Jumaat, 30 November 2012

Tidak akan ada lagi pesanan dan ingatan darinya...

Kepada yang mengikuti blog kakcik ini, sesekali pada hari Jumaat pasti perasan kakcik ada menyelitkan petikan mutiara kata dari Al Quran atau Hadis yang dikirimkan oleh seorang sahabat.

Kakcik telah 'mengenali' sahabat tersebut untuk lebih 30 tahun lalu.  Uniknya, kami tidak pernah bertemu tapi pernah beberapa kali berbual di talian.  Kami juga pernah kerap berutus surat di zaman remaja kami.  Perhubungan kami terputus untuk beberapa tahun tanpa sebab.  Suatu hari, kakcik telah dapat menghubunginya kembali tampa diduga.

Sejak itu, dia rajin mengirimkan pesanan-pesanan buat kakcik pada setiap Jumaat. Hari ini yang kebetulannya hari Jumaat, kakcik menerima sms dari nombor telefon bimbitnya. Satu pesanan yang ringkas dan di luar dari kebiasaan.  Pesanan yang kakcik terima pada jam 3:47 itu ... 'Salam, ayah mninggal' (memang begitu ejaan yang kakcik terima).  Sms berkenaan dihantar oleh anaknya.  Sahabat kakcik telah dipanggil kembali oleh Maha Pencipta pada jam 2:20 petang tadi.

Kakcik memang mengetahui bahawa sahabat kakcik itu menghidapi pelbagai penyakit dan hospital telah menjadi rumah keduanya.  Semoga Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mengampunkan segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan roh mereka yang beriman dan beramal soleh.  Al Fatihah buat sahabat kakcik Allahyarham Mastam bin Mujiman.

Jumaat = 30/11/2012

Sekejap saja. Esok dah masuk bulan Disember dan hanya sebulan selepasnya, 2012 akan meninggalkan kita....

Khamis, 29 November 2012

Panasnya Langkawi...

Bagaimanapun, sudah lebih RM200 dibelanjakan untuk coklat!

(macam mana nak masukkan gambar bila buat catatan melalui iPad ni ya?)



Tak tahu nak buat catatan apa hari ini...

Tunggulah sampai dapat ilham di Langkawi nanti... :)
Saya hanya tahu mengiau, tapi saya tak pandai mengaum!

Rabu, 28 November 2012

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013...

Gaji bulan 11/2012 dah lama habis.  Gaji bulan 12/2012 lambat lagi!
Huwaaaaaaaaaaaa!!!!  (Jom lah kita mulakan perniagaan.  Tapiiiii....
apa yang hendak diniagakan???  Lagipun, modal kena ada!!!!

Makan lagi...

Tanpa nasi = RM1.50 sahaja! :)

Bismillahhirrohmannirrahim...

Jemput bersarapan kawan-kawan ...

Harganya?  RM2.00 sahaja.


MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN

Catatan ini adalah satu sumbangan kecil kakcik sebagai memenuhi harapan seorang kenalan yang memohon agar dapat diwar-warkan tentang keperluan Maahad Tahfiz ini.  Semoga ada di antara pembaca blog kerdil kakcik ini bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan sekadar mampu seikhlas hati ...


Maahad Tahfiz Darul Hafidzin dengan rendah hati memohon kesudian Dato/Datin/Tuan/Puan dan kaum muslimin & muslimat untuk menyumbang dana bagi keperluan Maahad Tahfiz Darul Hafidzin (MTDH) dan pelajar-pelajar serta pembinaan rumah guru.

Sumbangan Dato/Datin/Tuan/Puan boleh disalurkan melalui akaun:-

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun: 1209 2010 0320 10

Nama : PUSAT TAHFIZ AL-QURAN DARUL HAFIDZIN

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui”

(Surah Al-Baqarah ayat 261)


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:-

Ustaz Ashaari Al-Hafiz (019-695 2099)

Tuan Haji Mohd Salleh (012-267 3436)

Ustaz Wan Hairul Annuar (010-6365443)

Ustazah Nadhrah Mizra (017-2541077)




Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang,
42100 , Klang, Selangor Darul Ehsan.

