Kawan-kawan kakcik

Rabu, 31 Oktober 2012

Padan muka dia ke padan muka aku?...

Sejak peristiwa INI dua minggu lalu, tidaklah lagi aku memesan air dari si tukang bancuh air itu.  Pendendamkah aku?  Mungkin iya, mungkin tidak.  Tapi rasa sakit hati memang ada.

Teringat cerita suami sewaktu dia sedang menunggu seseorang (suamiku seorang pemandu, ya kawan-kawan) di dalam kereta, tiba-tiba datang seorang pengawal keselamatan menyergahnya dengan mengatakan 'tidak boleh letak kereta di sini', sedangkan suamiku ada di dalam kereta. Suamiku turun menemui pengawal itu dan bertanya 'awak Bangla ke?'.  Bila dia jawab 'ya', suami kata 'saya orang Malaysia, berani awak halau saya.  Lagipun saya bukan tinggalkan kereta di sini, saya tunggu orang'.  Terus Bangla tu diam dan berlalu.  Padan muka dia!

Berbalik kepada kisahku tadi, sejak sehari selepas hari kejadian aku hanya membeli air ini (boleh diminum sampai petang walaupun dah sejuk.  Kalau beli air panas kena minum segera) sahaja...


Padan muka siapa?

Sudah sampai ke sini tapi belum sempat hendak bercuti.
Hanya menghantar dan mengambil saudara-mara.


Harapan untuk 18/11/2012...

Selain berharap semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala halangan dan rintangan, hati ini juga mengharapkan agar pada 18/11/2012 nanti ...


...rambutan yang sedang lebat berbuah di hadapan rumahku
ini sudah bersedia untuk dipetik dan dibawa bersama...

... serta lebuhraya tidak sesak untuk perjalanan pergi dan balik.

Tiang apakah ini...


Sudah lama kakcik tertanya di dalam hati,
namun tiada yang memberikan jawapan pasti.
Macamana orang nak bagi jawapan,
sebab hanya dalam hati berlegarnya soalan! :)


Apa-apa pun, pemandangan begini memang
kakcik suka untuk memerhati dan menikmati.


Seterusnya... Pertemuan pada 18/11/2012 pula...

Jom ramai-ramai kita meriahkan pertemuan yang bakal berlangsung pada tarikh, masa dan tempat berikut :

Tarikh    : 18/11/2012 (Ahad)
Masa      : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat   :  Rumah Tn. Hj. Hamzah (Pakngah) Al-Lavendari di Senawang, Negeri Sembilan (tambah satu jadi sepuluh).

Seperti biasa, konsepnya adalah bawa makanan sedikit seorang dan letak atas meja untuk di makan beramai-ramai sambil bersantai-santai.

Kelainan pada pertemuan kali ini ialah tuan rumah akan memberikan soalan-soalan berbentuk kuiz sepanjang acara berlangsung.  Hadiah juga akan disediakan oleh tuan rumah (bab hadiah ini biarlah tuan rumah yang akan memperincisentimeterkannya).

Kepada yang tak tahu hendak menuju ke kediaman Pakngah atau mahukan alamat tepatnya, bolehlah menghubungi Pakngah di blog beliau.

Jomlah kita...

Selasa, 30 Oktober 2012

Comelnya Tengku Ratu...



Tengku Ratu Haidar -
anak kepada Que Haidar
dan Linda Jasmine.
Gambar ini kakcik crop
dari SINI.
Semoga Ratu akan menjadi
wanita yang solehah.
 

Khabar terbaru tentang Fabian...

Ingat lagi tentang Fabian?

Diana (ibu Fabian) yang kelihatan tersenyum walaupun
hakikatnya saban waktu dia menangis mengenangkan
nasib anak yang masih tidak diketahui sakit sebenarnya. 

