Selasa, 31 Julai 2012

Hidangan petang semalam...

Telur masin yang siap direbus kalau dibeli di Pasar Ramadhan, harganya
RM1.50 sebiji.  Yang dalam gambar ini, suami kakcik beli dengan
harga RM0.50 sebiji dan kakcik rebus semuanya (6 biji).  Setakat
rebus telur masin, Budak Sepet pun boleh buat!

Kari Ikan Bawal.

Roti Inti Sardin digoreng rangup.  Bila sejuk hilang rangupnya!

Ayam Percik ini Along yang beli.  Kalau kakcik tak silap,
harganya RM6.00 seketul. Dibeli di Moon's Kitchen.

Cukuplah dan syukurlah kerana masih ada makanan untuk mengalas perut...

Saya bukan Uncle Gedek...

... tapi saya semakin mahir untuk mengambil gambar sendiri (agaknyalah...)

Uncle Gedek jangan marah ya.  Saya tahu Uncle lebih kacak dan popular dari saya!
Abaikan rumah saya yang bersepah di belakang itu.  Mak saya dah penat nak mengemas!

Sementara diberi peluang...

Hari ini ceramah oleh Ustaz Sharhan Shafie.
6/8/2012 nanti, ceramah oleh Dr. Danial.  Setahu kakcik,
Dr. Danial adalah abang kepada blogger Ariff Budiman.

Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan...

... tapi bila kesilapan itu diulang-ulang, ianya tidak harus ada perkataan TER lagi ...

Belajar itu tiada had masa, semoga segala kesilapan menjadi pelajaran dan pengajaran untuk kita tidak terpijak duri di tempat yang sama untuk kali yang kedua dan seterusnya ...

Hanya sekadar ingin berkongsi apa yang kakcik baca tadi...

Doa hari ke 11 Ramadhan ...

"Ya Allah, tanamkan dalam diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkanku daripada kemurkaanMu dan seksaan api neraka, dengan pertolonganMu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Isnin, 30 Julai 2012

Berbuka puasa di Al-Amin Food Corner...

Sekarang lebih ramai yang suka menggunakan perkataan IFTAR untuk BERBUKA PUASA.  Mana-manalah, maknanya tetap sama...

Tarikh : 29/07/2012
Lokasi : Al Amin Food Corner, Greenwood
Kehadiran : 24 orang - kecil besar tua muda

Jarang orang dapat mengeja nama kakcik dengan betul! :(

Kami tiba agak awal untuk menyemak tempahan.  Oh! semua meja
telah penuh ditempah rupa-rupanya.

Semua cukup, kan?
Yang tidak boleh berpuasa tu, sila hormati mereka yang berpuasa, ya?


Beriyani Kambing.  Kami pesan 2 set beriyani kambing dan 3 set
beriyani ayam.  Turut di pesan 15 keping roti arab.




Hati kakcik sangat berbunga bila melihat anak-anak berwajah ceria.

Ada aiskrim yang dibawa oleh adik lelaki kakcik.

Jom balik, cepat cari tempat untuk solat Maghrib.

Alhamdulillah.  Kakcik berpeluang lagi berkumpul dengan adik-adik dan keluarga mereka.  Turut serta dua orang anak angkat kakcik.  Kakcik dan adik-adik berkongsi membayar bil (yang paling ramai ahli keluarga adalah kakcik, tapi kakcik yang paling sedikit mengeluarkan sumbangan tak guna punya kakak ).  Alhamdulillah.  Makan di sini sebenarnya hampir 40% lebih murah dari semasa kami pergi makan di Al-Rawsha dulu.

Rancangan asalnya kami hendak masak-masak dan berbuka di rumah kakcik sahaja seperti hari sebelumnya.  Memandangkan kakcik dan adik-adik perempuan ada urusan di luar dari pagi hingga petang, rancangan untuk memasak itu tidak sempat untuk dilaksanakan dan kami mengambil keputusan membuat tempahan sahaja.  Mujur masih ada tempat.

Sebenarnya sekalikah atau beberapa kali?...

Kalau ikut pemahaman kakcik, ianya dilakukan beberapa kali dalam tempoh
sehari atau satu waktu.  Betapa siksanya anak itu dilakukan sebegitu. :(

Sakit telinga dengar lagu 'raya'...


