anak itu berkata 'mak saya nak makan mangga, dia BUNTING'. Aku tanya balik ' kalau iya pun nak makan, takkan sampai satu pokok kamu turunkan buahnya?'. Tahu apa jawab budak itu? 'Ramai yang nak makan'. Kemudian kelima-lima mereka tergesa-gesa berlalu pergi. Aku sempat mengeluarkan kamera tapi tak sempat merakam gambar mereka. Bila aku dan suami cuba mencari mereka semula dengan kereta kami dalam tempoh tak sampai pun lima minit, kami gagal mengesan jejak meteka!

Anak siapakah mereka agaknya, ya?

Dah macam Genghis Khan...

Esok 2013 akan menjelma. Saya akan naik ke Tahun 6. Maknanya, saya akan menduduki UPSR. Mak selalu ingat saya ni masih budak kecil. Mungkin sebab saya anak bongsu. Apa-apaun, saya tahu mak dan ayah mahukan yang terbaik buat saya dan abang-abang saya.

Agaknya, saya ini ada darah keturunan Mongolia (bukan Altantuya) ke ya?

2012 akan meninggalkan kita...

... apa yang berlalu tetap akan berlalu. Apa yang menanti mungkin kita sendiri tidak menduga. Walaubagaimanapun, biarlah waktu yang kita tinggalkan itu bukan bersama dengan sesuatu yang pahit untuk dikenang.

Malam ini akan ada lagikah konsert-konsert untuk menyambut kedatangan TAHUN BARU seperti di akhir tahun-tahun yang telah berlalu. Akan ada lagikah anak-anak kita (atau kita sendiri) yang tenggelam dalam pesta-pesta yang melekakan? TERLALU SIBUKKAH PARA MUFTI UNTUK MEMFATWAKAN BAHAWA KEMAKSIATAN ITU TETAP HARAM WALAUPUN IANYA DISERTAI OLEH PARA MENTERI?

Oh... Yang saya tahu, InsyaAllah ( dieja In Shaa Allah pun sebutannya tetap sama, kan?) tahun depan saya akan menghadapi peperiksaan UPSR. Saya bukan anak kecil lagi, kan?

Ahad, 30 Disember 2012

Jalan-jalan di Pulau Pinang...

Cuaca di Pulau Pinang pada waktu ini adalah sangat panas...

Terima kasih kepada MakcikKantin dan Zie Marziah (serta suami mereka) yang melayan kami dengan sangat baik dan memberikan layanan sepanas cuaca di Pulau Pinang. Tidak terasa yang sebenarnya kita baru berjumpa buat pertama kali. Bagaikan bertemu kawan lama yang banyak benda hendak dicerita...













Sabtu, 29 Disember 2012

Di Pulau Pinang...

Bertemu dengan blogger Makcik Kantin dan blogger Zie Marziah ( guna iPad ni tak tahu nak letak pautan)...







Apa rancangan pagi ini?...

Kepada kawan-kawan yang akan menikmati cendol di bawah pokok pada petang ini, semoga rancangan berjalan lancar. Minum untuk kakcik sama, ya... :)


Cuaca di Seberang Jaya kelihatan sangat cerah pada pagi ini. Alhamdulillah.

Jumaat, 28 Disember 2012

Dah sampai Seberang Jaya...

Pemandangan dari tingkat 11, Hotel Sunway...

Tiga hari lagi...

2012 akan meninggalkan kita.  Dalam tempoh tiga hari itu, pelbagai kemungkinan juga boleh berlaku.  Mana tahu, sekiranya kita ditakdir meninggalkan tahun ini terlebih dahulu, kan?

Pagi ini, kakcik bersama suami, Angah dan Budak Sepet akan bergerak ke Utara.  Doakan agar perjalanan kami pergi dan pulang nanti serta sewaktu di mana sahaja, adalah dalam perlindungan Allah Yang Maha Berkuasa.  Siapalah kita sekira tiada rahmat dan kasihNya.

Doakan juga semoga kita semua masih berpeluang melihat mentari dan bulan di tahun 2013 nanti.  Masih mampu menanam azam dan impian untuk menjadi lebih baik, lebih berjaya dan lebih segala-gala yang diredhaiNya.  Yang pasti, sekira masih ada izinNya adalah usia kita akan terus lebih dari segi angka dan semakin singkat perjalanan untuk kembali kepadaNya.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat kalian...