Hari ini (30/10/2012) Fabian akan dirujukkan ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) untuk mengenalpasti tentang sakit yang dihidapinya. Semalam (29/10/2012), sejenis alat dipasang ke tubuh Fabian (saluran dimasukkan ke perutnya melalui hidung) untuk mengesan setiap pergerakannya. Alat itu dipasang untuk tempoh 24 jam bermula jam 10.00 pagi semalam. Selepas alat berkenaan dipasang, Fabian telah muntah darah dan ada darah beku yang turut keluar. Dia juga kehilangan selera makan dan hanya minum dua botol susu sepanjang siang semalam (sehingga waktu kami melawatnya pada jam 4.00 petang).

Fabian yang biasanya cergas dan sangat gembira setiap kali kami melawatnya, semalam hanya merenung lesu dan dadanya agak kuat ber'ombak'.

Doakan segala yang terbaik buat anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini.

OMG - apa tu??...

Biarlah nak kata aku kolot ke apa ke.  Tapi aku memang tak suka dengan perkataan (?) yang satu ini.  Tambahan bila ianya diucapkan oleh mereka yang sebangsa dan seagama denganku.

Kenapakah kita suka sangat meniru dan mengambil segala sesuatu yang kita pun tak pasti apa maksud sebenarnya?  Nak nampak 'canggih', nak rasa macam 'omputih' atau nak nampak tidak ketinggalan?  Janganlah segalanya hendak ditiru bulat-bulat sehingga mungkin kita menjadi tersalah arah tanpa sedar!

Setahuku, OMG itu membawa maksud Oh My God (God adalah Tuhan - adakah Tuhan yang disebutkan itu membawa maksud Allah Yang Esa? - aku tak boleh jawab tentang itu kerana aku tak tahu dan tidak boleh membaca hati orang).  Ada yang kononnya terlebih 'canggih' - OMG itu tidak saja disebut sebagai o-em-ji, tapi disebut juga sebagai omaigod atau homaigad - apa pula maksudnya itu? 

Susah sangatkah nak sebut 'Ya Allah'?  Pagi ini sebenarnya aku rasa tambah 'berasap' bila DJ-DJ Radio masih juga menyebut perkataan itu.  Sengaja ingin mempromosi tanpa henti ke?  Setiap hari walaupun bukan secara berterusan tapi perkataan itu mesti ada terselit.

Mungkin ada yang kata 'itu pun nak kecoh, dah bagus orang tak mencarut'.  Masalahnya, kalau kita boleh 'biasakan' mulut kita menyebut perkataan yang tiada maknanya itu dengan lancar, bukankah lebih baik kita 'latih' mulut menyebut nama Allah, setidak-tidaknya ada juga pahalanya...

Isnin, 29 Oktober 2012

Buat apa tadi?...

Bila bercuti, sekejap sangat rasanya masa berlalu.

Jam 5.00 pagi, keluar ke LCCT hantar adik angkat dan anak-anaknya yang hendak pulang ke Johor.

Balik dari LCCT, sampai di rumah jam 6.45 pagi.  Jam 7.15 keluar ke Taman Bukit Anggerik, Cheras hantar anak angkat yang ada program Qurban di Bangunan Telekom Malaysia.  Sempat sesat sekejap.

Jam 8.40 keluar pula hantar adik kepada adik ipar ke Stesyen LRT Chempaka.  Dia masuk kerja jam 9.30 di Jalan Ipoh.  Balik dari Stesyen LRT, singgah ke Tesco Ampang bersama suami, adik, adik ipar dan anak buah untuk beli sedikit baang keperluan (sedikit tak sedikit pun, jangan harap bayarannya di bawah paras kemiskinan RM100.00!  Kemudian sarapan dulu sebelum balik.  Tengok jam sekarang dah pun 11.00 pagi.  Mata mengantuk tapi tak sedap pulak nak biarkan adik ipar masak sendirian...

Malam tadi sempat ke Nilai untuk beli langsir dan hamparan.  Balik dah pukul 10.30, sempat lagi sembang-sembang dengan adik dan anak angkat sebelum melelapkan mata.

Sebelum itu tengaharinya, naik sekejap ke Bukit Tinggi, Pahang ambil adik dan anak angkat yang menginap semalaman di sana.

Semalam juga adalah hari adik-beradik kesemua sekali berkumpul di rumah kecilku ini.