Baru 10 Ramadhan, lagu 'raya' dah berkumandang di radio.  Malangnya, lagu yang disajikan entah apa-apa.  Hanya sesuai untuk menyakitkan telinga! :(

Perancangan...

kita 'fikir' kita sudah terlalu bijak merancang
lalu kita rasa kita sudah layak untuk sombong
dan kita semakin terangsang 
untuk terus-terusan merancang tanpa berbincang

sebaliknya kita sering lupa
pada satu perkara

v

v

v

v

v
bahawa perancangan DIA
 berada di atas segalanya 


...kufikir, aku akan 'berjaya' berpuasa penuh sebulan untuk tahun ini, kiranya tidak begitu perancangan Allah buatku...

Doa hari ke 10 Ramadhan...

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepadaMu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisiMu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisiMu. Dengan ihsanMu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Ahad, 29 Julai 2012

Patutlah disebut EPF (bukan KWSP)...

Tapi tiada pula syarat hendakkan kelulusan Bahasa Inggeris.

Ada hak mereka di atas rezeki kita...

... jadi, jangan abaikan kewajipan mengeluarkan zakat ...

Alhamdulillah, Along telah menunaikan tanggungjawabnya walaupun
tidak diminta. Tanggungjawab ibubapanya pula untuk melakukan yang

mana terdaya, bukan mengelak-elak dengan sengaja.


Di bulan ini, melihat makanan dan minuman hanyalah sekadar melayan nafsu dan bukan sebenarnya melayan selera...




Terkenangkah kita kepada mereka? (gambar-gambar dari arkib google) ...

 

Doa Hari Kesembilan Ramadhan


Ya Allah, sediakanlah bagiku sebahagian daripada keluasan rahmatMu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaranMu. Bimbinglah aku menuju keredhaanMu yang penuh dengan kecintaanMu, wahai harapan orang yang merindu.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.




Sabtu, 28 Julai 2012

Sembang adik-beradik...

Ini catatan 'syok sendiri' sebab tiada apa yang hendak nak dicoretkan dan hanya ingin merakamkan perbualan ini untuk kenangan.  Perbualan yang pendek dan santai tapi ada unsur kemesraan...

Along :  Along rasa nak beli Alphard la...

Adik   :  Kalau Along tak mampu beli Alphard, Along beli saja Alpha Lipid...

Kemudian kedua-duanya ketawa terkekek-kekek.  Mak mereka tiba-tiba menyampuk :  Kalau dua-dua tak mampu, kita beli lepat sajalah...

Sebenarnya, walaupun perbualan itu tidak memberi makna apa-apa, tapi hati seorang ibu sangat gembira bila melihat anak-anak boleh bergurau senda sesama mereka. Itu yang lebih utama dari timbunan harta tapi tidak boleh 'mengikat rasa bahagia'.

Doa Hari Kelapan Ramadhan


Ya Allah, berikanlah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam serta bergaul dengan tingkahlaku yang mulia, dengan kemuliaanMu tempat berlindung orang yang berharap.

Amin Ya Rabbal 'Alamin



Jumaat, 27 Julai 2012

Rugi juga kalau tak digunakan...

Kena berbelanja sehingga RM200 pulak! Huh!


Kali ini Tesco bagi kupon untuk barang-barang yang memang kakcik
gunakan.  Selalunya mesti ada kupon untuk barang yang kakcik tak
pernah beli pun.  Membazir je.  Strategi perniagaanlah tu!


Dah dapat mata...

Terima kasih kepada En Suami yang sanggup
menghantar dan meminjamkan  'mata' ini.
Walaupun tak begitu sama dengan yang
kakcik punya, tapi lebih baik ada
dari tiada.  Bolehlah menaip dan membaca
walaupun ada rasa tidak selesa.

Mata kakcik tertinggal lagi...

Maaf kawan-kawan...

kakcik tak dapat nak berjalan-jalan dan singgah di rumah kawan-kawan hari ini kerana kakcik ibarat sibuta yang kehilangan tongkat...

