Rabu, 29 Februari 2012

Tak tahu nak kata, bila tuan punya badan dah mengaku...



Tapi... mungkin lebih baik begitu daripada menjadi parasit yang hanya tahu menumpang kemudian menyebarkan penyakit.  Betul tak, kawan-kawan?



Tolong doakan...

Dari saat dilahirkan hingga sekarang, bila anak tidak sihat hati
seorang ibu akan sentiasa resah.  Hanya doa dipanjatkan ke hadrat
Yang Maha Kuasa agar segalanya pulih seperti biasa.



Hari ini tekanan darahnya agak turun dari bacaan semalam.

Cuti lagi hari ini.


Selasa, 28 Februari 2012

Rasa hati yang berbagai...


dingin sekali air perigi
dicurah ke tubuh berhati-hati
ingin riang secerah mentari pagi
namun ada rasa yang sukar dimengerti


Menitis embun di hujung daun
membawa basah ke muka bumi
dendam dan resah disimpan bertahun
tidak mengharap ada yang menyelami

memutih awan di kaki langit
cuaca mendung hujan tak jadi
terbakar hati tak nampak hangit
hanya nafsu memakan diri

hutan batu kian menjulang
tumbuhan hijau semakin pupus
biarpun luka semakin hilang
namun sakitnya sukar dihapus


Gambar dari arkib Google - macam-macam hal! Kalaulah Allah
menentukan bumi ini hanya untuk sesuatu kaum sahaja, bagaimana
pula jadinya?


Isnin, 27 Februari 2012

Yang sakit itu...

... adalah Along.  Terima kasih kepada semua yang mendoakan semoga kesihatan beliau kembali pulih.

Di samping itu juga, kakcik ada menerima pesanan ringkas dari Dato' Luah Fikiran yang agak terganggu kesihatan beliau beberapa hari kebelakangan ini.  Beliau berkirim salam kepada semua rakan yang mengenali.  Sama-samalah kita doakan semoga Allah SWT mengembalikan kesihatan beliau dengan sepenuhnya.



Wajah dia ni ada di mana-mana tempat yang maknya ada...
 
Dia ni bukan tak lawa kalau senyum, tapi bila dia 'tarik muka', perempuan meroyan pun tak boleh lawan!

Menurut kata doktor, ada virus dalam darah putih Along dan juga ada sinus di mukanya. 




Dia ingat comel sangatlah tu...


Mula-mula belek dulu...

Tengok tu, apa yang dia nak buat?

Berangan jadi patung kat kedai tu.

Walaupun kadangkala kena marah, tapi Along tetap sayang dia.
Cuti kecemasan hari ini.  Anak masuk wad, mak pun jadi kurang rehat.


Ahad, 26 Februari 2012

Kedai Rakyat 1 Malaysia...

... secara kebetulan sewaktu aku memerhatikan dari dalam kereta, kebanyakan yang masuk ke kedai ini mesti ada warna merah pada pakaian mereka ...

baju merah

pakcik ni tak pakai baju merah pulak

budak perempuan itu pun bergaun merah

si tudung merah
kerana ingin 'menyiasat' dan ada yang ingin kubeli, aku masuk ke kedai
ini.  Tapi barang yang kucari tiada.  Yang kubeli pula tiada yang berjenama
1Malaysia.  Tidak semua barang yang dijual di sini murah harganya dari
yang dijual 'di luar'.  Ada yang sama harga, ada yang lebih mahal.  Contohnya
drumet ayam Ayamas, aku tak pernah membeli dengan harga lebih dari
RM12.00, tapi di sini harganya RM15.90 sepeket.  Ada juga barang yang
dijual seperti laici dalam tin tidak menggunakan logo Halal JAKIM.



Hanya beg plastik ini yang ada jenama 1Malaysia yang kubawa keluar.


Dalam tidak ke mana, akhirnya sampai ke Teluk Intan...

... keluar dari rumah jam 11.40 pagi dan sampai semula ke rumah jam 6.40 petang.  Tiada gambar di Teluk Intan kerana tiada apa lagi yang menarik untuk kurakam setakat ini.  Hanya ada gambar sewaktu perjalanan pergi dan balik yang dirakam dari dalam kereta...

Mesti ada ular dan tikus di sini, kan?


Hanya budak ini yang mahu mengikut.

Tasik dan langit - satu gabungan yang indah.

Nampak tak pelangi?

Agak tak jelas juga pelanginya

Saban hari ada sahaja tanah yang digondolkan.


Sabtu, 25 Februari 2012

Ke mana kita di hari ini?...

Nampaknya kakcik tak ke mana-mana pun, merehatkan badan di rumah sahaja.  Tapi tak tahu juga, sekejap-kejap lagi kalau keluar pula.  Kita bukan tahu pun apa yang telah Allah aturkan untuk kita walau kononnya kita telah merancang begitu begini, ya tak?

Jom tengok 'gambar tak jadi' yang kakcik rakam malam tadi (GB,  mak nak pinjam kamera sekejap, boleh?)...

Hawaiian BBQ Cheesesteak

Italian Rosemary Chicken

Peniaga di Jalan Ampang - Hulu Langat

Tempat yang sama dari sudut yang berbeza

'Kau garu aku, aku garu kau', boleh?

Jumaat, 24 Februari 2012

Ada yang lebih memerlukan bantuan dari gelaran...

0
Mungkin bagi setengah orang, gelaran adalah lambang kemegahan.
Tapi bagi yang lain, gelaran itu tidak memberi makna mahupun
mengenyangkan perut yang lapar.
 Kisah lain (klik pautan untuk membaca)


Semoga Along dan adik-adiknya tidak akan membiarkan mak dan ayah
mereka saat kami tidak lagi berdaya. Tambahan pula kami tiada harta
untuk diwariskan kepada mereka.

Pagi ini kita makan roti sahaja...

... dan jangan lupa mulakan makan dengan membaca Bismillah serta bersyukur kerana masih ada makanan untuk kita jamah ...

Rasanya ini adalah keluaran terbaru Gardenia

Bila makan, taklah pula rasa duduk di luar negara!

Harganya RM3.80 sahaja. Pastikan belum luput tarikh ya?


Agak liat tapi sedap dimakan dengan minuman panas.

Gambar yang tiada kena mengena.  Cuma nak tunjukkan kulit
mukaku yang 'sangat cantik' gara-gara set SRG! (nak tahu apa
itu SRG, cuba tanya RCW @ Cik Ta!)