Nak tidur sekejap sekarang boleh tak?

Isnin = 29/10/2012...




Bercuti di hari Isnin tapi bukan bermakna dapat merehatkan diri.  Banyak tugasan sedang menanti...

Ahad, 28 Oktober 2012

Ahad = 28/10/2012...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan, adik-adik, anak-anak dan semua yang masih sudi singgah di sini.

Masa kian pantas berlari.  Tahun ini sudah tinggal tidak sampai pun seratus hari lagi. Langkahan kita tak tahu entah bila akan terhenti.  Apa yang kita impikan malam tadi mungkin hanya sebuah mimpi yang tidak membawa apa-apa erti.  Atau mungkin juga tika dan saat ini, kita masih mengenang-ngenang mimpi walaupun hakikatnya mimpi tetap tinggal mimpi.

Dua hari yang telah berlalu membawa kelelahan buat diriku.  Tapi kelelahan itu bukan membuatkan diriku lesu, sebaliknya membawa sedikit kegembiraan dalam sendu. Seperti yang pernah kucatatkan dulu, yang pergi tetap pergi.  Walaupun kenangan terpahat kukuh dalam hati, apa pun terjadi waktu yang berlalu tak mungkin akan kembali.

InsyaAllah, dalam tempoh tak sampai seminggu lagi, akan ada peristiwa besar (setidak-tidaknya bagi keluargaku) akan berlaku dalam keluargaku.  Yang tahu itu tahulah, yang tidak tahu biarkan tertanya-tanya dulu.  Akan kukhabarkan bila tiba saatnya nanti - tapi hanyalah sekadar perkhabaran sahaja.  Begitupun, aku sering tertanya-tanya, apakah aku masih diberi waktu oleh Yang  Maha Kuasa untuk menghadapi detik itu. Ya, mudah-mudahan sahaja Dia akan mengizinkannya.

Catatan ini hanyalah sekadar catatan yang tiada isinya kepada sesiapapun kecuali buat diriku sendiri.  Kepada yang sudi membaca, kuucapkan terima kasih kerana meluangkan masa.  Semoga tidak jemu untuk berkunjung lagi.  


Terima kasih.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Khamis, 25 Oktober 2012

Kari Kepala Ikan...

Sebenarnya, gambar-gambar yang ditunjukkan ini adalah gambar yang kakcik rakam minggu lepas. Bila tiada cerita, gambar sahajalah yang jadi hidangan mata ...

Set hidangan untuk dua orang makan. Tiada dalam gambar ialah
dua pinggan nasi putih dan dua gelas teh o ais limau serta segelas
air kosong.  Jumlah yang perlu dibayar = RM53.00.  Lokasi :
Restoran ZK, Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Suami yang buat pesanan.  Tak silap kakcik kepala ikan jenahak
saiz sederhana.  Kakcik suka makan bahagian matanya. :)

Ini pula hidangan yang disediakan oleh adik ipar kakcik sewaktu
kakcik, suami dan anak-anak berkunjung ke rumahnya.

Mustajabnya Doa di Hari Arafah...

Dari ‘Aisyah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ


“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim no. 1348).

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari kakeknya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ


“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah.” (HR. Tirmidzi no. 3585. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan). Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau terkabulkan (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 10: 33).

Seterusnya, sila klik di pautan INI.
 
Kepada yang berpuasa pada hari ini, diucapkan selamat berpuasa.  Semoga segala niat bersama amalan yang baik itu mendapat ganjaran berganda dari Allah SWT.  Amin.
 


Fabian juga akan 'dipuasa dan dipengsankan' nanti bagi memudahkan
 para pakar perubatan mengesan penyakit yang dihidapinya.
 Doakanlah anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini.

Rabu, 24 Oktober 2012

Makcik dan Pakcik Sepet...

Baru perasan yang makcik tu sampai tak nampak mata langsung!

Patut pun dapat Budak Sepet!

Khabar terbaru tentang Ahmad Adam Syukri ...

