Selasa, 31 Ogos 2010

Doa Hari Keduapuluhsatu Ramadhan

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredhoan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.


MERDEKA...

Merdeka Merdeka Merdeka



Bebaslah sudah Negara ini
Tiada ia dijajah lagi
Negara kita hak kita
Kita mentadbir kita yang menjaga




Tak perlu lagi tertunduk-tunduk ketakutan
Tak perlu menyembah-nyembah memohon ihsan
Ayuh … jangan kita hanya bersandarkan slogan
Bangunlah kita mengejar wawasan



Duhai pemimpin
Usah lagi bercakaran
Melalui media saling bertohmahan
Marilah bersama rakyat memacu perubahan
Jangan sampai kita diketawakan
Setelah sekian lama tapi masih bertatih berjalan



Bukan sekadar menaikkan bangunan pencakar langit
Bukan pula memegang kuasa menindas jelata
Kita cuci mana yang kotor
Kita gilapkan mana yang sudah bersih



Tidak hanya akhlak anak-anak yang perlu kita jaga
Akhlak kita perlu diperhatikan sama
Jangan bangga dengan Negara yang merdeka
Sedang hakikatnya jiwa kita di takuk lama



Negara ini masih banyak hasilnya
Bukan untuk kepentingan seorang dua
Sama-sama berusaha sama-sama merasa
Bukan bermusuhan demi kepentingan diri semata



Merdeka Merdeka Merdeka



Pertahankanlah kemerdekaan ini
Bukan menggadai Negara dalam sulaman senyum ketawa
Tidak dijajah secara nyata
Tapi dalam diam kita tidak merdeka jiwa!


Isnin, 30 Ogos 2010

Mari kita semak senarai YANG HALAL pula...

Antara dapur hotel yang mendapat sijil halal JAKIM adalah :




1. Ancasa Hotel, Kuala Lumpur   2. Brisdale Hotel, Kuala Lumpur   3. Cititel Hotel, Pulau Pinang   4. Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya      5. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya      6. Dynasty Hotel, Kuala Lumpur    7. Evergreen Laurel Hotel , Pulau Pinang



8. Citrus Hotel, Kuala Lumpur     9. Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur    10. Grand Dorsett Labuan Hotel      11. Hotel Armada, Petaling Jaya      12. Hotel Hilton, Petaling Jaya       13.Hotel Seri Malaysia , Alor Setar      14. Hotel Seri Malaysia , Genting Highlands     15. Hotel Seri Malaysia , Kuantan      16. Hotel Seri Malaysia , Marang      17. Hotel Seri Malaysia , Pulau Pinang   18. Hotel Seri Malaysia , Sungai Petani    19. Hotel Seri Malaysia , Taiping      20. Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang

21. Pan Pacific KLIA, Sepang    22. KLI Hotel, Kuala Lumpur 23. Hotel Putra, Kuala Lumpur   24. Legend Hotel, Kuala Lumpur     25. Midah Hotel, Kuala Lumpur      26. Corus Hotel, Kuala Lumpur     27. Nilai Hotel, Nilai Negeri Sembilan          28. PG Hotel Sdn Bhd       29. Puteri Park Hotel, Kuala Lumpur      30. PNB Darby Park Executive Suites Hotel, Kuala Lumpur



31. Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur       32. Residence Hotel at Universiti Tenaga Nasional, Kuala Lumpur       33. Grand Bluewave Hotel, Shah Alam      34. Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur     35. Hotel Maluri, Kuala Lumpur      36. The Paramount Hotel, Sibu Sarawak



37. The Plaza Hotel, Kuala Lumpur       38. The Summit Hotel. Subang Jaya     39. Mutiara Johor Bahru    40. Hotel Istana, Kuala Lumpur .


Berbuka Puasa - Sabtu dan Ahad.

(Ini adalah catatan untuk menunjukkan blog ini dan tuannya masih 'hidup' walaupun ilham hampir mati!)

Sabtu :

Berbuka puasa bersama keluarga, bapa dan adik perempuanku yang datang bersama anak-anaknya.  Suaminya tidak ikut serta kerana berbuka bersama anak-anak yatim. 

