Kawan-kawan kakcik

Rabu, 1 Disember 2010

JAKUN...


Menurut carian yang aku jumpa di WIKIPEDIA, Jakun adalah salah satu kaum Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia.  Jadinya, mereka juga manusia yang punya perasaan seperti kita.  Mungkin mereka agak ketinggalan dari segi pendidikan dan taraf kehidupan berbanding kita.  Tapi kalau tak silap aku, telah ada anak dari suku Jakun ini yang mendapat pendidikan hingga ke tahap Universiti dan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Mengapa pula tiba-tiba aku membuat catatan dan bermukadimah tentang Jakun ini???

Sebagai manusia biasa, kita sering terlupa.  Kadang-kadang mungkin apa yang kita tutur atau tulis, bukan bermaksud menghina sesuatu kaum.  Tetapi, kita hanya menurut kebiasaan - menunjukkan sesuatu sebagai contoh.  Misalnya, BODOH SEPERTI LEMBU.  Tak mengapalah, sebab lembu itu tak faham apa-apapun.  Sama ada sedar atau tidak, kita akan merujuk kepada JAKUN untuk menunjukkan kebebalan atau keterujaan kita terhadap sesuatu yang mungkin tak pernah kita jumpa.

Apa perasaan kita andainya bangsa lain mengatakan 'BONGOK DAN BEBAL MACAM MELAYU'???.  Sedikit sebanyak, kita akan 'angin' juga, kan?  Padahal orang itu tak menyebut pun nama kita.  Cuma menyebut bangsa sahaja.  Tapi kerana kita Melayu (tak tahulah kalau Melayu yang malu untuk mengaku keMelayuannya), kita akan 'tersentap' juga.

Macam itulah juga dengan suku Jakun itu.  Mereka kian 'terbuka' sekarang.  Jadi, berhati-hatilah bila kita menutur atau menaipkan kata-kata.  Mereka juga punya hati. Kalau kita tahu merasa sakit hati atau tersinggung, mereka juga punya rasa itu. Seboleh-bolehnya, mula dari sekarang - bila kita teragak sahaja untuk menggunakan perkataan JAKUN itu, berfikir-fikirlah dahulu!

Aku sekadar mengingatkan diri sendiri dan kepada sesiapa yang sudi untuk menerimanya.  Wallahuaklam.

nota hati : aku pernah diberi amaran oleh seorang lelaki India lebih 25 tahun lalu gara-gara menggunakan perkataan 'keling'.  Perkataan itu memang menjadi ungkapan seharian sewaktu di kampung.  Sungguh waktu itu aku tidak tahu bahawa ianya adalah amat sensitif untuk disebut di hadapan bangsa India.  Sejak dari itu, aku amat berhati-hati untuk tidak menuturkannya lagi.



31 ulasan:

  1. Serupa benar dengan pandangan saya dengan kakcik. Buktinya cuba lihat perkara 7 dalam entri di bawah ini. Nama Kakcik pun ada saya sebut di situ.


    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/08/ini-entri-saya-yang-ke-200.html

    BalasPadam
  2. betul, dbp kena cipta satu perkataan yang sinonim, baru lah orang tak guna perkataan jakun untuk definisi yang kakcik sebut tu...

    BalasPadam
  3. sama la dengan perkataan paria.... kalau kaum india dengaq mau diseliginya ...

    BalasPadam
  4. Kanda AL...

    saya dah lama terfikir-fikir hal ini sebab bila saya menerjah blog2 di maya ini, banyak yang menggunakan perumpamaan JAKUN tu. Saya rasa tak sedap hati pulak.

    Bila saya tengok balik catatan tuan itu, baru saya teringat semula bahawa tuan terlebih dahulu membuat teguran yang sama. :)

    BalasPadam
  5. KOG...

    agak-agaknya nak ganti dengan perkataan apa, ya? :)

    BalasPadam
  6. AKT ...

    betul .. mereka sangat sensitif dengan perkataan itu.