Bagi yang tidak membaca akhbar atau mengikuti berita di televisyen, kakcik kongsikan keratan dari akhbar Harian Metro ini :

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Kakcik sangat sakit hati dengan doktor hospital swasta
di Kuching tempat Fabian di rawat sebelum ini.  Bila ibu
Fabian bertanya kenapa Fabian tidak dirujukkan ke Hospital
Kerajaan sahaja, dia (doktor itu) boleh jawab 'Hospital
Kerajaan tiada pakar'.  Kakcik beritahu ibu Fabian,
Pakar yang ada di hospital swasta pun sesetengahnya
'dipinjam' dari Hospital Kerajaan.  Cuma masalahnya
di Hospital Kerajaan, 'tempoh menunggu' adalah mungkin
agak lama bergantung kepada 'keistimewaan' kes!

Tolonglah anakku, tolonglah...

tuntutlah ilmu sepenuhnya dulu
penuhkan di dadamu
sebagai bekalan agar mudah hidup ini dipacu
demi dunia yang dikejar dan akhirat yang dituju

tolonglah anakku, tolonglah
saat usiamu sewajarnya di bangku sekolah
jangan sewenangnya kau olah-olah
membuat perkara yang tidak berfaedah
kelak bila yang tak elok itu terserlah
ibubapa kalian juga yang akan dipersalah

tolonglah anakku, tolonglah
jangan ikutkan nafsu tanpa dipandu
tanyalah ayah tanyalah ibu
mohon agar hidupmu sentiasa direstu
agar tidak tersesat langkahmu
dalam dunia yang hanyir berdebu dan kelabu



Selasa, 23 Oktober 2012

Katakunci - mencari Ayah Adam Syukri...

Carian minggu lepas

Carian minggu ini
Inilah En. Suherma - bapa kepada Adam Syukri.
Mungkin agaknya ibu Adam yang lebih menyerlah, ada yang
tertanya-tanya di mana bapa anak kecil itu.


Alhamdulillah, berkat doa kalian semua, keadaan Adik Adam
 stabil untuk diterbangkan ke Kuala Lumpur, doa, doa dan terus
berdoa,  misi selamatkan Adik Adam... (kakcik ambil gambar
dan kapsyen ini dari fb Acu Sayang)




Bertemu Kak Pah di hospital...

Sebelum ke Hospital Pantai malam tadi, kakcik TERbaca status facebook  Kak Pah tentang cucu beliau yang sedang dirawat di hospital yang sama.  Kakcik tanya Kak Pah, cucunya di wad mana.  Belum sempat Kak Pah jawab, kakcik dah keluar ke hospital.

Sewaktu tiba di hospital dan sementara menunggu lif, kakcik terperasan seorang lelaki dan hati kakcik berdetik mengatakan 'rasanya ini anak Kak Pah'.  Tapi kakcik diamkan saja tanpa bertanya. Bila kami menaiki lif dan keluar di tingkat yang sama, lagi kuat hati kakcik mengatakan 'itu anak Kak Pah'.

Tiba di bilik Fabian, kakcik lihat kedua-dua mata ibu Fabian merah dan bengkak.  Kakcik tahu itu kesan tangisan yang panjang.  Ibu mana yang tidak lara hatinya bila mengetahui anak sekecil Fabian itu perlu dibedah!

Baru lepas minum susu dan makan ubat.
Kakcik bertanya tentang cucu Kak Pah kepada jururawat yang datang memeriksa Fabian.  Disebabkan tidak begitu pasti, kakcik ikut saja jururawat itu ke katil 505.  Iya, Kak Pah bersama anak-anaknya (termasuk lelaki yang kakcik jumpa tadi) dan cucu-cucunya ada di sana.

Inilah cucu Kak Pah yang kurang sihat itu.  Dipangkuan ibu saudaranya.
Segan pula kakcik nak rakam gambar Kak Pah di hadapan anak-cucunya!
Kakcik kurang faham tentang sakit cucu Kak Pah ini.  Macam denggi
tapi bukan denggi.  Kandungan platelet dalam darah bayi ini sangat rendah
tapi telah meningkat naik selepas menerima rawatan.