Kerja pejabat pun tiada apa yang boleh nak dibuat.  Sudahlah kerja 'bermain dengan angka', puas kakcik nak mengecil-besarkan mata! :(

Menaip catatan ini pun kakcik terpaksa besarkan font supaya boleh nampak.

Antara kata-kata ustaz yang kakcik ingat...

(inilah padahnya bila malas sangat nak buat catatan, banyak ilmu yang tidak boleh hendak dikongsikan (-_-) )

i) kita kata kita percaya pada Qada dan Qadar tapi kenapa kita sentiasa mengeluh?
    Contoh yang diberi oleh Ustaz ialah seperti kita sedang memandu dengan laju dan tiba-tiba ada kereta di hadapan sedang dipandu dengan perlahan.  Kenapakah kita harus marah-marah (sehingga kadangakala mengeluarkan kata-kata kesat atau isyarat lucah) dan tidak boleh menerima keadaan itu sebagai sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT?

ii) kita boleh membeli jam yang paling mahal mengikut kemampuan kita tetapi kita tidak boleh membeli masa,

iii)  kita boleh membeli makanan yang sedap-sedap tetapi kita tidak boleh membeli selera.  Sesedap mana pun makanan, rasanya hanya setakat tekak sahaja,

iv)  ada orang sanggup berpuasa (berlapar dan dahaga) tapi tidak sanggup mendirikan solat. 
Tabiat ini mungkin juga kerana asuhan yang diterima sejak kecil.  Ada ibubapa yang menggalakkan anak-anak berpuasa (kerana kalau tak puasa tak boleh raya) tapi tidak menitikberatkan tentang solat.  Sanggup suruh anak tidur di waktu 'Asar dengan kata-kata 'tak lama lagi boleh berbuka', tapi tidak menyuruh anak menunaikan solat terlebih dahulu.

Apa lagi ya?  Nanti bila kakcik ingat, kakcik tulis lagi.  Lagipun, kalau tulis panjang-panjang takut ada yang tak jumpa 'isi' sebab banyak sangat kuah, kan?

Doa hari ke 7 Ramadhan...


"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Khamis, 26 Julai 2012

Ramadhan ke 6 - mencemar duli di PARAM...

Sidia inilah yang beriya-iya ajak kakcik turun ke Pasar Ramadhan (param)

Ramainya orang.

Nampak tak kambing panggang yang hanya tinggal tulang itu?

Tumpang lalu dan ambil gambar saja.

Macam-macam jenis lauk tanpa kuah.

Kakcik beli sup cendawan - RM2.00

Ayam tempayan pun ada.

RM20.00 seekor.  Suami kakcik kata mahal.  Kakcik iyakan saja.


Sesak!


Siap ada keratan akhbar lagi.

Nak letak kenderaan pun susah!

Sekadar renungan pada yang sudi merenung...

Adakah ianya untuk bacaan dan difikirkan atau renungan sepintas lalu sahaja?

i - Oh Bahasaku! (Sempoikan Salam itu apa maksudnya?)
ii - Mestikah bila bersalaman, ditunjukkan antara yang berlainan jantina sahaja?

Bila berbuka...

makanlah seadanya
sekadar menghilangkan lapar dan dahaga
kemudian bersegera menunaikan kewajipan kepadaNya
bukan mengasak makanan dari perut hingga ke dada
hingga akhirnya tak berdaya membuka mata


bila makan-makan di hotel pula
atau di restoran-restoran yang ada nama
jangan hanya pada hidangan kita terpesona
siasatlah dulu status halal haramnya
dalam beringat pun kita boleh terkena

ada lagi satu perkara
bila berdepan dengan juadah yang aneka rupa
janganlah sampai kelabu mata
lalu semuanya hendak dikaut belaka
dibawa hidangan sepenuh meja
kalau dimakan tak mengapa juga
jangan dibiarkan menjadi pembaziran yang nyata

ingat-ingatlah saudari dan saudara
kalaupun tidak terkenang kepada yang sengsara
setidak-tidaknya malulah pada Yang Maha Esa
jangan sampai ditarik nikmat dari kita
saat itu hendak menyesal pun tidak berguna

Andainya berkelapangan, marilah kita menimba ilmu...

Di manakah Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid itu?

Yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur mungkin
mengetahui tempat ini.