Menu Utama :  Nasi ayam

Menu Sampingan : Roti Sardin dan agar-agar bodoh (itu sebab kena makan)

Air :  Sunquick Ice Blended, Teh O Panas dan Sirap

(tiada gambar sebab chef tak kuasa nak jadi jurugambar sambil memasak -  alasan sahaja - sebenarnya, dah agak jemu mengambil gambar!)

Ahad :

Berbuka bersama keluarga, bapa dan adik lelaki bongsu yang datang bersama isteri dan anak-anak.

Menu Utama :  Nasi putih bersama sup ayam, pajeri terung, ayam percik (beli), sambal tempoyak, sambal nasi ayam (dibuat khas atas permintaan bapa), ikan pekasam goreng, daun salad sebagai ulam.

Menu Sampingan :  Roti Sardin (Budak Sepet suka sangat nak tolong buat), kebab (beli), roti john lennon (beli) dan nasi kerabu untuk Lokman (beli).

Air :  Teh O Panas, Air Soya (beli) dan Sirap.


tengok tangan Budak Sepet yang bangga sangat menunjukkan Roti Sardin yang dia tolong buat...


Doa Hari Keduapuluh Ramadhan

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Ahad, 29 Ogos 2010

Doa Hari Kesembilanbelas Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, penuhkanlah bahagianku dengan keberkatan dan mudahkan bagiku menuju ke arah kebaikan. Jangan Kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Sabtu, 28 Ogos 2010

Hei KAMU!

Semalam dia bertanya lagi tentang KAMU
aku cuba pura-pura buat tak tahu
suara dia mendayu-dayu
tapi tidak mencairkan hatiku yang beku

Hei KAMU
mungkin hatimu pun sekeras batu
kerana itu kau tetap membeku
walaupun berkali-kali namamu diseru

KAMU tahu macam mana garangnya aku
walaupun kadangkala aku ini terlalu sendu
tapi saat waktu bagaikan kematu
hati ini terus menggerutu

KAMU tahu apa jawabku?
kukatakan aku tidak tahu
KAMU pergi bukan aku yang mengusir dulu
Tapi KAMU yang bertindak bagaikan siulat bulu

Kukatakan kepada dia
Berhentilah dari bertanya-tanya
Anggap saja KAMU sudah tiada
Sebagaimana kamu menafikan haknya....


Doa Hari Kelapanbelas Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Ya Allah, sedarkanlah aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hatiku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaranMu, dengan cahayaMu wahai penerang hati orang yang bijak.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Jumaat, 27 Ogos 2010

Catatan Tanpa Gambar...

Ini kisah semalam petang
Sampai rumah hari masih terang
Masuk ke dapur, tiba-tiba jatuh terlentang
Sakitnya badan bukan kepalang

Namun tugas tetap diteruskan
Masak memasak tanpa dirancang
Siap juga mi kari dan agar-agar sedulang
Sotong goreng tepung dan bawal masam manis siap terhidang

Sebelum Isyak bapaku datang
Dihantar adik yang akan berangkat pulang
Ke rumah mertua yang di jengah jarang-jarang
Selamatlah dalam perjalanan pergi dan pulang

Malam tadi terasa panas
Badan berpeluh hingga melengas
Dipasang pendingin hawa bapaku rimas
Terpaksalah aku bertemankan kipas

Pagi ini rasa tak selesa
Hidung berair bukan selsema
Sekejap lagi nak dengar  ceramah agama
Harap-harapnya tidak terlena.....


Doa Hari Ketujuhbelas Ramadhan



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, tunjukkan bagiku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku, wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda yang suci.

Amin Ya Rabbal 'Alamin




Khamis, 26 Ogos 2010

Dah dapat...

Selepas tiga empat kali berbalas emel dan mengisi borang di laman web Air Asia, akhirnya hari ini aku mendapat e Voucher dari Air Asia.  Sayangnya voucher ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai.  Jadi sekarang aku tengah fikir nak 'berbulan bintang madu' ke destinasi mana dengan tiket yang kubayar dengan sakit belakang selepas puas berhempas pulas tidur baring menunggu selama lebihkurang 3 jam di KKIA T2 tempohari.

Kepada kawan-kawan yang pernah mengalami masalah ini (penerbangan terlewat - rasanya melebihi 2 jam), rajin-rajinlah 'menggodek' Air Asia untuk mendapat voucher sebagai gantirugi/saguhati menunggu sebanyak RM200.00.