Sama-samalah kita doakan agar kesihatan anak-anak ini kembali pulih sepenuhnya dan mereka boleh pulang ke rumah untuk menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

Fabian yang gembira bila dibawa berjalan-jalan sekitar wad
oleh Bangcik dan Budak Sepet sementara ibunya berbual
dengan ayahnya di telefon.  Dia juga seronok bila diberi main
iPad. Cerdik budaknya Fabian ini. 

Isnin, 22 Oktober 2012

Akan dikagumi selagi dapat diperhati...

... tapi adakah akan terus diingati bila sudah tiada nanti.  Atau hanya sekadar jadi catatan sejarah yang 'disebut sekadar sebutan tanpa ada sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran'?



notataksiapatanya : gambar hanyalah sekadar hiasan semata-mata.  Satu catatan suka-suka sekadar untuk membuatkan blog ini kelihatan masih bernyawa... :)

Kerana aku hanya anak kerani...

maka hadirku tiada yang peduli
jangankan hendak menziarahi
bertanya khabar pun tiada yang sudi
tapi aku tidak menyesali
kerana kutahu hukum dunia memang begini

lainlah andainya diri ini anak menteri
tiada masa pun ada yang sanggup ambil cuti
walaupun mungkin orangtuaku tidak mengenali
mereka tetap sudi datang ke sini
ah... semuanya kerana duniawi!


Catatan kakcik : terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan
kesihatan anak kecil ini dan juga kepada yang sudi menghulurkan
sumbangan.  Semalam sewaktu kami menziarahinya dia sedang tidur
selepas kahaknya disedut keluar.  Bila ada waktu yang sesuai anak
ini dan ibunya akan kami bawa keluar melihat 'kemegahan' Kuala
Lumpur yang jauh berbeza tahap pembangunannya dari tempat
asal mereka.  Menurut kata ibu Fabian, di tempat mereka hanya
hotel sahaja yang tinggi binaannya.  Iya, kakcik telah melihatnya.


Anak kecil ini Fabian namanya (kemaskini)...

Sebenarnya, dah berjam-jam kakcik memikirkan tentang apa tajuk yang hendak kakcik letakkan.  Kakcik tak mahu niat yang baik akan lain jadinya nanti.

Sebelum kakcik letakkan gambar dan cerita, kakcik hanya sekadar ingin mengingatkan :

Tolonglah jangan meletakkan andaian atau tohmahan sebelum kita tahu apa sebenarnya yang terjadi.  Jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata 'hospital Kerajaan kan ada? kenapa nak ke hospital swasta juga' sedangkan kita sama sekali tidak tahu duduk perkara...

Malam tadi, kakcik dan suami ke sini.
   Sewaktu kami tiba di Wad Kecemasan Hospital ini, anak kecil ini
   sedang diberikan sedutan nebulizer.  Wanita itu adalah ibunya.
   Mereka baru sahaja tiba dari Kuching, Sarawak.  Selepas 3 minggu
   'menginap' di wad sebuah hospital swasta di sana, anak ini dirujuk
   pula ke Hospital Pantai Kuala Lumpur.  Ibu yang tidak mengenali
  sesiapa di Kuala Lumpur ini, hanya mengikut apa yang disarankan oleh
  Pegawai Perubatan Hospital di sana. Mereka datang dua beranak
  sahaja.  Ketibaan mereka di LCCT disambut oleh pihak Hospital
  Pantai.  Setiba di sini, siibu hanya terpinga-pinga dan hanya berharap
  pada pihak Hospital untuk menguruskan apa yang sepatutnya. Beliau
  kemudiannya menghubungi suami kakcik (ibu ini dan suami kakcik
  dari Syarikat yang sama).  Pihak Syarikat memang menyediakan
peruntukan perubatan untuk setiap kakitangannya.  Kerana itulah,
untuk kes-kes yang dijangka tidak menelan belanja yang besar,
kakitangan lebih selesa untuk mendapatkan khidmat di hospital swasta.

