Sabtu, 31 Disember 2011

Terima kasih Eelobor, artikel itu sangat bagus...

Kalau ada yang nak tahu artikel apakah yang kumaksudkan itu, silalah klik pautan ini

Terima kasih kepada Eelobor  yang 'memperkenalkan' blog ini kepadaku.

Siburung PEGAR
(harapkan PEGAR, PEGAR makan padi)

BATOK bukan BATUK
(melepaskan BATOK di tangga)





Jumaat, 30 Disember 2011

Alahai kontraktor SYABAS!...

macamana nak ucapkan 'syabas' kalau begini gaya kerjanya? ...





Bila dibuat aduan supaya bersihkan rumput-rampai, lalang dan serbanika tumbuhan serta sampah di kawasan tangki air itu, datanglah kontraktor yang dilantik untuk buat kerja.  Tapi kerja yang dibuat, tidak lebih sebagai melepaskan batuk di tangga. 

Yang dibersihkan cuma yang senang untuk diuruskan.  Rumput yang memanjang dan menjalar pada pagar yang mengelilingi tangki air itu sedikit pun tidak disentuh.  Kalau tak hendak buat, biar kami yang duduk di kawasan itu yang buat.  Tapi, masalahnya pintu pagar tangki itu dikunci dan dimangga.  Tak ada siapa yang nak menceroboh kawasan itu aih!


Assalamu'alaikum dan salam pagi Jumaat...

semoga masih ada waktu
untuk kita membaiki mana yang perlu

semoga masih ada masa
untuk membetulkan salah silap kita

semoga masih ada detik
untuk menjahit mana yang carik

semoga masih ada kesempatan
menjalinkan semula keakraban yang bertaburan

semoga apa juga yang dilakukan
DIA tetap kita dahulukan

Ya Allah, betapa lemahnya aku.  Masih juga aku keliru - mana yang tidak, mana yang perlu.  Mana yang perlu aku dahulukan, mana perlu aku kesampingkan.  Ya Allah, makin singkat waktu untukku tapi mengapakah aku masih juga beku.  Ya Allah Ya Tuhanku, hanya padaMu sandaran harapanku.  Berilah aku hidayah dan rahmat kasihMu di penghujung hidupku yang sisanya hanya dalam pengetahuanMu.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Khamis, 29 Disember 2011

Tentang Dhia = tentang ketidakwajaran yang sengaja dicipta...


yang kejam - sampai ke sudah tidak ditunjukkan insaf

yang jahat - sentiasa terbela dan begitu baik nasibnya

yang baik - seolah tiada ruang untuk bahagia hingga akhirnya

'sayangilah Allah mengatasi sayang kepada yang lain'




Kadang-kadang rasa nak bercerita...

*

*

*

*

*

... difikir-fikir balik, mungkin lebih elok didiamkan sahaja ...

*

*

*

*

*

... kerana bukan semua orang sama fahamannya dengan kita ...



Kuhijrahkan Doa...



Drama arahan Murali Abdullah ditayangkan di TV9 malam tadi (28/12/2011 - jam 8.30 malam)Lakonan mantap Zamarul Hisham dan Bell Ngasri sebagai dua beradik yatim piatu.

Biarpun agak 'lembap' akibat kemalangan, Kamarul (lakonan Bell) tidak pernah putus dari mendoakan kejayaan abangnya Shahrul (lakonan Zamarul). Walaupun Shahrul kelihatan agak mementingkan diri, namun kasih terhadap adiknya tidak pernah pudar.



Aku bukanlah seorang yang pandai hendak mengulas tentang sesebuah drama.  Bagaimanapun drama tentang kasih sayang yang tulus pastinya berjaya membuatkan airmataku mengalir tanpa dipaksa.  


Masih adakah saudara yang tidak mengerti tentang kasih tulus seorang saudaranya yang lain.  Tidak mustahil, bukan?



Tahun baru Masehi bakal tiba...