Untuk Perhatian En Yassin (AAP)

Inilah yang kakcik maksudkan dengan lapisan besar yang menghalang pandangan tu... :(


Agaknya hanya di skrin kakcik dia timbul macam tu, tak??? :(



Kalau dah tak suka...

tak perlulah hendak bermuka-muka
melirik senyum sampai ke telinga
manis mulut bertegur sapa
hakikatnya semua itu palsu belaka

pusing ke belakang lain cerita
semua dibuat tiada yang kena
'aku ketua, engkau siapa
terhegeh-hegeh macam kura-kura
tersengih-sengih ingat aku suka?'

kalaulah begitu sudah tersirat
nyatakan sahaja biar tersurat
tiadalah lagi beban memberat
hendak menegur terpisat-pisat

sudah nasib menjadi kuli
tuan besar tidak peduli
dia lupa suatu hari nanti
kerusi yang empuk ditinggal pergi

tiada yang kekal di dunia ini
kepada Dia kita kembali
berbuat baik tidaklah rugi
di mana sahaja tetap diingati...


p/s : catatan orang yang sedang mengantuk!



Doa Hari Keenambelas Ramadhan

Ya Allah berikanlah kemampuan kepadaku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagiku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmatMu hingga ke alam akhirat, demi ketuhananMu wahai Tuhan sekalian alam.

Amin Ya Rabbal 'Alamin


Rabu, 25 Ogos 2010

Berhati-hatilah kalau hendak berbuka di hotel...

Kakcik ambil maklumat ini di facebook untuk perhatian kita bersama...







Lauk semalam...

Masak sendiri sebaik balik kerja ni tau.  Hehehe.. kenyataan berlagak - macam la banyak jenis sangat masak....

Rendang Ayam  - abaikan kuali yang dah masuk tahap menopause tu...


Sup su'un + kentang + tahu

itu je......hehehe....... (^_^)



Janganlah ada lagi kes sebegini...

Kalau hari ini ada kes suami belasah isteri, esok dan hari-hari berikutnya akan ada lagi kes yang sebegitu.

Kalau semalam ada kes bayi dibuang atau dicederakan, hari ini dan hari-hari seterusnya akan terdengar ada lagi kes yang sama.

Janganlah kes yang satu ini, ada ekorannya di hari esok dan esok dan esok dan hingga bila-bila pun....


Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang berpegang teguh pada agamaMu, limpahkan kami dengan rahmat dan rasa kasih sayang.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.






Doa Hari Kelimabelas Ramadhan

Ya Allah, berikanlah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamananMu, wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Selasa, 24 Ogos 2010

Hari ini nak masak apa..

Dah penat jadi naga.. baru terfikir juadah untuk petang ini.  Sekejap sahaja hampir separuh Ramadhan berlalu.  Malam ini malam ke 15.  Alhamdulillah, masih diberi waktu untuk mendekatiNya (huhuhu... kenyataan orang baru sedar dari lamunan terhenti).  Tengoklah nanti, apa agaknya rezeki yang akan terhidang.

Ini di antara lauk yang terhidang dua hari lepas :
tenggiri masak sambal


sup sayur

Tengahmalam tadi menerima kejutan dari adik angkatku yang bersusah payah membuat kek cawan sebalik balik dari kerja (berkejar dari Kepong - Taman Bukit Jalil - Taman Kencana - Gombak) dan kemudian menghantarnya ke rumahku.  Terima kasih Ummie.



yang sibuk makan ialah Budak Sepet dan Bangcik



p/s : semoga Allah memberi keampunan atas segala dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku dan dosa-dosa seluruh ahli keluargaku.  Ya Allah, bimbinglah kami yang lemah ini ke jalan yang Kau redhoi.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Aku makan tebuan, kala, lipan dan yang sewaktu dengannya..


Jadi.. semua bisa itu sedang menjalar dalam urat sarafku.  Jangan main-main, aku bersedia untuk menyemburkannya kepada sesiapa sahaja yang cuba 'bermain-main' denganku!!!!

Aku dah penat untuk bercakap dengan  nada lembut gigi dari lidah tapi tiada tindakan yang memuaskan hatiku diambil.  Hari ini aku nak jadi naga berkepala tujuh... jangan lari... aku akan hambat kamu!!!!