    BalasPadam
  7. Kalau tak silap saya KELING tu merujuk kepasa India Muslim. Yang non muslim di panggil HINDU. Maybe sebab tu dia marah kot..

    BalasPadam
  8. Yan...

    kalau di Utara Semenanjung, perkataan Mamak digunakan untuk merujuk kepada India Muslim. Sama juga macam Keling. Tapi di KL ni, bagi orang India, perkataan Keling itu seolah2 satu penghinaan buat mereka! Macam2 pengertian, kan?

    BalasPadam
  9. mama
    terima kasih atas perkongsian ini
    =)

    BalasPadam
  10. Jangan guna kan lansung lah jika berlaku kemarahan..
    Straight to the point aja..
    Bila kita berbahasa mcm tuh dan juga kalau kaki kutuk orang, saya rasa kena cermin diri sendiri dululah..

    BalasPadam
  11. dah lame idok makei pekataan kelin ni..mmg lidah wajib dikawal..

    BalasPadam
  12. batul kak. teguran macam ni patut diselalukan sebab skrg ni dah ramai sgt yg terbabas lidah...

    BalasPadam
  13. Rieyana ynn...

    terima kasih kerana sudi singgah. :)

    BalasPadam
  14. Pn Nani...

    kalau kita jenis mulut 'terlebih insurans' .. kadangkala menuturkan kata sesedap rasa je... Mudah2an kita selalu ingat bahawa kemarahan hanya menambahkan tekanan. :)

    BalasPadam
  15. Yop Samad...

    kalo kat kaghei dulu, kelin tu mainan bibiyo je... ghopenye tak betoi penggunaan perkataan itu..

    BalasPadam
  16. gB...

    kakcik pun selalu terlupa. Harap ada yang sudi menegur kakcik bila kakcik terlebih kata. :)

    BalasPadam
  17. Teringat satu model kereta di jepun bernama SAKAI...di larang masuk Malaysia...kecuali streamroll

    BalasPadam
  18. salam kakcik,

    saya ade kawan nama dia Supang a/p
    sakai

    :)

    BalasPadam
  19. salam...

    sekarang ni org asli jakun pun dah moden..

    mesti mereka marah kalau dibanding2 kan dengn maksud yang tak baik..

    tq atas entri ini sedikit sebanayk menyedarkan semua yang lum sedar tu..

    BalasPadam
  20. Salam kakcik...

    Saya masih teringat masa ting 1 dulu, cikgu yg ajar Geo tu cakap...di kalangan pelbagai kaum asli tu, sebenarnya kaum Jakunlah yg paling advance sekali..dibandingkan dgn Senoi, Mah, Bateq, Temuan dll...

    Kemudian cikgu pesan jangan sebarangan bila nak cakap "Kau ni jakun betullah!" sebab silap hb yang berkata itu lebih jakun dari Jakun itu sendiri....

    Saya ingat lagi cerita selingan masa belajar Geo dulu tu sampai sekarang....masa sekolah dulu saya selalu ditanya 'secara gurau' oleh segelintir 'teman' - "eh, kau ni dari baka kapir kan? dah berapa kati kuarga kau makan ba...i?" hehee...

    pendapat peribadi saya, org Melayu ni seronok sangat menggelarkan orang lain hingga terlupa apa yang sepatutnya dimajukan untuk diri dan bangsa sendiri...hal sikit suka besar2kan sampai jadi gaduh besar dan masam2 muka sampai pecah belah dan hidup berpuak-puak dan berkelompok2...wlp bibir menafikan tapi hakikatnya begitu lah....entahlah, saya cakap ni bersandarkan pengalaman sendiri....terimakasih dgn entry pembuka mata ni kakcik....sorry...pada semua pembaca Melayu...saya pun Melayu...layu serba serbi...luv u oweys..Q.