... akan kedengaranlah lagi
soalan-soalan yang tak pernah basi
apakah azam baru anda
terlunaskan azam yang sedia ada
tidakkah hendak menambah ahli keluarga
bila agaknya hendak menimang cahaya mata
asyik seorang bila pula hendak berdua
tidak teringinkah menukar kereta
atau membeli rumah yang lebih selesa

sedetik waktu berlalu
selangkah usia kita gugur
yang bertambah hanya angka
hakikatnya kita kian dekat ke sana

ditunggu-tunggu detik duabelas malam
dirai dengan penuh riang
berapa banyak berlakunya perkara sumbang
berapa banyak juga duit yang terbuang

yang kecil yang besar sama sahaja
terlompat-lompat terkinja-kinja
lalu bila terjadi masalah di kalangan remaja
lagu bangau oh bangau didendang semula ...



Rabu, 28 Disember 2011

Kejutan...

Dua kejutan berlaku kepadaku di awal pagi tadi...

Kejutan pertama berlaku sebaik menyedari aku 'kehilangan' suara sewaktu hendak bercakap dengan suamiku.  Peritnya tekak hanya Allah Yang Maha Tahu.



Kejutan kedua terjadi sebaik aku melangkahkan kaki masuk ke pejabat...







Bukan kerana ada sebarang pencerobohan berlaku.  Sebaliknya pejabat tempat aku bekerja sedang dalam proses ubahsuai.  Tidak sangka pula jadi begitu sebab sewaktu aku meninggalkan pejabat petang semalam, belum ada tanda-tanda kerusi mejaku akan dimusnahkan! Harap-harapnya esok pagi, tempat dudukku telah ada kembali.  Sepanjang hari tadi aku hanya menumpang di tempat duduk teman sepejabat yang sedang bercuti.



RTK - Panduan Keselamatan...




RTK - Restoran Lala (Along belanja lagi) ...














RTK - tak boleh tiru Pakcik Gedek!...



Pakcik Gedek boleh buat wajah serius, tapi saya tak boleh!


Selasa, 27 Disember 2011

Bilamana tak banyak pilihan...

... haruskah kita mengeluh sedangkan kita masih boleh minum dan makan? ...

Air limau suam - tak boleh menandingi air limau asam boi yang Azie buat.

Pertama kali aku menjumpai minuman ringan jenama ini.

Alhamdulillah, ada rezeki untuk dijamah.

Ada yang geli dengan ikan keli?  Jangan menyebutnya di hadapan mereka yang menggemari.


Selsema ... dan terima kasih semua ...

Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan-ucapan serta doa sempena ulangtahun perkahwinan kakcik dan suami yang ke 25 tahun hari ini.  Sebenarnya kakcik amat tidak sihat , sama seperti Acu Sayang dan Gedek juga.  Hendak bercuti, cuti dah habis.  Hendak ambil cuti sakit, cuti sakit pun dah langsai (memang ada harapanlah hendak dapat penilaian prestasi di bawah paras kecemerlangan - jangan kata cemerlang, memuaskan pun belum tentu)





25 tahun telah berlalu...

... akan adakah 25 tahun lagi untuk kita lalui ...



Hari ini juga adalah hari ulangtahun kelahiran ke 33 Dr Faiz.



Isnin, 26 Disember 2011

Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah...

Tengoklah siapa yang paling gembira?  Pastinya si Adik yang teruja hendak makan.

Masjid Kuala Perlis (lupa pula namanya) yang baru siap.

Percikan bunga api menyambut kedatangan tetamu.

Ocean Glow?  Aku tak tahupun ada tema untuk majlis ini.

Berpusu-pusu masuk.

Ada lanun rupa-rupanya.

Bosan menunggu ke Dik?

Menu.

Dah kenyang dia duduk pulak atas maknya.  Rasa nak patah pinggang.
Duduk semeja dengan keluarga yang 'sekepala', mudahlah kami membuat onar!
Acara makan malam dan penyampaian hadiah ini telah diacarakan dengan jayanya oleh blogger Pn. Cyanamoose dengan lancar, petah dan riang ria.  Walaubagaimanapun, aku terlepas pula untuk merakamkan gelagat dan telatah beliau mengacara.  Ops! sesiapa yang berminat untuk mengambil beliau sebagai pengacara majlis, bolehlah cuba-cuba bertanya di blognya.  Suami beliau pula adalah seorang jurugambar yang hebat.  Jadi mereka adalah padanan yang lengkap untuk sesuatu majlis yang memerlukan pengacara dan juga jurugambar terlatih.  InsyaAllah.