Cawangan : No. 48, Jalan Cempaka, Taman Desa Raya,
Batu 12 ½, 43100Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : 019-6952099 / 017-2541077

MAAHAD TAHFIDZ DARUL HAFIDZIN (MTDH) merupakan sebuah institusi pendidikan dan pangajian hafazan Al-Quran swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) – (BPI 03/05/083). Penubuhannya bertempat di LOT 3151, Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan. Institusi ini didirikan di atas tanah yang berkeluasan setengah ekar yang telah diwakafkan kepada pihak MTDH.


Matlamat penubuhan MTDH ialah untuk melahirkan generasi yang hafiz Al-Quran, berpengetahuan luas dalam bidang Al-Quran dan akademik serta berkeperibadian mulia. Oleh itu, program hafazan Al-Quran menjadi teras pembelajaran di MTDH. Program ini dianggap sebagai satu wadah bagi menjana rohani dan jasmani yang bertunjangkan syariah islamiah. Tidak ketinggalan juga ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan masa kini. Maahad ini akan berusaha membimbing pelajar ke arah pentarbiyahan agar mereka mampu menjadi pemangkin kepada kesempurnaan. Sasaran ini bukan sahaja kepada diri mereka sendiri. Sebaliknya untuk seluruh keluarga dan seterusnya seluruh ummah di sekitarnya.


Objektif pendidikan MTDH ini tentu sekali untuk melahirkan para penghafal Al-Quran yang dianggap sebagai penyambung risalah Rasulullah SAW. Ini bersesuaian dengan Al-Quran itu sendiri yang menjadi petunjuk serta penyuluh jalan dalam kehidupan. Selain itu, pelbagai cabang ilmu duniawi juga diajar agar pelajar menjadi insan yang mampu mengurus dan mentadbir apa jua bidang yang diceburi berpandukan roh islamiah sebagaimana yang dipancarkan oleh Al-Quran itu sendiri.

 
SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh MTDH ialah seperti berikut:-

1. Pendidikan Hafazan

(i) Tahap Awal

Pelajar dibimbing mengikut kaedah bacaan Al-Quran yang tartil dan seterusnya menghafal sehingga khatam 30 juzu’ (khatam pertama kali). Jangkamasa yang disasarkan ialah 2 sehingga 3 tahun.

Pengambilan pelajar dibuat berdasarkan keputusan ujian kelayakan masuk dengan perhatian khusus kepada sejauh mana kebolehan pelajar membaca Al-Quran dengan lancar dan tajwid. Potensi menghafal Al-Quran dan minat dari pelajar itu sendiri juga akan dinilai. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 13 tahun.

(ii) Tahap Lanjutan (Program Syahadah)

Bagi pelajar-pelajar yang telah khatam hafazan 30 juzu’ Al-Quran, mereka akan meneruskan hafazan di dalam program syahadah. Melalui program ini pelajar dikehendaki mengulangi hafazan dengan membaca sebanyak 10 juzu’ Al-Quran dalam masa satu hari di hadapan guru. Secara keseluruhan pelajar tersebut dimestikan mengkhatamkan 30 juzu’ Al-Quran secara hafazan selama tiga hari sambil disemak oleh seorang guru.

2. Pendidikan dan Tarbiyah Diniah (Fardhu Ain)

(i) Berkonsepkan pendidikan dan tarbiyah (fardhu ain) sebagai peneraju dan pelengkap kepada kesempurnaan akidah, ibadah serta akhlak Islamiah.

(ii) Pelajaran diniah dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu rendah dan menengah. Sukatan pelajaran diniah berpandukan kepada sukatan pelajaran agama Islam yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sebagai tambahan, kitab-kitab tradisional yang lazim diguna pakai di sekolah-sekolah pondok turut diperkenalkan. Sebagai contoh, kitab-kitab tersebut banyak membantu dalam mata pelajaran nahu dan sorof bagi mereka yang mendalami Bahasa Arab.

3. Pendidikan Akademik

(i) Sebagai ilmu keperluan semasa yang bertujuan memantapkan lagi professionalisme para pelajar. Ini amat bersesuaian dengan zaman dan persekitaran. Sehubungan itu, pelajaran akademik turut diberi perhatian sewajarnya. Kurikulum akademik yang diajar berdasarkan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini sebagai satu pendedahan dan persiapan untuk pelajar meneruskan Program Pendidikan Kebangsaan (PMR, SPM, STAM/STPM). Ia memberi galakan dan kemudahan kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian arus perdana serta menduduki peperiksaan awam setelah menamatkan Program Hafazan / Syahadah.

