Jumaat, 31 Ogos 2012

Sambutan sempena hari kemerdekaan, hentikanlah pembaziran...

Tiada maknanya hendak mencipta rekod itu dan ini bila semuanya berakhir dengan sia-sia. Berapa banyak pembaziran di lakukan untuk membuat kek terbesar, bendera PULUT terpanjang dan sebagainya lagi. Adakah kek dan pulut yang diadun dengan pelbagai warna dan mungkin telah HILANG kebersihan itu boleh dimakan?

Belum lagi dengan pelbagai rupa pemidang, sepanduk, poster dan seumpamanya yang menjadi habuan tong sampah sebaik sahaja PESTA sambutan berakhir. Janganlah nanti kita menjadi umat yang ditarik keberkatan hanya kerana sikap membazir yang melampau batasan...

Suram...

Cerahnya sinaran matahari pagi ini, tapi hati ini terasa suram.
Mengapa?? Entahlah...



Ini gambar petang semalam.  Cerita tentangnya nanti-nanti sajalah, ya?


Kadang-kadang kita perasan seolah-olah ada orang yang ternanti-nanti cerita  dari kita, sedang sebenarnya orang lebih suka kalau kita tidak berkata apa-apa!

Khamis, 30 Ogos 2012

Di manakah anak-anak kita berada?...

Kakcik telah dijemput untuk menyertai satu kumpulan di laman sosial facebook. Bagaimanapun, semalam kakcik telah menarik diri dari kumpulan tersebut tersebut kerana menyedari tiada sumbangan yang dapat kakcik beri lagipun waktu kakcik bersama facebook adalah sangat terhad.

Sebelum keluar dari kumpulan itu, kakcik sempat melihat beberapa keping gambar yang diletak oleh ahli kumpulan.  Gambar seorang gadis dan seorang remaja lelaki lengkap berpakaian sekolah.  Yang perempuannya bertudung dan berbaju kurung - bagi kakcik walau apapun bangsanya (tak semestinya Melayu) pakaian yang dipakai melambangkan bahawa dia seorang Islam.

Sedih kakcik melihat aksi-aksi mereka!  Tak perlu rasanya kakcik letak gambar atau huraikan apa yang mereka lakukan.  Tapi ianya cukup membuat hati kakcik sebagai seorang ibu menjadi ngilu dan pedih!

Mungkinkah dengan senang hati kakcik boleh mengatakan 'Pedulikanlah, itu bukan anak aku.  Aku dah beri pendidikan secukupnya buat anak-anakku.  Tak mungkin mereka akan berbuat sesuatu yang akan memalukan'.  Bolehkah kakcik yakin dengan kata-kata kakcik sendiri sedangkan jauh di sudut hati, kakcik tetap bimbang manalah tahu kiranya anak-anak kakcik adalah dari kalangan bila 'di hadapan ibubapa, pijak semut, semut pun tak sakit sedangkan bila di belakang ibubapa, terserempak dengan gajah, gajah pun lari lintang pukang'?

Masalahnya sekarang, kita lebih percaya pada kata-kata anak berbanding dengan kata-kata mereka yang cuba bersikap prihatin! :(

Kakcik bercuti hari ini, bukan sekadar untuk menghayati keindahan
langit tapi untuk beberapa urusan peribadi...


Rabu, 29 Ogos 2012

Apa masalahnya bila wanita berkahwin dengan lelaki yang lebih muda...

... atau janda berkahwin dengan teruna?

Gambar-gambar berikut kakcik ambil dari sisipan Mega (Utusan Malaysia) bertarikh Selasa 28.08.12 : 

Bahagia atau tidak terpulanglah bagaimana kita mengaturkan kehidupan -
atau kita lebih suka sekiranya ada orang lain yang mengaturkan untuk kita?
Andai dirasakan tidak sanggup menempuh gelombang, tinggalkanlah lautan
dan kembalilah ke daratan yang mungkin dirasakan lebih selamat. Namun
harus juga diingat bahawa di mana sahaja, dugaan tetap ada.

Dari 5 pasangan yang dipaparkan ini, rasanya hanya dua yang ada
'sedikit' masalah setakat ini.

Kalau sudah dirasakan serasi, eloklah segera dibina ikatan yang lebih suci.

Dah naik harga ke?...

Harian Metro + Milo Panas + Karipap = RM4.00

Sebelum Ramadhan dulu, karipap adalah RM0.40 sebiji.  Rasanya
sekarang dah naik jadi RM0.50 sebiji.

Milo panas dulu berharga RM1.40, rasanya dah jadi RM1.50
Mengikut kiraan kakcik yang gagal ilmu kira-kira (matematik) ini, kalau harga lama, hanya RM3.70 sahaja yang perlu dibayar.  Kecohlah kakcik ni kan?  RM0.30 pun berkira sangat.

Bila diri rasa tak berdaya...

harap ada yang sudi memberi ruang untuk seketika
merehatkan diri sambil merebahkan kepala
namun itu hanya impian semata-mata
kerja perlu diteruskan seperti biasa
biarlah perut sendiri lapar asal kebajikan yang lain terjaga

apalah daya
bila resah kita tiada yang sudi bertanya!

ini adalah catatan orang yang kekeringan ilham, tidak ada maksud di sebaliknya...

Selasa, 28 Ogos 2012

Sudah 10 Syawal, masih ramai yang belum memulakan perniagaan...

Mungkin untung berjualan di bulan Ramadhan dulu belum habis digunakan, kot...