Disebabkan tidak arif tentang procedure dan sebagainya, ibu muda
ini pasrah sahaja dengan perut yang lapar dan badan yang penat selepas
menempuh perjalanan yang jauh.  Bapa kepada anak kecil ini bekerja
sebagai pembalak (kakcik tak tahu jawatan sebenarnya, tapi berkaitan
pembalakan) di Papua New Guinea dan hanya akan pulang pada 2013.
Dua beranak ini tiba di hospital hampir jam 7.00 petang.  Kakcik dan
suami pula tiba untuk melawat mereka lebihkurang jam 8.30 malam.
Sewaktu mendukungnya, dapat kakcik rasakan 'gegaran' badan
sikecil ini kerana dadanya yang berombak kuat disebabkan dipenuhi
kahak.  Tangan kecilnya juga penuh kesan suntikan dan tapak tangannya
melecet akibat terlalu lama 'dibalut'.  Dalam usia hampir dua tahun, berat
badan Febian (yang dipanggil JANG oleh ibunya) tidak sampai pun 10kg.
Sewaktu mengambil gambarnya ini, dapat kakcik dengar dengan jelas
'deru' nafasnya. Kakcik ada cakap dengan suami semoga dapat diusahakan
agar anak kecil ini dapat dirujuk ke Institut Pediatrik HKL supaya
perbelanjaan perubatannya tidak melebihi had yang diperuntukkan.
Ada sesiapa sudi untuk membantu
 meringankan beban ibu Fabian?
Setidak-tidaknya untuk belanja makan-minum beliau dan juga untuk
sedikit sebanyak perbelanjaan yang mungkin diperlukan.  Febian
mempunyai seorang kakak berusia 5 tahun yang ditinggalkan bersama
nenek mereka di Sarawak. Walaupun berlainan bangsa dan agama,
membantu itu adalah perkara yang mulia.

Kakcik dan suami meninggalkan hospital setelah Febian selamat
dimasukkan ke wad.  Waktu itu sudah pun jam 10.30 malam. 
Hujan lebat di luar.  Selamba saja suami kakcik membonceng
motorsikal seorang lelaki India untuk ke kereta yang agak jauh
letaknya. Iya, ramai orang yang baik dan bersedia
memberikan pertolongan walaupun kita tidak menjangka.

Sekiranya ada yang sudi untuk memberikan sumbangan dan ada kepercayaan, bolehlah salurkan ke nombor akaun suami kakcik (akaun ini kakcik yang jaga) di Maybank 112240162158 (Mustapha).  Setiap sen yang disumbangkan, akan kakcik serahkan sepenuhnya kepada ibu Febian, InsyaAllah.

Atas permintaan KakNi kakcik letak emel kakcik di sini : emzekjay@hotmail.com / no hp : 0122830569

Sabtu, 20 Oktober 2012

Fabian di hospital...

Sewaktu kakcik dan suami tiba, Fabian sedang menangis kerana
enggan minum ubat yang diberikan jururawat



Untuk melekakannya, kakcik beri dia main iPad. Tanpa sedar,
dia menghabiskan 3 jenis ubat yang diberi. Kemudian, dia diberikan
sedutan nebulizer.

Kami bawa dia bermain kerana dia perlu berpuasa dari makan dan
minum untuk dua jam sebelum belakangnya ditepuk bagi mengelurkan
kahak.  Doktor masih belum memutuskan apakah sebenarnya sakit yang
dihidapi oleh Fabian.  Menurut ibunya, setiap kali selepas menyusu
Fabian akan muntah dan kadangkala muntahnya disertai dengan darah.
KEPADA ANDA YANG TELAH SUDI MENGHULURKAN
SUMBANGAN, JUTAAN TERIMA KASIH KAKCIK UCAPAN.
MUNGKIN KECIL NILAINYA BAGI KITA, TAPI BESAR MAKNANYA
BUAT MEREKA.  Tambahan pula, mereka tidak punya sesiapa di sini. 
   


Gomolah selagi terdaya.  Kalau menang jangan bangga hingga lupa
diri dan andai kalah, carilah pengajaran di sebalik kekalahan itu.

Kalau aku boleh menerima...