Selamat Hari Lahir - Saujana




Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan



Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku



Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan



Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia



Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir


Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


Doa Hari Keempatbelas Ramadhan


Ya Allah, janganlah aku dihukum disebabkan kekeliruan yang kulakukan. Ampunkanlah aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diriku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaanMu wahai kemuliaan kaum Muslimin.

Amin Ya Rabbal 'Alamin




Isnin, 23 Ogos 2010

Takut..

Kebelakangan ini ketakutanku semakin menjadi-jadi.  Kadangkala timbul rasa ngeri sampai kalau boleh aku ingin mengecutkan diri (kalaulah boleh..  dah badan macam guni beras 140kg, ada hati nak kecut-kecut bagai...)

Kadang-kadang aku pegang tempat pemegang sebelah atas pintu kereta, macam boleh tercabut benda tu.   Siap dengan mengepitkan kaki seolah-olah memberi laluan.

Apa sebenarnya yang aku takut?  Aku takut dengan penunggang motorsikal.  Anehnya, mereka itu bagai langsung tak tahu takut.  Menunggang motorsikal bagai tiada kenderaan lain di atas jalan raya.  Memotong dengan sesuka hati dari kiri dan kanan.  Membunyikan hon sambil menunjuk isyarat jari yang tak sepatutnya (bukanlah semua penunggang begitu) sambil menjerit seolah-olah kenderaan lain tidak berhak berada di atas jalanraya.  Berkali-kali darahku berderau dan jantungku berdegup kencang bila tiba-tiba 'mereka' muncul di sebelahku (aku duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu).

Berkali-kali juga aku menutup mata, bila mereka tiba-tiba memotong dari sisi terus ke hadapan kereta.  Hanya beberapa sentimeter sahaja jaraknya dari bahagian tepi kereta.  Agaknya kalau aku memandu, harus sahaja terjadi kemalangan ngeri kerana aku memandu sambil menutup mata!

Tidakkah mereka sayangkan nyawa sendiri.  Tidak terfikirkah akan risiko-risiko yang mungkin dihadapi?  Entahlah, hanya mereka yang boleh menjawabnya.  AKU TIDAK MEMUSUHI PENUNGGANG MOTORSIKAL TAPI AKU AMAT TAKUT SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN.

Sayangilah nyawa anda, berhati-hatilah di jalanraya dan ingatlah mereka yang tersayang.

kalau jalan lengang macam ni, bagus juga.. kucing pun boleh tidur atas jalan..



Menjelang Ulangtahun Kelahiran..

Sering aku ditanya..
'suami bagi apa?'
'makan-makan di mana?'
'bercuti ke mana?'

oh!
suamiku bukan jutawan
tidak juga hartawan
syukurlah dia bukan penghidap sawan


perlukah hadiah-hadiah mewah?
romantiskah bila dihadiahkan bunga?
bagiku itu semua tidak kuperlukan
kerana aku tahu had dan batasan


syukur bagiku
bila kasih suamiku tidak berubah
bila dia masih tidak silu bertemankan aku

andai diberi beg tangan yang harganya beribu
ke mana agaknya hendakku gayakan
wartawan mana hendakku panggil
untuk beri kenyataan
untuk apa kubawa ke sana ke sini
andai isinya hanya syiling sekupang dua

di rumah pun aku boleh makan dengan selesa
tanpa kek dan lilin yang menyala
tak pernah rasanya aku berduka
kerana sedari dulu hidup kami begini saja

bercuti itu bukan setakat menghindar kerja
bukan juga untuk bermuka-muka
nampak ceria namun hati bersalut duka


duduk bersantai berdua
atau dengan ditemani anak-anak teruna
bersenda sambil gelak ketawa
cukup untuk membuat hati teruja....



Doa Hari Ketigabelas Ramadhan

Ya Allah, sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuanMu, Wahai dambaan orang-orang miskin.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Ahad, 22 Ogos 2010

Juadah berbuka puasa semalam - 21/08/2010

Semuanya dimasak sendiri.  Ringkas, tapi suami dan anak-anak berselera makan.  Alhamdulillah.

ayam goreng dengan kacang panjang

ikan bawal goreng

asam pedas ikan tenggiri

sambal belacan
 

lempeng kelapa

sayur??  tak ada - cukuplah bendi dan tomato dalam asam pedas tu... (^_^)