    BalasPadam
  21. jeBateja...

    kakcik tahu jenama tu.. tapi itu perkataan Jepun yang kakcik pun tak tahu maknanya :)

    BalasPadam
  22. MDT...

    oh ya? Bukan dia meminta untuk diberi nama begitu, kan? :)

    BalasPadam
  23. SR...

    mungkin suatu masa mereka akan lebih maju dari kita kalau kita asyik leka mengata tetapi tidak berusaha untuk menjadi lebih baik.

    BalasPadam
  24. Q sayang...

    macam dalam catatan kakcik sebelum ini 'kakcik sangat pantang kalau orang babitkan keluarga kakcik dalam ejek mengejek'. Oh! kakcik sanggup bergaduh kalau keturunan kakcik diungkit atau ibubapa/adik2 kakcik dinista dengan sesedap rasa!

    Tak tahulah Q, kadang2 ada yang belajar setinggi Burj Al Arab... tapi pemikiran tetap di bawah tempurung bila dalam bab yang dilihat boleh membawa keuntungan pada diri sendiri dan menjatuhkan orang lain.. Opssss! Luv you too...

    BalasPadam
  25. Hehehe..kakcik mucuk...

    dulu tu saya pun bukan tak reti nak marah, marahlah jugak... tapi tak reti nak gaduh...ayah pesan, biarlah apa orang nak kata apapun, nanti bila dah penat, dia diamlah sendiri... akhirnya saya yang penat tunggu bilalah mereka nak penat..tp tak jugak penat2!! hahaa... mungkin gaya pemakanan org2 kita kot yg buat memasing hebat dalam serba serbi tapi juga layu serba serbi yang lain hahaaa....

    syok plak lah gelak sorang2 nih....
    langit gelap lagilah kakcik, mendung pekat dah mari..hujan bakal turun lagi....ermmm..kalau petrol ikut resmi ujan, best gak ek? makin banyak makin turun...makin lebat makin laju turun...boleh ker? heheh.

    BalasPadam
  26. Q mucuk mucuk masyam...

    hehehe.. kakcik juga selalumpesan dengan anak-anak 'jangan bergaduh dengan kawan-kawan, biar orang buat kita jangan kita buat orang. Allah ada, nanti Allah akan balas kat orang yang buat jahat tu'. Hehehe.. sikit punya baik ke nasihatkan anak2... Hakikatnya, mak mereka baik sikit je dari Sarip Dol Si Samseng Kg Dusun!

    Di luar, hujan telah pun turun (dah angkat kain di jemuran?) dengan lebat disertai angin. Mudah2an semuanya selamat dan tiada yang menjadi mangsa kecuaian sama ada diri sendiri mahupun orang lain, kan Q? Kalau yang turun itu minyak, ada pulak yang claim minyak itu dia punya macam perempuan yang claim matahari itu kepunyaannya. Aniaya kita weh!

    BalasPadam
  27. kena ada perkatan lain nak menggantikan jakun tu.perkataan janggal boleh tak?

    BalasPadam
  28. oo, dapat info dari entri kakcik ni. Saya baru guna perkataan jakun dalam entri hari ini. Tak tahu ada kena mengena dengan orang asli rupanya..huhu

    BalasPadam
  29. selamat sejahtera....

    walaupun entry lama tapi saya nak komen jugak...Saya ialah salah sorang masyarakat orang asli dari suku kaum JAKUN..Memang panas jugak lah bila terdengar orang menggunakan perkataan JAKUN. Tetapi saya ni sejenis yang terbuka dan tau ada sesetengah rakyat malaysia yang berbilang kaum ini tidak prihatin dengan kewujudan masyarakat orang asli Jakun ini. Sepupu saya pernah perang besar dengan seorang pelajar praktikum bila menggunakan perkataan kepada kwannya yg tidak pernah menonton wrestling..Untuk makluman orang asli Jakun sudah maju pada masa kini dan tiadk seperti yg digambarkan dengan bercawat dan sebagainya.. Apa-apa saya suka pada komen yg positf blogger di ruangan ini... Salam perkenalan...
    *teringat kes nik aziz disaman kerana guna perkataan jakun..masyarakat jakun berstu untuk menyamannya...ha..ha..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com