Lengang sahaja tapak niaga yang disediakan (jangan tanya kakcik
di mana gambar ini kakcik rakamkan, ya?)
Rekabentuk tudung yang hampir sama dengan jenama terkenal.  Walaupun
harganya mungkin jauh lebih murah, tapi kakcik tidak berminat untuk memakainya.
Dua helai tudung yang kakcik beli.  Setiap satu hanya berharga RM10.00 sahaja.

12 biji pau segera yang berharga RM11.00
  Bolehlah dikukus dan dimakan untuk berbuka nanti.
3 paket makanan sejuk beku = RM10.00 (cucur badak/cek mek molek/sardin gulung)
Saja-saja kakcik rakam gambar ini.  Pengagihan makanan untuk
mereka (agak kakcik mereka adalah murid-murid sekolah) yang
menyertai raptai perhimpunan sempena sambutan kemerdekaan.

Tempat membuang sampah telah disediakan.  Pandai-pandailah memanfaatkannya, ya?


Jemputan ke Majlis Perkahwinan...

Jangan sampai jadi lebai malang, sudahlah... (ada tak yang tak tahu tentang kisah Lebai Malang?  Lebai yang menerima beberapa jemputan serentak, tetapi dek kerana tak tahu yang mana hendak didahulukan, akhirnya terlepas untuk menikmati makanan di semua jemputan...)


Rasanya ada lagi yang belum tersenarai, termasuklah perkahwinan anak
kepada sepupu kakcik di Shah Alam.  Jemputan ke UKM, Bangi itu adalah
majlis perkahwinan blogger Afasz.  Ada sesiapakah yang akan pergi nanti?

Bila ditinggalkan bersendirian dalam kereta, mulalah kakcik gatal tangan
nak merakam gambar yang entah apa-apa.  Gambar bangunan ini entah
sudah berapa kali dirakam oleh lensa kamera kakcik.

Isnin, 27 Ogos 2012

'Mengejar' sinaran matahari pagi...





Ops... yang ini bukan matahari.  Ianya adalah gigi yang membuatkan mata
kakcik menjadi kabur dek rasa sakitnya yang terlampau.  Ada tak orang
sengal macam kakcik yang sanggup masukkan lensa kamera dalam
mulut untuk ambil gambar gigi?  Gambar-gambar matahari di atas
kakcik rakam dari hadapan klinik gigi yang kakcik pergi untuk
buat rawatan - tapi sampai sekarang kakcik rasa masih sakit
dengan pipi kakcik sedikit bengkak dan mata agak kabur!

Di hari raya, hidangan di rumah kakcik hanyalah mi kari sahaja...

Semalam adalah kali keempat kakcik menyediakan hidangan
 mi kari untuk tetamu yang datang berkunjung.

Terima kasih kepada adik kakcik Nora di Kuantan yang mengirim biskut dan kek yang sedap ini:





Ahad, 26 Ogos 2012

Dah lama tak letak gambar awan...

dalam gelap terbau hangit
limau purut berkarung di peti
biarlah gelap awan di langit
janganlah turut mendung di hati
 




 
gambar-gambar lain :

Macam-macam yang kakcik fikir bila melihat tempat ini...

Kek pemberian adik kakcik.  Dikongsi makan beramai-ramai, sekejap sahaja habisnya.

Kali kedua sarapan tosei bersama suami di Syawal kali ini.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Sakit gigi...



Burung merbah membuat lubang
Hendak berkubu tepi telaga
Seratus lima puluh sudahpun terbang
Saki gigiku tak hilang juga


:(

Pantun...


dahan senduduk di hujung kampung
bunga semalu di sebelah rumah
jalan menunduk bukannya sombong
hanya malu menunjukkan wajah

Jumaat, 24 Ogos 2012

Kad ucapan kirimanmu...

...tiba di hari lahirku (hehehe... tiba-tiba teringat pada lagu dendangan Norshiela Amin) ...

Cantik tulisannya...

Pengirimnya ialah Ummi Iman.  Terima kasih Dik. betul-betul di
hari ulangtahun kelahiran kakcik ianya tiba. :)
Along dan Angah pun terima kad ucapan merangkap undangan juga. Anak-anak kakcik yang berdua itu merupakan pengundi berdaftar yang boleh mengundi buat pertama kalinya pada pilihanraya umum akan datang....

Inilah kad yang diterima oleh Along dan Angah.

Ada jemputan 'rumah terbuka' di situ.

Tiada sesiapakah yang sudi menyayangi lelaki itu?

Tulisan yang tertera itu bukanlah menggambarkan apa yang ada di dalam bangunan itu!

Hadiah buat diri sendiri...

Pertama sekali, terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa sama ada melalui pesanan ringkas, panggilan telefon, blog dan facebook.

Hari ini kakcik bercuti dan berpuasa.  Bercuti untuk menghadiahkan diri sendiri dengan tugasan ini...

Timbunan pakaian yang perlu digosok.  Selepas menggosok hampir
empat jam, hanya separuh yang baru diselesaikan!

Penyangkut baju pelbagai rupa dan saiz.

Dua bakul pakaian yang perlu dilipat dan ini sebahagian darinya...

...sebahagiannya telah disusun mengikut 'tuannya' dan yang ini menanti giliran
untuk diletakkan ditempat masing-masing.

USIA sekadar angka...

Apalah ertinya jika manfaatnya tak pernah ada melainkan menjadi beban kepada mereka yang berada di sekeliling kehidupan ini...

Ya Allah, walaupun sedikit, jadikanlah kehadiranku sebagai kehadiran yang disenangi dan bukan kewujudan yang dikesali.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Khamis, 23 Ogos 2012

Teruskan bersinar duhai mentari pagi...

Gambar matahari pagi ini adalah dirakam pada 29 Ramadhan 1433H yang lalu ...







Gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk mahupun dengan gambar-gambar di atas.