(ii) Pelajaran akademik dibahagikan kepada peringkat rendah dan menengah.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi nombor telefon seperti yang tertera di atas.

Segala sumbangan dan bantuan didahului dengan ucapan syukur dan terima kasih.  Hanya Allah jugalah yang dapat membalas segala kebaikan yang dihulurkan. 

Selasa, 27 November 2012

Jangan merungut...

... bilamana kita bebas membuat pilihan dan tiada siapa boleh membuat paksaan!

Tak payah garu-garu kepala.  Kalau tak suka, tinggalkan saja.
(Sebenarnya Along tak suka dengan durian, jadi dia 'lari' ke arah
manggis dan rambutan)

RM6.00 sahaja!

Hasil 'susunan semula' - sesenduk nasi, ayam goreng (ayam dara
atau ayam kampung?), kuah kari bersama seketul kentang, 3 hiris
timun tua yang dah layu dan dua ekor ikan bulu ayam (betul ke
namanya ikan bulu ayam? Kakcik tak pasti) serta sedikit
sambal belacan.  Alhamdulillah.


Rosak!...

Petikan di bawah diambil dari SINI

Rosak bahasaku. Kalau tak guna bahasa campur-aduk,
nampak tak cerdik ke?

Yang ini tak tahu nak dikategorikan macam mana.
Jangan ada nanti yang turut merasa bangga atas kerosakan
yang disengajakan.  Semoga kita terlindung dari segala kerosakan.

Isnin, 26 November 2012

Warna-warna langit...

sigadis merintih mendayu-dayu
menitis hujan di cucur atap
berarak memutih di langit membiru
indah dipandang tak jemu ditatap

atas panggung berdikir barat
selari arah lenggokkan tangan
tidak tertanggung air memberat
dicurahkan ke bumi menjadi hujan

anak buaya belajar menerkam
mangsa bersembunyi di rimbunan padi
jangan terpedaya awan menghitam
ditolak angin hujan tak jadi

sudah hilang awan yang berat
bolehlah dara memasang angan
berhenti sebentar di lampu isyarat
bulan di langit menggamit pandangan

sudah berjanji hendaklah datang
harapan orang jangan dimungkirkan
gambar dirakam di waktu petang
lima setengah waktu ditunjukkan

waktu senja tenggelamnya mentari
tidak terdengar bunyi tekukur
menikmati keindahan ciptaan Ilahi
jangan lupa ucapkan syukur

susun kuih di atas piring
jangan dihidang kuih yang hangit
jalinan putih dan biru seiring
mencorak keindahan di dada langit

Puas hati dia...

24/11/2012 - Kuala Kangsar ...

Cuba dulu...

... macam muat ni ...
25/11/2012 - Kuala Lumpur ...

 
Bergaya tak saya?


Cara 'mengajar' pemandu bas yang memandu laju...

Keluarkan kamera dan rakamkan!

Sakit hati melihatkan bas yang dipandu laju dan hampir menyondol kereta kami, kakcik keluarkan kamera.  Kakcik rakamkan menerusi cermin sisi.  Mungkin pemandu bas itu perasan akan tindakan kakcik sewaktu dia cuba memotong di lorong kanan.  Akhirnya bas itu tak jadi mendahului kereta kami walaupun suami kakcik memandu pada kelajuan 100km/j.  Berberapa kali bas itu ketinggalan agak jauh tapi akhirnya tiba-tiba berada semula di belakang kereta kami.  Bagaimanapun, pemandunya tetap tidak memandu melepasi kereta kami.  Tahu takuttttt...

Ahad, 25 November 2012

Dua jam di Musollah Ehsan...

Tiada acara tertentu dan tiada juga makanan melimpah ruah untuk dibawa pulang!  Hanya sessi beramah mesra bersama Tuan dan Puan Rumah.  Terima kasih kepada Dato' Abdullah Al-Hadi yang sentiasa 'membukakan rumah' beliau untuk kehadiran kita.