Khamis, 27 Disember 2012

26 tahun yang lalu...

Gambar yang dimuatnaik di facebook oleh adik kakcik.
Malu-malulah kononnya tu...

Tak senonoh betul adik ipar kakcik (suami kepada adik kakcik)
ni, kan? (walaupun hakikatnya tidak boleh dinafikan.. hehehe)

Ini pula adalah hasil karya anak ketiga kami yang dipanggil Bangcik.

26 tahun melayari kehidupan bersama...


Hari ini juga hari ulangtahun perkahwinan blogger HUDA dan hari ulangtahun kelahiran Dr. Khairul Faizie...

Di hari perkahwinan anak sulung...


Yang perempuan tu anak kepada adik perempuan kakcik.
Yang lelaki pula anak kepada adik lelaki kakcik.  Mereka
sebaya - akan masuk ke Tahun Dua pada 2013


Yang perempuan, anak kepada adik perempuan kakcik (kakak
kepada gadis cilik dalam gambar atas) bersama anak ketiga kakcik.
Sepupu rapat yang sekejap berbaik, sekejap bergaduh.  Mereka
berbeza usia setahun.  Bangcik akan masuk Tingkatan 4 dan kakak
ke Tingkatan 3 di sekolah yang berbeza.


Buka iPad awal pagi tadi, terus terlihat gambar ini...

Terima kasih Budak Sepet.  Entah bila masa dia buat 'kerja' ini.
Walaupun ringkas dengan pilihan gambar 'ikut suka hati dia', mak
tetap menghargainya.

Esok = Jumaat (28/12/2012), kakcik bersama suami dan anak-anak akan ke Pulau Pinang.  Harap-harap dapat berjumpa setidak-tidaknya dengan Makcik Kantin.

Rabu, 26 Disember 2012

Moon's Kitchen lagi...

Kali ini adik ipar kakcik yang keluar belanja...

Laicikang panas - kakcik punya.

Mussel seperti yang pernah kakcik ceritakan sebelum ini.

Chicken Chop

Kakcik lupa nama hidangan ini... ayam apa entah!

Antara ahli meja makan...

Rabu = 26/12/2012...

Esok = 27/12/2012 adalah hari ulangtahun pernikahan kakcik dan suami yang ke 26 tahun...

Gambar-gambar untuk pagi ini :

Kalau dah masuk ke sarang ini, jangan pula lupa untuk pulang ke
rumah sendiri!

Anak-anak muda bersama pelbagai bentuk basikal yang diubahsuai.

Jenama perniagaan turut diabadikan pada plet kereta.
JPJ luluskan penggunaah huruf begitu, ya?

Maksudnya???

Selasa, 25 Disember 2012

TV3, tolonglah sensitif sikit...

Kalau iya pun meraikan Krismas, ambil beratlah sama tatacara berpakaian pengacara anda! Ingat rancangan yang disiarkan di awal pagi itu tiada yang menonton ke? Kalau tiada penonton buat apa nak buat siaran, kan?

Nak pakai sendat ketat pun agak-agaklah...

Selamat pagi kawan-kawan mak saya...

Semoga hari ini cerah dan ceria...

Ahad, 23 Disember 2012

Sabtu, 22 Disember 2012

Nikmatilah sarapan pagimu dengan rasa syukur...

... kerana kamu masih punya makanan untuk dijamah dan tidak perlu menjadikan ubat-ubatan sebagai sebahagian dari menu hidanganmu ...

Jumaat, 21 Disember 2012

Masih mampukah kita makan dan minum...

... dan masih adakah rezeki untuk kita jamah?  Pernah tak agaknya kita ada rasa peduli ketika mana tekak dan perut kita dilayan, ada tekak dan perut yang hanya merasakan kering dan ngilu kerana tiada sesuatu untuk ditelan ...

Makanlah selagi boleh makan dan selagi ada makanan.
Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang.

Saat mulut hanya dipenuhi rasa pahit, hendak menelan
makanan kegemaran pun terasa sakit.

Tersenyum lebar bila kehendak dipenuhi.  Bila sesekali hajat tidak
didapati, perlukan menunjukkan sikap tidak berpekerti?

Yang sakit hanya mata, tapi kehendak perut dilayan juga.

Bukan kita yang berhak menentukan cuaca sekehendak kita.
Jadi, renung-renungkanlah setakat mana hebatnya kita ini.
Sekian, ilham merapu dari seseorang yang masih ada kesan demam!