...orang yang jahatnya syaitan pun geleng kepala, maka jangan persoalkan bila darah dagingku tak mungkin kusingkirkan.

Jangan ungkit tentang kononnya aku tak pernah serik.  Sakit memang sakit, tapi kurasakan masa buatku hanya tinggal sedikit.  Biarlah sesalan tentang kegagalan dulu kupendam diam-diam.  Kalau pun kulaung-laungkan, yang pergi tetap tak akan kembali.  Aku juga akan pergi, lalu aku tak mahu pergi dengan rasa sakit di hati.

Pedih hati ini hanya Allah Yang Maha Mengetahui.  Tapi haruskan kepedihan itu saban masa kutunjukkan? Seolah-olahnya tiada yang lebih terluka dari diriku dan harus pula kupermain-mainkan tentang apa yang orang lain rasa?

Kepada Allah juga kukembalikan rasa hati ini...

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kelantan menentang Angkatan Tentera, aku memang seorang yang emosional...



Disebabkan dalam kedua-dua pasukan ada pemain yang tidak pandai 'menjaga tingkah laku', aku tidak berminat hendak menyokong mana-mana pasukan pun.  Bagiku, siapa yang terbaik akan menjadi juara.  Itu sahaja.  Bermainlah dengan penuh disiplin.




***Alah... macamlah kau tu baik sangat kakcik oiiii...

###Sebab aku tahu kesan dari perbuatan tak baik yang pernah aku lakukan itulah, aku tak mahu orang lain pula berbuat sesuatu yang boleh mencalar maruah sendiri. Yang baik akan tenggelam dek keburukan yang mungkin dikenang selagi hayat dikandung badan...

Terima kasih Allah, Kau makbulkan doaku yang bersalah...

Pagi ini mataku tidak dapat membezakan yang manakah sebelah luar
dan yang mana pula sebelah dalam tudung yang kupakai ini.

Ia mungkin tidak memberi makna kepada sesiapa, tapi bagi diri ini yang mengalami sendiri, ia adalah sangat bererti.  Dengan doa yang bersungguh-sungguh, sesuatu yang dirasakan akan membawa masalah, dapat diatasi dengan mudah.  Semuanya dengan kehendak dan pertolongan Allah.  Sesungguhnya Allah sendiri telah berfirman dalam Surah Al Mukmin (ayat 60) :

[pic-1.gif]

Maksudnya : Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

(Untuk himpunan doa, bolehlah lihat DI SINI...)




Terima kasih Allah. Terasa sangat kerdilnya diri ini saat aku merayu kepadaMu...

Jangan buat macam itu, kawan...

... pemilik kedai itu berniaga makanan
bukannya dia buka kafe internet
jadi janganlah kita ambil kesempatan
pesan air secawan tapi duduk berjam-jam
siap tanya password WiFi
lepas tu buka laman web
ajak kawan bincang pasal business
tentang projek yang untungnya juta-juta

pemilik kedai hanya mampu memandang saja
hendak ditegur tak kena gaya
pelanggan yang datang terpinga-pinga
hendak duduk tempat tiada
tapi kita hanya buat selamba
seolah-olahnya tempat itu kita yang punya

tak baik tau!!!

Pesan Ibnu Umar ra... 'Jika kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menunggu pagi. Dan apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu menunggu petang.  Gunakanlah masa sihat sebelum masa sakit dan masa hidup sebelum masa mati' (Ini adalah tazkirah ringkas yang kakcik terima melalui sms pada pagi ini).

Khamis, 18 Oktober 2012

Sesungguhnya, pendedahan begini lagi membuatkan kakcik makan hati...


Bukan maksudnya kakcik suka ia disembunyikan dan dibiarkan berleluasa.  Sebaliknya kakcik bimbang bila ia dihebahkan secara terbuka, yang tak tahu (bukan sekadar anak-anak, tapi ibubapa juga atau mereka yang lebih dewasa) akan menjadi ingin tahu.  Dari rasa ingin tahu, mereka meneroka lalu menjadi leka... :(

Antara 11/11 dan 18/11, kawan-kawan pilih yang mana?...