Turut sama dalam pertemuan ringkas tadi ialah Anaa, Ayu dan Ida bersama keluarga masing-masing (kecuali Ida yang bersendirian).

Gambar dari fb Ida.  Pengantin lama ini pun nak tunjuk mesra kononnya.
Dato' telah mengorbankan durian crepe kesayangannya untuk tetamu.

Puas hati Ayu dapat makan Durian Crepe idamannya.


Entah kenapa dengan pakcik ni!

Hanya sedikit lebihan makanan untuk dibawa pulang.

Maafkan anak dan menantu saya tu, ya Dato' dan Datin.  Suka-suka 
saja letak tangan mereka atas bahu Dato' dan Datin.

Gambar ini 'tak lengkap' sebenaranya.  Suami Ayu dan
 semua kanak-kanak tidak kelihatan dalam gambar ini.
 

Sabtu, 24 November 2012

Selamat menyambut hari Asyura, kawan-kawan...

Hari ini 24/11/2012 bersamaan 10 Muharram 1434H.

Kepada yang berpuasa sunat di hari ini, kakcik ucapkan selamat berpuasa.  Sama-samalah kita memohon rahmat dan keberkatan dari Allah SWT untuk segala amalan baik yang kita lakukan.

InsyaAllah sekejap lagi kakcik dan keluarga akan bergerak untuk balik ke Kuala Kangsar.  Semoga perjalanan kami diberkati olehNya. 

Jumaat, 23 November 2012

Berbandung-bandung di tengahari...

Hendak ke Bandung, memang tak mampu.  Jadi, makan dan minumlah sesuatu yang berkaitan dengan Bandung walaupun mungkin ianya tidak pun terdapat di Bandung sana ...

Sebelum dikacau, tidak nampak 'kebandungan'nya.

Cincau Bandung ke Bandung Cincau?

Mee Bandung
Terima kasih kepada teman yang terlibat dalam gambar di atas (pinjam ayat Azieazah). :)

Anak derhaka...


bila hal begini terjadi
mulalah tertanya pada diri sendiri
salahkah didikan yang telah diberi
atau ini ujian dari Ilahi

anak yang dibesarkan penuh kasih
kehendaknya diturut walau hati merintih
diajar segalanya sejak pantai bertatih
dibelai dimanja walau diri sendiri menjadi letih

bila kononnya pandai berdikari
semuanya ingin dibuat sendiri
perasaan ibubapa tak lagi dipeduli
yang penting keperluannya dituruti

anak-anak bayangan syurga
akhirnya mengheret ibubapa ke neraka
tidak segan silu menunjukkan wajah mencuka
membenamkan orang tua ke tasik duka


Berita lain :
Maut jatuh bangunan kerana dihalang jumpa kekasih!

Jumaat = 23/11/2012...

Macam inilah mak saya kalau dia tak ada ilham untuk dicoretkan!

Khamis, 22 November 2012

WPT 3331 - milik siapakah Mercedes ini? ... (kemaskini)

Dulu kakcik pernah buat catatan tentang KANCIL ini.
Sehari atau dua selepas itu, kancil ini tiada lagi di situ.
Sejak hampir seminggu lalu, sebuah mercedes pula tersadai di hadapan tempat menjual kereta terpakai (mulanya kakcik ingatkan mercedes itu berkaitan dengan tempat jual kereta itu) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Cheras menuju Pandan Indah.

Mula-mula dulu, lampu belakang kereta ini masih berkelip-kelip.
Mungkin disebabkan baterinya sudah kehabisan kuasa, lampu itu
tidak lagi memberikan isyarat.

Nampak (dalam gambar ini tidak kelihatan) debu sudah mula
meliputi kereta ini.  Kalau tuannya tak mahu dan kereta ini tiada
'apa-apa masalah', bolehlah tukarkan hakmilik kepada kakcik!
Disebabkan kereta ini tersadai tidak jauh dari susur keluar Jalan Kuari ke Jalan Lingkaran Tengah 2, ianya agak mengganggu kelancaran lalulintas apalagi di waktu 'sesak'.  Balai Polis Pandan Perdana pun letaknya hanya beberapa puluh meter sahaja dari lokasi kereta itu 'berehat. 