... perancangan untuk pertemuan seterusnya bagi kita telah dicadangkan untuk diadakan di kediaman Pakngah  di Lavender Heights (hasil perbincangan, Pakngah kata beliau tiada masalah untuk perkara ini diwar-warkan  di blog).

Bagaimanapun, tarikhnya belum diputuskan lagi.  Untuk mendapatkan tarikh yang tepat, kakcik kemukakan di sini dua tarikh yang dicadangkan :

11/11/2012  atau 18/11/2012?

Kita ikut pilihan majoritiWaktu  pertemuan juga hanya dijadualkan untuk tempoh 3 jam sahaja iaitu dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Tuan Rumah merasakan waktu yang ditetapkan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua yang datang agar dapat bertemu.  Sekiranya tempoh waktu lebih panjang, pasti ada yang datang awal dan akan balik sebelum dapat bertemu dengan mereka yang datang lebih lewat.  Betul, kan?

Kakcik bagi pihak Tuan dan Puan Rumah menunggu maklumbalas dari kawan-kawan semua.

Kawasan luar rumah yang luas.  Kakcik tak perasan pulak Pakngah
tu pakai topi atau tidak!!...


Tempat bersantai di belakang rumah.

Ahli mesyuarat lantikan sendiri.  Sepatutnya Azieazah turut sama, tapi
beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan di saat akhir.  Dato' LF
dan Datin datang bersama kakcik, suami dan anak-anak.  Ayu Akuzle
datang bersama suami dan anak-anaknya. Gambar ini di rakam oleh
Haiqal - anak bongsu Pakngah.

Sempat juga kami menjamu selera dengan Mi Kari yang sedap hasil
airtangan MAKNGAHnya (Pakngah selalu sebut macam tu, kan?).
Bagaimanapun, bahan-bahan itu Pakngah yang pergi beli di pasar. :)

Dalam perjalanan balik, kakcik bawa anggota rombongan singgah
sebentar menziarahi Abil dan Gee di Taman Seri Putih.  Sempat
juga kami tumpang solat Asar di rumah Abil.  Keadaan Gee agak
 lebih baik dari lawatan kakcik sebelum ini.  Bagaimanapun, mengikut
 kata Ibu Abil, daya ketahanan badan Gee semakin menurun.
  Sama-samalah kita doakan segala yang terbaik buat Gee.

Rabu, 17 Oktober 2012

Minta MILO dapat TEH-O, pembancuh air pulak yang naik angin...

Bukan sekali dua kakcik terkena, tapi kakcik diamkan sahaja.  Milo atau teh-o, dua-duanya air yang ada rasa manis.  Tiada masalah untuk kakcik meminumnya.

Hari ini terjadi sekali lagi.  Kebetulan disebabkan ada kawan di sebelah, kami ketawa.  Tiba-tiba pembancuh air (orang Indon) yang mungkin perasan dia adalah tuan punya kafe itu memandang kepada kami sambil berkata 'kenapa?  teh o itu ada yang minta.  Saya tak buat kalau orang tak minta.  Tak baik pagi-pagi ketawakan orang' dengan muka yang sangat mencuka.  Tak mengapalah, dia tengah senggugut kot!

Begitulah, orang tak akan tahu apa niat atau yang terdetik di hati kita.  Orang hanya nampak apa yang dizahirkan.  Seperti juga bila kita memberikan sesuatu yang kita rasa orang perlu. Ikhlas atau tidak hati kita, hanya Allah juga Yang Maha Tahu.

Kakcik berlagak bagaikan tuan rumah di rumah Abil.
Gambar dirakam oleh Ayu Akuzle.

Rabu - tentang petang Selasa yang kelam...





notataksiapatanya : menjelang tengahari nanti akan bertemu semula dengan doktor pakar yang 'melapah' kaki ini minggu lepas.  Sebenarnya setiap dua hari sekali kakcik ke hospital untuk mencuci luka (yang nampaknya macam lambat lagi akan pulih kulit dan luka itu).  Selalu juga kakcik tukar sendiri saja kain pembalutnya tanpa mengusik 'kain berubat' yang dilekatkan.