Petang tadi (22/11/2012) kereta itu sudah tiada lagi. Ada sesiapa yang berkenaankah yang telah membaca catatan kakcik ini, ya? . ;-)

Cer citer... siapakah yang mempunah-ranahkannya?...

Yang di dalam gambar itu pun bukanlah orang Melayu sendiri.
Tidak terasa malukah kita sebagai orang Melayu?

I don no wat tu sey la... It's ap tu yu ol... I folooooo je!

Iklan itu maksudnya apa?...


Mungkin maksudnya : 'Kami sentiasa bersama
anda, jadi janganlah kami dipulaukan'!


Semoga mereka berbahagia selamanya...

Rabu, 21 November 2012

Nak makan durian crepe? Tak tahu atau malas nak buat? ...


Jom buat tempahan DI SINI.

Harga seperti berikut :

RM10 untuk 6 keping tanpa keju

atau

RM10 untuk 5 keping dengan keju

Silalah buat tempahan dan sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan TUAN PUNYA KEDAI.

Sekian, terima kasih.

Bolehkah orang Islam makan masakan orang bukan Islam...


Pertanyaan dari Norhaizan di catatan kakcik yang INI

Oleh kerana kakcik bukanlah orang yang sangat arif untuk memberikan jawapan, maka kakcik telah mencari sumber yang boleh memberikan jawapan yang jelas.  Hasilnya, kakcik mendapat artikel ini (sila klik untuk ke pautan) untuk kita kongsikan bersama.

Sedikit sedutan (bagi yang bermasalah untuk ke pautan yang kakcik berikan itu)...

TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM dimakan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.




Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.



Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-


Orang Kafir Najis


Firman Allah S.W.T.


“Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah : 28]


Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.

Selasa, 20 November 2012

Jangan patah hati bila Anuar Zain meminati Nora Danish...

... gila apa nak patah hati?  Lainlah kalau kakcik ni anak dara yang baru nak kenal dunia ... hehehe...

Sumber : ROTIKAYA

Fabian dah keluar dari hospital...

... balik dari pejabat petang semalam, kakcik dan Along menjemput Fabian dan ibunya dari hospital.  Disebabkan Fabian perlu bertemu dengan doktor-doktor yang merawatnya pada hari Jumaat, mereka hanya akan balik ke Miri pada hari Sabtu nanti.

Mulanya, kakcik dan suami ingin menempatkan mereka di rumah kecil kami sahaja.  Tapi mungkin kerana memikir untuk lebih selesa, ibu Fabian memilih untuk menginap di hotel selama  tiga malam.  Kami hantar mereka ke hotel yang berhampiran dengan rumah kami sahaja.

Abaikan dinding rumah kakcik yang comot momot itu!

Saaaayanggggg dia...

Fabian kehairanan melihat Iman yang cemburu itu!
Malam tadi pakcik ini pula masuk wad untuk merawat kesakitan
di bahu yang sekian lama dideritainya...
notataksiapatanya : menurut jururawat yang merawat Fabian, salah satu punca penyakit Fabian adalah disebabkan terlalu banyak makan mee segera.  Perlu diingatkan bahawa mee segera mengandungi sejenis lilin yang sukar untuk dihadam apalagi oleh usus anak sekecil Fabian.

Dari petang semalam (dan rasa bertambah teruk malam tadi), makcik yang menaip catatan ini mengalami sakit di bahagian dada membawa ke belakang (belikat) sebelah kanan...

Seperti biasa, catatan yang berderet-deret keluar dalamm sehari adalah merupakan catatan berjadual...

Bunuh diri... ada tak yang kita fikir di sebalik berita ini? ...



Yakinkah kita bahawa 'titik peluh' di restoran
mamak itu adalah 100% dari mereka yang
Islam agamanya?
 

Isnin, 19 November 2012

Sabtu = 17/11/2012...

... ke majlis perkahwinan di Simpang Empat, Hutan Melintang ...

Amboi... tak toleh kiri kanan dah.

Untuk mengelakkan pembaziran, ambillah seadanya saja.

Pencuci mulut.

Semuanya kerana Allah.

Pegantin tak berapa baru pun nak tumpang bersanding lagi.

Bawa balik 10 biji durian pemberian kawan suami.  Alhamdulillah.

Teringat sangat pada Dato'LF bila makan durian ini. :)